KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday 21 February 2013

1LAGI BUKTI UNTUK PAS KELUAR DARI PR!ONLY FOR PAS


Sekali lagi Fatwa Majlis Syura Pas ditolak dan secara terang-terangan menolak pendirian tegas Dato' Harun Din oleh Puak Bang Anwar Bin Ibrahim. 

Ketika Majlis Syura Ulama menjilat luka kerana “kejahilan Karpal dan pemimpin DAP lain”, seorang Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula tampil dan mengusutkan lagi keadaan dengan memberi sokongan terbuka kepada syor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah diberi keizinan digunakan di seluruh Malaysia.

Secara langsung kenyataan Fuziah Salleh ini menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible bahasa Melayu.

Fuziah mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.



MB merasakan sudah sampai masanya PAS berundur daripada Pakatan Rakyat. Walaupun tidak bersama BN, PAS tidak sepatutnya bersama dengan Puak Bang Anwar Bin Ibrahim yang ternyata mengorbankan ISLAM demi kepentingan menuju Putrajaya.

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

1 comment:

Anonymous said...

semakin hinanya pas dimata dap dgn pkr... ulama pas dianggap seperti tunggul kayu atau syaitan bisu.. dap dgn pkr langsung tak hormat ulamak2 dan juga parti pas..harap nama saja parti islam, harap ramai saja lebai2 yg berjubah tapi bagi dap dan pkr parti pas hanya parti pak turut dan parti yg hanya perlu menurut apa saja perintah dari dap dan pkr..

maruah pas dah semakin hancor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...