KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 6 February 2013

JANGAN BACA TENTANG ISU KHALIMAH ALLAH INI!!!

Saban hari kita dapat melihat perpecahan masyarakat akibat daripada provokasi yang dilakukan oleh DAP bagi merosakkan akidah umat Islam di Malaysia ini. Masyarakat harus sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama dan rakyat boleh mengamalkan agama masing-masing walaupun Islam adalah agama rasmi. Keseluruhan masyarakat Malaysia berlainan agama hidup bersama dengan aman dan damai.  MB berharap umat Islam di Malaysia dapat bersatu menyatakan persetujuan di dalam sebarang isu yang berkaitan Islam bagi mengelakkan berlakunya keganasan antara pengikut berlainan agama seperti terjadi di Ireland Utara, Lebanon dan benua kecil di India.

JANGAN BACA JIKA KAMU TIDAK SAYANGKAN AGAMA ISLAM KAMU!!!


Masyarakat Malaysia sejak dari kemerdekaan lagi telah bersepakat menghormati agama yang berlainan dan hak mengamal upacara keagamaan masing-masing oleh pengikutnya walaupun sudah termaktub di dalam perlembagaan bahawa Islam sebagai agama rasmi. Sejak azali kita mengelak mengulas tentang agama orang lain walaupun kita berdebat sesama kita yang menganut agama yang sama bagi mengekalkan perpaduan yang terbina.



Tetapi hari ini kita sedang menghadapi kontroversi berkaitan penggunaan nama Tuhan, “Allah” yang mana ia pernah berlaku kontroversi di sabah dan sarawak perkara yang sama dan telah diselesaikan dengan menerima bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus menggunakan khalimah “Allah” di dalam Kitab Injil dan pengajaran mereka tetapi tidak boleh dilakukan di negeri-negeri lain. Lebih malangnya hari ini dapat dilihat jarum-jarum halus telah di cucuk masuk di kalangan umat Islam sendiri. Dulu kita menghadapi ancaman dari penganut Kristian sahaja. Tetapi hari ini lebih dashyat lagi bilamana umat Islam menghadapi ancaman dari dalam iaitu dari umat Islam sendiri yang mengiktiraf diri sebagai ulama yang paling alim.



Perkara ini pada pandangan MB terjadi disebabkan ketamakkan kuasa untuk memerintah mengambil alih kerajaan yang sedia ada. Ancaman dari Bang Anwar Bin Ibrahim yang menukarkan agama Islam dengan sebuah negara kerana mahukan sokongan penganut Kristian di Malaysia serta sumber kewangan tidak terhad dari Gerakan Kristian di seluruh dunia menyebabkan umat Islam kian hebat berpecah di Malaysia. Harapan ahli ulama PAS  yang disangkakan perjuangankan ISLAM seperti Nik Ajis dan Hadi Awang sangat mengecewakan kerana rupanya mereka ini turut gilakan kuasa dan ketamakan dunia.



Di dalam Kitab Injil, Kitab Lama (Old Testament) dan Kitab Baru (New Testament), Kitab Injil versi King James dan lain-lain versi, Khalimah “Allah” tidak pernah digunakan sebagai Tuhan mereka. Hanya selepas datangnya Islam dan Al-Quran barulah dunia mengenali khalimah “Allah” ini sebagai nama Tuhan umat Islam. Buktinya Dato” Harun Din sendiri menyatakan bahawa beliau telah mengkaji kitab Injil ini bukan setakat di Malaysia,malah dari Eropah sekalipun TIDAK PERNAH ada tercatat perkata “Allah” di dalam kitab Injil. Ayuh bangkitlah ahli-ahli PAS... Kita bersatu menolak kepimpinan Tertinggi PAS yang telah lupa pada matlamat Perjuangan sebenar PAS!!!!



Kami menghormati semua agama di Malaysia ini untuk bersama kami bangunkan Malaysia. Tetapi ingat jangan di sentuh agama ISLAM kami. Buat pengkhianat dan tali barut yang mengikuti Bang Anwar Bin Ibrahim, insaflah. Jangan kerana kamu pengkhianat, negara tergadai.




Video ini adalah untuk dijadikan iktibar jika masyarakat Malaysia tidak bersatu.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Tuesday, 5 February 2013

SULTAN DIHINA, USTAZ DI CELAKA!!!


