MB disini menyeru kepada semua Pemimpin-Pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam menolak Pemimpin Kamu yang mengikut parasit-parasit ini kerana mereka ini yang merosakkan imej ISLAM.
Didalam blog MB ini telah banyak MB dedahkan segala mereka-mereka yang terlibat didalam DEMO GAGAL di dataran Merdeka. MB menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghukum mereka ini. Sekiranya ANDA MASIH MEMBISU, MEREKA AKAN SEMAKIN MELAMPAU.
Bersatulah rakyat Malaysia..... Bersatulah.... Biar kita menangis hari ini daripada menangis melihat negara tergadai. Buang ego anda semua.... Bersatulah semua... menolak agenda-agenda mereka ini!!!
Untuk pengetahuan anda semua, MB mengambil gambar ini dari dataran merdeka berhampiran dengan khemah yang dilakukan oleh DEMO GAGAL ini. Apa yang MB terkilan, tiada seorang pun dari Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang berani menegur mereka ini. Mungkin mereka takut untuk terus menjawab. Tapi MB rasa mereka boleh menggunakan pendekatan secara halus iaitu dengan berzikir ramai-ramai ke....
Sepanjang MB mengikuti DEMO GAGAL ini, MB tidak pernah pun mendengar mereka berzikir beramai-ramai. Banyak membuang masa. Dan ada seorang pemimpin kuat Pro Mahasiswa Islam ini yang MB perhatikan, ada juga meninggalkan SOLAT. Adakah begini ajaran yang dibawah oleh pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ???
*Nantikan pendedahan menarik segala dalang-dalang DEMO GAGAL ini pada jam 12.03tengahari*
MB ingin menyatakan disini bahawa hanya 5% daripada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong DEMO GAGAL ini. MB menegaskan disini bahawa seluruh rakyat Malaysia menolak DEMO GAGAL ini dan MB menyeru pemimpin-pemimpin negara Bangkit melawan anasir-anasir BUSUK ini.
MB katakan disini DEMO GAGAL ini telah menyebabkan kejatuhan ekonomi masyarakat dan imej negara. Bahkan imej umat Islam sendiri. Bangkitlah rakyat malaysia untuk menolak perbuatan keji ini. Pada para blogger...Harap dapat merekodkan luahan hati masyarakat sebenar mereka yang meniaga di sekitar DEMO GAGAL itu. Turun ke pandang...
Disini MB juga ingin persoalkan kenapa tidak pernah ada DEMO dilakukan dikawasan PETALING STREET??? Anda fikir-fikirlah....
MB sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendedahkan kejahilan yang berlaku di dalam DEMO GAGAL ini. MB sangat terkilan dengan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI) ataupun mudah dikenali sebagai Pro Mahasiswa yang setiap hari melaungkan KAMI MEMPERJUANGKAN ISLAM. Inikah hasil daripada perjuangan yang dibawah oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau Pro Mahasiswa???
MB juga tertanya-tanya adakah Persatuan Mahasiswa Islam dan Pro Mahasiswa di setiap IPTA menyokong tindakan pemimpin kamu yang biadap dan terpengaruh dengan budaya sosialis ini??? Bangkitlah seluruh IPTA mengecam tindakan mereka ini. Tolak setiap pemimpin mereka ini. Jauhi mereka ini.
MB ingin bertanya kepada seluruh mahasiswa Islam dan seluruh umat Islam amnya di Malaysia, adakah anda hendak membiarkan kejahilan begini berlaku??? Dimana maruah agama kamu semua??? Adakah kamu hanya sekadar melihat sahaja semua ini berlaku???
Secara jujur MB sangat terkilan dengan pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat didalam DEMO GAGAL ini. MB menegaskan disini pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam DEMO GAGAL ini telah merosakkan imej PAS itu sendiri. MB sedar bukan semua pemimpin PAS begitu. TETAPI pemimpin PAS yang lain adakah kamu TAKUT untuk menegur mereka ini????
