KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 16 May 2012

LUAHAN HATI BEKAS TENTERA KEPADA AMBIGA





MB pasti pihak ramai yang geli hati melihat gelagat mereka ini. Tetapi cuba hayati luahan hati sebenarnya bekas-bekas tentera ini. Lihatlah dari sudut positif apa yang cuba di sampaikan.

Buat anak-anak tentera dan bekas tentera, adakah anda hendak membiarkan begitu sahaja negara ini tergadai???

Demi Alif Ba Ta.... Bersatulah bangsa ku....

PENGUMUMAN PENTING UNTUK DEPA YG TAK PUAS HATI!!!



MB mengucapkan Syabas kepada mereka yang menjayakan segala video yang dipertontonkan ini. Sama-sama kita nantikan hari khamis ini.


Tuesday, 15 May 2012

UCAPAN ISTIMEWA DARI MB DAN BLOGGER KAPAK!!!



DI KESEMPATAN INI MB SERTA BLOGGER KAPAK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SELURUH GOLONGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA.!!!

SELAMAT HARI GURU!!!

JASA MU TETAP DIKENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT....





MANTAN PM RAMAL PRU 13



"Tempoh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya ialah pada pertengahan September iaitu selepas masyarakat beragama Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri." kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

"Apapun ia terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menetapkan tarikh pilihanraya itu," kata beliau di dalam satu sidang media di ibu negara semalam. 

Dari pemerhatian mengatakan kini undi memihak kepada BN, namun terpulang kepada keyakinan Datuk Seri Najib sama ada akan mencapai objektifnya. Objektif Datuk Seri Najib kini adalah meraih semula majoriti dua pertiga BN. Untuk mencapai objektif itu, MB rasakan kini ia tidaklah sesukar seperti dalam pilihan raya 2008.

Secara peribadi pihak pembangkang sebenarnya sudah mula takut dengan bayang-bayang Datuk Seri Najib ini berikutan mahu mengadakan pula Bersih 4.0 yang sengaja mahu mencetuskan ketegangan di dalam negara. Malah kata-kata Mat Sabu mengatakan perhimpunan seperti ini tidak menjejaskan ekonomi setempat adalah BOHONG. Budak sekolah pun mampu pikir kesannya.

APAPUN MB MENGHARAPKAN PRU KALI INI BERJALAN LANCAR TANPA ADA PROVOKASI DARI DAP DAN PUAK-PUAKNYA.





DAP DIAMBANG KEMUSNAHAN!!!


"SAYA BUKAN KATAK!" kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim iaitu pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP. Kenyataan itu dikeluarkan semasa mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti DAP setelah khabar angin beliau akan menyertai parti lain..




Perletakkan jawatan beliau pasti memberi tamparan hebat kepada DAP kerana sebelum ini DAP mengangkat beliau sebagai seorang Melayu yang memahami perjuangan yang DAP ingin bawakan. Sebelum ini beliau sememangnya telah menyuarakan tidak bersetuju dengan pendirian DAP yang menyokong perhimpunan BERSIH 3.0.

MB bersyukur kerana kini beliau sudah sedar perjuangan sebenar DAP yang mana banyak merosakkan dan mencetuskan pergolakkan dalam negara.

MB mengharapkan seluruh rakyat menolak DAP dan sekutunya dalam pilihanraya kali ini!!!








SOMETHING YANG HARUS DIHAYATI!!!


Bersatulah UMNO dan PAS demi ISLAM...

Bersama berjuang untuk AGAMA, BANGSA dan TANAH air.

 



Bagaimana rakyat di palestin sana? Jika kita bersatu,pasti kita berjaya mengatasinya.

CARILAH TITIK PERJUANGAN YANG DAPAT DUDUK BERSAMA UMNO DAN PAS.
JANGAN BIARKAN DAP DAN ANWAR BIN IBRAHIM MEMPERKOTAK-KATIKKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


PILIHAN PENTING HARUS DIFIKIRKAN SEKARANG!!!


Ini kronologi dan bukti bahawa Anwar Bin Ibrahim memang sengaja ingin mencetuskan kekacauan dan kegawatan dalam negara.


Mana satu pilihan anda??? Anda pikirlah dengan hati mana satu pilihan kepimpinan yang anda inginkan 
demi anak cucu anda satu hari nanti. Adakah merah atau kuning???

