KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday 8 June 2012

PR KOTAKAN JANJI PENDIDIKAN PERCUMA DI SELANGOR!!! TERBAIK!!!


Beku PTPTN: Unisel cair aset bantu pelajar terbabit

Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.

"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.

"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.

Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset Unisel.

Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.

"UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.

"Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya menteri pengajian tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada Unisel.

"Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru, malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka," katanya.

Khalid mendakwa Barisan Nasional telah menjadikan pelajar Unisel dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat.
"Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," dakwanya.



MB ingin mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang bagaimana beliau hendak membantu pelajar Unisel yang tidak mendapat pinjaman PTPTN tersebut. Disini MB ingin mempersoalkan beberapa pertanyaan supaya rakyat dapat berpikir:

1) Kerajaan Pakatan akan mengapungkan aset Unisel dan dianggarkan ia akan berjaya memperolehi RM30 juta daripada aset tersebut. Sebahagian daripada RM30juta tersebut akan digunakan untuk membantu para pelajar tersebut. Persoalannya, kenapa sebahagian??? Sebahagian lagi di manakah akan disalurkan???

2) Jika direnung sejarah yang berlaku sejak kebelakangan ini, DAP dan sekutunya PR sendiri menabur janji-janji manis dan mendesak dimansuhkan PTPTN ini. Persoalannya, kenapa bila berlaku perkara ini, DAP dan sekutunya PR menyatakan Kerajaan BN salahguna kuasa dan menuntut diberikan semula pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel?

3) Desakan pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma turun dilancarkan roadshownya ke seluruh negara malah diadakan DEMOTRASI besaran di Kuala Lumpur. Dalam roadshow tersebut diceritakan bahawa DAP dan PR sudah ada strategik bagaimana untuk memberi pendidikan percuma ini dan pemansuhan PTPTN. Kenapakah DAP dan PR tidak bersedia melakukannya kini di Unisel???

*Disini MB ingin meminta rakyat berpikir sejenak. PTPTN hanya dibekukan di Unisel sahaja kini. Tindakan yang dibuat oleh DAP dan PR adalah menjual 500 ekar tanah. Bagaimana apabila memerintah negara???

Renung-renungkan...

2 comments:

Anonymous said...

kalau semua ipta/ipta diberi pendidikan percuma berapa ratus ribu ekar tanah yg kan dijual.kalau macam tu budak tadika pun boleh jadi penasihat ekonomi,

Malaysia Bangkit said...

harap rakyat dapat menilai ia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...