MB disini mengajak Dato' Dr Harun Din selaku Timbalan Mursyidul Am Pas untuk bersama-sama dengan Dato' Dr Hassan Ali dan rakan-rakan beliau memperjuangkan Islam sebenar dan melawan anasir-anasir BUSUK ini. Adakah Dato' Dr Harun Din ingin membiarkan begitu sahaja PENARI TIANG dan rakan-rakannya serta perancang utama pergerakan ini iaitu Fahmi Komunis merosakkan anak bangsa kita tercinta???
Sekali lagi MB mendedahkan gambar mereka-mereka yang terlibat ini untuk seluruh rakyat Malaysia menolak mereka ini.
Untuk Pendedahan lebih hangat dan terkini boleh dilihat disini, sini, dan disini.
Hari ini MB masih belum dengar mana-mana pemimpin yang keluarkan kenyataan yang benar-benar mencabar dengan berani kepada anasir-anasir BUSUK yang berkampung di dataran merdeka itu. Dimana pemimpin yang di segani???
Apapun MB ucapkan tahniah kerana dengar-dengar sudah ada report di buat di Pulau Pinang. TAPI hanya report sahajakah tindakan anda???Anda mempunyai idea-idea yang cemerlang. Keluarkan potensi anda semua untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat.
Disini MB menegaskan bahawa setiap rakyat Malaysia harus pertahankan DATARAN MERDEKA yang telah banyak memberi 1001 sejarah kepada kita. Kenapa MB berkata begitu??? Mari lihat di sini.
MB dapati ini antara kaki PROVOKASI yang telah diupah bagi menimbulkan ketengangan dengan pasukan keselamatan. Ini termasuk di demontrasi GAGAL yang diadakan di dataran merdeka pada 14 April 2012.
Anda boleh menilai kedua-dua video yang MB sediakan dan satu lagi disini.
MB harap rakyat dapat nilai lelaki ini. Dan MB dapat menghidu seseorang yang MB syaki sebagai dalang di dalang provokasi ini seperti yang pernah MB persoalkan semasa demotrasi di KPT tempoh hari. Anda boleh lihat di sini.
MB dengan rasa rendah diri mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menghasilkan video ini. Video ini benar-benar telah mencuit perasaan MB dengan 1001 rasa. Tergamak mereka-mereka ini menghina PEMIMPIN negara sehingga begitu sekali. Inilah budaya yang dibawah olah anasir-anasir yang hendak mengadaikan negara.
MB sangat terkilan kerana mereka yang melakukan ini terdiri daripada kumpulan Persatuan Mahasiswa ISLAM (PMI) yang melaungkan memperjuangkan ISLAM!!! Dimana nilai KAMU??? Jangan terpengaruh dengan agenda SMM yang didalangi oleh anasir-anasir yang mempunyai kepentingan peribadi.
MB juga sangat terkilan dengan pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat dengan mereka ini! Sedarlah wahai ahli PAS.Perjuangan Kamu adalah menegakkan ISLAM!!! Adakah kamu hendak membiarkan PEMIMPIN-PEMIMPIN kamu yang melakukan perbuatan keji ini begitu sahaja??? Bangkitlah wahai ahli-ahli PAS sekalian. Bertindaklah MENOLAK PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMU yang melakukan tindakan yang HINA ini. Dimana Dato Harun Din pemimpin yang MB puja didalam PAS??? Adakah Dato Harun Din masih ingin membiarkan PARTI yang Dato Harun Din sayangi ini terus terpesong???
Dimana pula kumpulan pelajar yang kononnya Pro Kerajaan??? Tidakkah kamu ingin tampil mempertahankan pemimpin negara kamu??? Ayuh kamu semua. Kentalkan jiwa. Kuatkan azam. Bantu pelajar-pelajar yang telah tersesat jauh ini kembali ke pangkat jalan.
Di mana pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dikala KETUA kamu dihina sebegini rupa??? Bersatulah wahai pemimpin Barisan Nasional. Jangan kamu lalai dan leka. Ini negara kamu. Selamatkan negara kamu dari anasir-anasir BUSUK ini. Adakah kamu hendak biarkan seorang PENARI TIANG dan RAKAN-RAKANNYA merosakkan maruah ketua dan negara kamu??? BERJUANGLAH KAMU MEMPERTAHANKAN NEGARA INI. MB akan sentiasa didalam perjuangan demi tanahair tercinta.