MB suka ingatkan bahawa segala-galanya adalah terletak di tangan anda dalam menanda kertas undi nanti. Jangan lupa apa yang terjadi di Mesir. Jangan lupa siapa sebenarnya di sebalik takbir Pakatan Rakyat.

 Jangan gadaikan negara ini kepada tali barut yahudi.

TAHNIAH KEPADA SAHABAT BARU MB!!!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Dengan lafaz BISMILLAH HIRRAHMANIR RAHIM, Kapak Blog muncul di laman dunia media baru dengan tujuan mendedahkan perkara yang benar dan melunturkan anasir-anasir jahat serta perjuangan yang sia-sia oleh sesetengah pihak.

Kapak Blog adalah berada di bawah naungan BLOGGER KAPAK yang tidak mewakili mana-mana organisasi politik atau media baru.

Untuk pertama kali ini, Kapak Blog ingin MEMOHON MAAF kepada semua pembaca seandainya setiap kata dan apa jua yang datang dari Kapak Blog ini menyinggung perasaan dan sensitiviti anda dan organisasi anda.

Kapak Blog bedoa, SEANDAINYA PERJUANGAN INI ADALAH DI LANDASAN YANG BENAR, MAKA MOHON ALLAH SWT MEMBANTUNYA; NAMUN SEANDAINYA PERJUANGAN INI ADALAH SIA-SIA, MOHON KEAMPUNAN DAN PETUNJUK DARINYA.


Semoga ALLAH SWT merahmati dan membantu perjuangan ini...


- Kapak Blog berjuang kerana Tuhan!


TAHNIAH KEPADA SAHABAT MB YANG BARU KERANA BERANI BERSAMA-SAMA MB BERJUANG DALAM MEMARTABATKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR. WALAUPUN MB TIDAK MENGENALI BELIAU, MB MENGHARAPKAN BELIAU DAPAT MEMBUAT YANG TERBAIK BAGI BLOGGER-BLOGGER KAPAK. MB PERCAYA PASTI SATU HARI NANTI PERJUANGAN KITA YANG LAHIR DARI SEMANGAT ANAK BANGSA INI AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG DAPAT DIRASAI SEHINGGA KE AKAR UMBI. 

DI KESEMPATAN INI MB MENGHARAPKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA AM NYA DAPAT MENDOAKAN PERJUANGAN KAMI!!!

ANDA BOLEH KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI BLOG SAHABAT BARU MB INI.

IMAM KANTOI BEROMEN!!!18SX!!!

Dalam melayari blog-blog yang ada di internet ini, MB tertarik dengan video yang didapati dari satu blog ini. Hanya boleh di tonton untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan MB tidak bertanggungjawab di atas video ini.


Monday, 14 May 2012

BUKTI YB NIZAR KECUT PERUT DALAM CERAMAH UMNO!!!

Mari kita lihat bukti pembohongan yang dilakukan oleh pihak Pro Pembangkang yang dilakukan oleh YB Nizar yang menyatakan Penceramah UMNO berhenti berceramah kerana takut dengan kedatangan beliau yang hangat dimainkan oleh unit media maya mereka. Mari kita lihat keadaan sebenarnya ketika itu.


Berani kerana Benar!!! Tak perlu spin isu takut ini. KENAPA YB TIDAK BERANI TUNGGU SAMPAI HABIS???



PERHATIAN!!! INI ADA SATU BLOG BARU YANG AKAN BERJUANG BERSAMA-SAMA MB DAN RAKAN-RAKAN BLOGGER KAPAK YANG LAIN. 
SILA KLIK DI SINI.







PANDANGAN MANTAN PM!!!


MB bangga dengan Mantan Perdana Menteri ini. Walaupun sudah menjadi mantan tetapi masih gigih menjelajah demi perjuangan Alif Ba Ta. Kadang-kadang MB terasa sedih melihat keadaan beliau yang mana MB rasakan yang beliau sepatutnya hidup aman damai bersama keluarga selepas perletakkan jawatannya.
Tapi hari ini beliau lebih gigih bekerja daripada mereka yang ada jawatan dalam kabinet. 

Kenapakah Tun Dr Mahathir masih gigih berjuang??? Anda renung-renungkanlah. MB secara peribadi dapat merasai kenapa beliau melakukannya. Malah MB dapat rasakan perjuangan yang di lakukan oleh blogger-blogger penyokong kerajaan terutamanya seperti Papagomo dan seangkatannya adalah demi Alif Ba Ta yang mana hanya dapat dirasai oleh pejuang tulen yang sebenarnya seperti Tun Dr Mahathir.