Kepada seluruh RAKYAT MALAYSIA!!!ADAKAH KAMU MASIH MAHU LENA DENGAN PENGHINAAN YANG DITUJUKKAN INI LAGI??? BANGKITLAH!!! BANGUNLAH!!! BERSATULAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA MENOLAK MEREKA INI!!!
Selamatkan pelajar-pelajar ini supaya tidak terus hanyut dengan anasir-anasir BUSUK yang menggunakan pendekatan yang tersangat halus untuk memesongkan akidah mereka ini.
Tiada Makna gambar ini JIKA hanya sebagai Hiasan dan Publisiti
Terus terang MB katakan MB sangat-sangat terkilan melihat gambar di atas. Pada masa gambar ini diambil, MB bangga melihat mereka ini bersatu dalam mempertahankan Pemimpin Negara Yang Berhormat Dato" Seri Najib. MB bangga melihat ada Mahasiswa yang berucap dengan penuh semangat dan tegas menyatakan mereka akan mempertahankan Dato' Seri Najib dan tidak akan membenarkan sesiapapun mencemarkan tanah tumpah darah tercinta.
TETAPI kini MB sedar mereka ini hanya "Berani" dan "Bertindak" apabila ada "something" yang diberikan. Apa yang MB katakan ini adalah secara peribadi kerana sehingga saat ini, MB masih menantikan reaksi daripada kumpulan pro-******** mahasiswa dari mana-mana IPTA tampil ke hadapan mempertahankan Dato” Seri Najib dan Dato" Seri Khaled Nordin.
Belum ada kenyataan rasmi mengutuk atau mengecam Penari Tiang dan rakan-rakannya. Belum ada himpunan aman seperti di KPT pada penghujung tahun lepas. Belum ada apa-apa, kecuali kecaman orang kebanyakan di dinding-dinding Facebook dan laman Twitter. Hanya pandai berbicara di alam maya. Ketika berlaku penghinaan kepada pemimpin negara, masih lena dibuai mimpi indah!
Mana juga suara MPPK? Di mana juga Alumni ******** yang GAH dengan kempen “Keamanan” mereka? Dalam setiap tour yang dilakukan, khabarnya mampu mengumpul ramai mahasiswa termaksud pegawai-pegawai tinggi dan menteri-menteri. Jadi susah sangatkah nak kumpulkan mahasiswa yang sayangkan Dato” Seri Najib kali ini? Adakah kamu semua ini sudah lari bersembunyi???
Bersuaralah. Tampilkan diri. Lawanlah secara real kali ini kerana mereka sudah melampau. Jangan tunggu dapat "fund" baru nak bergerak sudahlah. MB tak ada kekuatan penggerak dan sumber kewangan seperti kalian. Kalau ada, pada hari kejadian lagi MB dah angkut team ke Dataran!!!
Dimana pemimpin-pemimpin yang bersuara lantang suatu masa dulu dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat??? Dimana singa-singa ini yang gagah mengaum!!! Disaat Ketua kamu di maki dan di hina, tiada seorang pun berani tampil mempertahankannya!!!
Segala maklumat dan pendedahan yang kamu ingin telah lama didedahkan oleh sahabat-sahabat blogger dan dari pelbagai pihak. Adakah segala yang kamu perolehi itu hanya digunakan untuk KIPAS bos kamu??? MB tegaskan disini, TIDAK GUNA kamu simpan apa yang kamu perolehi itu sekiranya KAMU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL TINDAKKAN. Kamu bukan ORANG BODOH seperti Penari Tiang dan Kawan-Kawannya itu.
MB disini memohon maaf kepada anda yang terasa dengan kenyataan MB ini. Fahami niat MB. Perasaan MB yang begitu sayangkan negara ini. Tidak mampu untuk MB lakukan bersendirian melawan mereka ini. Tapi percayalah. Jika KITA BERSATU, PASTI KITA DAPAT MENUNDUKKAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA INI !!!
MB ingin kamu semua pemimpin-pemimpin yang MB sangat hormati, hayati video dibawah ini. Buka pintu hati kamu. Sedar betapa kamu sekarang sedang dipijak-pijak oleh pengkhianat negara. Lupakan segala masalah dalaman sekiranya ada. BERSATU dan BERJUANGLAH. Jangan biarkan negara ini TERGADAI!!!
Nantikan post MB yang seterusnya pada tengahari nanti.
MB harap anda semua dapat nilai sendiri apa yang Penari Tiang selalu laung-laungkan bersama rakan-rakan SMM dan Pro M yang lain. Apa yang mereka katakan sebelum ini, DUSTA semuanya. MB mencabar mereka ini untuk membuktikan antara tuntutan mereka tiada politik luar yang masuk campur dalam pergerakan mereka.
MB harap anda semua dapat sebarkan video ini bagi membongkar penipuan mereka ini. NANTIKAN PENDEDAHAN VIDEO yang lebih menarik dari MB dari semasa ke semasa. MB betul-betul istiharkan perang habis-habisan terhadap mereka ini. LAWAN TETAP LAWAN!!!!
MB mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan Barisan Nasional kerana prihatin kepada mahasiswa-mahasiswa di Malaysia ini. Walaupun hanya nasi lemak, tapi MB rasa haruslah mereka ini bersyukur kerana kerajaan tetap mendengar rintihan hati mereka ini yang kelaparan.
MB rasa kerajaan perasan mereka ini mengutip derma untuk mengisi perut kut. Jadi kerajaan menghantar nasi lemak kepada mereka.... Yang peliknya, Orang Pakatan ni tiada ke nak support mereka ini? MB rasa mereka ini patut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.
Nak tahu kenapa Demo PTPTN ini GAGAL??? Lihat di sini.
Sampah penuh dibiarkan begitu sahaja oleh mereka ini. Inikah sikap mereka yang ingin ditonjolkan???
Seperti yang MB nyatakan di dalam post sebelum ini bahawa MB telah mengistiharkan perang kepada Adam Adli@Penari Tiang dan mahasiswa pakatan ini, hari ini MB mencabar mereka ini pertahankan apa yang mereka katakan iaitu mereka akan stay didataran sampai 28hb ini.
MB mencabar mereka stay di dalam khemah mereka itu walau apa pun terjadi sehingga 28hb April 2012 ini seperti cakap bongkah mereka itu. Sebentar tadi MB mengira khemah mereka sudah tinggal 4buah daripada 6buah. MB mencabar mereka ini untuk kekalkan 6khemah itu dan jangan kurang daripada 6 khemah itu.
MB rasa sekarang ini mereka tengah ligat memikirkan bagaimana untuk melakukan provokasi rasanya. Bahkan sifu mereka Fahmi Reza@Fahmi Komunis sendiri tengah memikirkan langkah seterusnya.
Kalau setakat majlis perbandaran datang untuk menghalau,apa la sangat. Bukan FRU pun yang datang. Polis pun tak mengganggu kamu rasanya. Kamu selalu mengatakan akan tentang habis-habisan kan. So,lakukan. MB nak tengok samada kamu berani kotakan kata-kata kamu dan menerima cabaran MB ini.
Dan MB ingatkan jaga kebersihan la wahai Penari Tiang dan rakan-rakan. Kamu memang sampah masyarakat dah. Jangan la kamu nak kotorkan kawasan orang ramai pulak. Jangan bazirkan duit rakyat la nak bayar gaji orang bersihkan sampah yang kamu tinggalkan tu.
MB menjumpai sendiri poster ini disekitar Center Market dan Pudu. MB setuju sekiranya PTPTN mereka ini ditarik balik. Tapi MB rasa patut di tambahkan lagi cadangan bahawa MEREKA ini diberhentikan terus dari Universiti dan dibuang negara kerana memburukkan maruah negara!!!
Kali ini mungkin ulasan MB agak keras dan kasar sedikit kerana MB sangat kecewa dengan tindakan BODOH mereka ini yang berpikiran CETEK. Kamu terdiri daripada pelajar-pelajar daripada universiti ternama TETAPI pemikiran kamu diletakkan dalam kasta yang paling rendah. MB rasa yang memakai tudung dan berlakon islamic bagi MB itu,sila buka tudung kamu dan pakai seperti kekasih Fahmi Reza la. Kenapa MB berkata begitu kerana kamu meletakkan nilai agama kamu ke kasta paling rendah. Buktinya di sini dan sini.