MEREKA INI BAKAL MENJADI PENYEBABNYA!!!


Nantikan dalang yang akan didedahkan nanti. Sedarlah seluruh umat Islam di seluruh Malaysia bahawa kerana mereka ini memungkinkan kita tidak dapat menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

    

            




Ini antara mereka-mereka yang menyebabkan hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi bakal terjejas. Hendak salahkan siapa???


13MEI TIDAK BERLAKU KERANA PAS AKAN BERSATU DENGAN UMNO!!!

CORETAN SEJARAH YANG PATUT KITA SENTIASA INGATI....
























Hari ini 14 Mei 2012... Peristiwa ini tidak berulang pada 13 Mei... Tapi tanda-tanda kemungkinan peristiwa seperti ini akan berulang kembali sudah mula wujud. MB mengharapkan rakyat Malaysia dapat bersatu dalam memastikan keamanan Malaysia dapat dipertahankan.

Apa yang MB rasa sudah sampai masanya iaitu UMNO dan PAS bersatu demi alif ba ta....







MB yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia mengharapkan ini berlaku!!!

PRU-13 TELAH DIDEDAHKAN TARIKHNYA???



PANAS!!! Pilihanraya umum kian terasa bahangnya. Masing-masing telah mengeluarkan keringat dan tenaga dalam menambat hati rakyat Malaysia. Secara peribadi MB merasakan pilihanraya kali ini pasti sangat sengit. Jika dilihat dari ke dua-dua belah pihak. Pihak kerajaan menggunakan pendekatan Aman yang mana rata-rata rakyat menyukainya. Manakala pihak pembangkang banyak melakukan provokasi yang merosakkan negara sehinggakan rakyat takut untuk keluar ke jalanan kerana acap kali mengadakan demontrasi jalanan hingga merosakkan pelbagai harta benda awam dan perniagaan.
Dari gambar di atas dapat dilihat 2 imej yang berbeza iaitu perhimpunan merah sempena ulang tahun UMNO dan perhimpunan kuning iaitu BERSIH. Antara kedua-duanya rakyat sudah boleh menilai yang mana satu pilihan hati mereka dalam keyakinan untuk memerintah negara.


VS      

Untuk pilihanraya kali ini MB terpikir siapa lawan siapa yang sebenarnya. Adakah Barisan Nasional melawan Pakatan Rakyat??? Atau....

         VS                 

UMNO melawan Pakatan Rakyat???

Secara peribadi MB melihat sekarang ini seperti hanya UMNO sahaja yang bersiap sedia untuk melawan Pakatan Rakyat. Dimanakah ahli barisan nasional yang lain seperti PPP,MCA,MIC, GERAKAN dan lain-lain...??? 

Apapun MB yakin hasil kebijaksanaan Perdana Menteri Dato Sri Najib pasti sudah ada senarai calon yang akan dipertandingkan. Dan sumber secara tak rasmi (Borak-Borak sambil minum kopi) kemungkinan calon yang dipilih itu adalah sesuatu yang diluarjangkaan. 

MB mengharapkan YB-YB yang melobi untuk menjadi calon tu sekiranya tidak dipilih dapatlah menerima dengan hati yang terbuka malah membantu 200% untuk memenangkan calon yang terpilih. Sekarang bukan masanya untuk kita mengejar kepentingan masing-masing tetapi sekarang adalah masa untuk kita pertahankan tanahair kita dari pengkhianat negara yang telah terang-terang kita tahu mereka ini didalangi oleh puak YAHUDI.

Marilah bersatu wahai rakyat Malaysia menolak Pengkhianat Bangsa yang diketuai oleh DAP ini yang mana sebenarnya menjadikan Parti Keadilan dan Pas sebagai boneka untuk mencapai impian mereka. 

Renung-renungkan....

PAS DAN UMNO BERSATU TOLAK PAKATAN RAKYAT???


Beranikah PAS keluar dari pakatan rakyat???


Harap rakyat Malaysia dapat menilai sendiri kebenaran ini. MB mengharpkan UMNO dan PAS dapat bersatu kembali demi rakyat Malaysia dan negara tercinta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...