MB pernah ulas sebelum ini yang mereka ini menyatakan tidak mahu campur tangan politik luar. Tetapi ternyata mereka ini berbohong lagi. Buktinya di sini. Sila juga baca bahagian komen.
MB berharap gambar-gambar disini di edarkan secara meluas supaya seluruh rakyat Malaysia sedar siapa mereka ini. Dan MB harap sesiapa yang mengenali mereka ini, sila BOIKOT mereka ini. Tolong SOUND juga mereka ini supaya menjaga tatasusila mereka. MB cuma berharap JANGAN memalukan negara yang MB cintai ini!!!
Perhatikan betul-betul wajah siswi ini. Layakkah mereka ini menjadi seorang isteri bagi setiap lelaki yang soleh??? Bagi mereka yang mengenali mereka ini, MB sarankan BOIKOT mereka ini agar kamu tidak terpengaruh dengan mereka ini....
Dan MB mengesah supaya Pakatan Rakyat Hapuskan dulu yuran di universiti seperti di dalam gambar di atas.
MB disini ingin mengistiharkan PERANG kepada MEREKA-MEREKA ini kerana TELAH MEMALUKAN MEMALUKAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA dan MENCEMARKAN MARUAH NEGARA!!!
MB akan mendedahkan dengan lebih lanjut tentang pengkhianat-pengkhianat negara ini dan menelajangkan mereka satu persatu. MB harap anda sentiasa memberi sokongan kepada MB. Tunggu ulasan lanjut MB selepas ini.
Siapa lelaki berpakaian pas ini?? Adakah dia penyumbang RM didalam pergerakan ini?
Amboi... Seksinya... Takkan ramai mahasiswa Pro M yang islamic tidak boleh buat tazkirah sikit. MB rasa lebih baik daripada buat demo. Apa pendapat anda?
Siapa mereka berdua ini? Dengar kata mereka antara perancang utama didalam setiap demo yang dilakukan.
Ini antara orang-orang yang merosakkan negara tercinta. Sedarlah anda semua. Jangan gadai maruah bangsa hanya kerana kepentingan individu.
MB terkedu dan terkilan melihat budaya yang di tunjukkan oleh Adam Adli dengan kawan-kawan mereka. BODOH!!! Kalung bunga yang diletakkan pada gambar itu adalah apa yang di lakukan oleh kaum india. Inikah budaya mahasiswa yang kononnya kami golongan terpelajar.
MB ingin bertanya, inikah mahasiswa yang seluruh rakyat malaysia inginkan??? Jangan terpengaruh dengan anasir-anasir yang hanya untuk kepentingan peribadi. Adakah anda sebagai rakyat Malaysia hanya duduk dan lihat sahaja mereka memperlekehkan pemimpin anda??? Mana pemimpin Malaysia yang ada? Masih simpan taring ka???
Siapa kenal lelaki berbaju putih tu? Tian Chua - Naib Presiden PKR..Dia ni pinjam PTPTN juga ke?
Ini Syahid (Batu Nisan)
Pelajar-pelajar gagal dan belum tamat belajar
Ini 5000 pelajar ke???
Sistem jalan raya terganggu...
Sedarlah wahai rakan2 ku!!!
Mengganggu orang ramai...
x perlu kata apa2..
Sape tu? Fahmi reza dan hm....hehe
Sape mamat ni?
MB mendapat laporan bahawa hanya ada lebih kurang 200-300 orang sahaja..Target hari tu katanya sampai 5000 orang tapi nampaknya tidak dapat sambutan pun daripada peminjam PTPTN. Untuk makluman rakan2, jumlah peminjam PTPTN ialah sebanyak 1.9 juta orang. Nampaknya mahasiswa dan masyarakat telah menolak pelajar-pelajar pembangkang yang gagal dan belum tamat belajar ini. Tahniah mahasiswa Malaysia dan rakyat Malaysia. Memalukan ibu bapa mereka je...AYUH MENOLAK KEBATILAN!!!
JOM TERUS FOLLOW GERAKAN 13 DAN SARFAMS UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN DARI SEMASA KE SEMASA....