MB melihat titik perpaduan antara PAS dan UMNO semakin bersinar. Atas nama Islam sudah lama sepatutnya PAS dan UMNO bersatu dan menolak segala kejahilan dan pengkhianat Bang Anwar Bin Ibrahim yang secara nyata telah banyak mencetuskan pergolakkan dalam negara tercinta ini. 


MB gembira melihat Menteri Besar Kedah Yang Sangat Dihormati iaitu Ustaz Dr Azizan bersama-sama Barisan Nasional di dalam satu Majlis. Segala sengketa dilupakan demi Islam tercinta. Malangnya kerana tindakan Menteri Besar ini yang sayangkan agama ISLAM tercinta dengan berbaik-baik dengan Barisan Nasional tidak di senangi oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Lantas di hantarnya seorang mamat Syiah ini yang telah dibayar beribu-ribu RM untuk mencetuskan kemarahan PAS.


Sebagai penyokong perpaduan ISLAM, MB melihat si Mamat Syiah ini harus di ajar oleh puak PAS tentang adat susila. MB sendiri menghormati Ustaz Azizan ini. Di manakah pemuda-pemuda PAS di saat pemimpin kamu di hina dan di sialkan? Isu Khalimah ALLAH pun masih belum kuat kamu protes. Ayuh pemuda PAS, Bangkitlah menolak fitnah-fitnah yang ditimbulkan DAP kerana tidak mahu melihat ISLAM bersatu.



*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Sunday, 3 February 2013

MASIH PERTIKAIKAN KESAHIHAN GAMBAR INI?




Jom cari benda tersembunyi…



Gambar Pertama

 

Gambar Kedua

 


Sudah banding dan beza? Gambar pertama ini gambar sebenar, bukannya gambar kursus kahwin.

Tersembunyi? Mereka terus menyembunyikan kebenaran dan menjadi tanggungjawab kita berkongsi dan menghebahkan kebenaran.
   


Dalam usaha mereka terus meneruskan dakyah mereka, nampak gayanya ada pihak yang masih mahu menidakkan perkara yang hak.

Jangan permainkan agama.

Friday, 1 February 2013

BAGAIMANA MENONTON TV MENJEJASKAN SPERMA???


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa menonton TV boleh memberi kesan yang besar kepada kualiti sperma seorang lelaki. Perkara seperti ini perlulah dititik beratkan.
Pemuda yang menonton televisyen cuma tiga jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh. Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.
Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine di sini. Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk lama.
Lelaki yang mahu memiliki anak kini digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan.
Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvard (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki kadar sperma 44 peratus lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak menonton televisyen langsung.
Lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan kuat memiliki bilangan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai lima jam seminggu. Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma. – sumber

Wednesday, 30 January 2013

Khalid Ismath Sifatkan GM13 Poyo



Kecelaruan GM13 telah diakui oleh Khalid Ismath sendiri sebagaimana yang terdapat dalam twitternya.

Khalid Ismath menyatakan GM13 tidak mendapat sambutan rakan-rakan mahasiswa kerana GM13 ditubuhkan atas tindakan terdesak pemimpin mahasiswa semata-mata untuk peribadi, political mileage.


Siapa pula pemimpin mahasiswa yang terdesak tu? Sepastinya ditujukan buat mereka yang menjadi penggerak menjayakan Jelajah GM13, Safwan Anang, Syis dan Adam Adli.

 

GM13 terdiri daripada 13 kumpulan dan KAMI bukanlah salah satu kumpulan yang turut bersama-sama dengan GM13. Kumpulan-kumpulan yang terlibat ialah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Putra Malaysia (PMIUPM), Demi Mahasiswa KUIS (DMK), Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Watch 13, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) dan Sisters In Movement (SIM).

Turut dilaporkan daripada mereka yang hadir ke ceramah Jelajah GM13, GM13 menggunakan pentas PAS dan PKR untuk berucap serta dihadiri oleh penyokong tegar PR. Ditambah pula dengan laungan ‘Tumbangkan UMN0 BN’, ‘Mahasiswa pilih PR untuk PRU13’, ‘Kerajaan Zalim’.

Sekali lagi, ternyata ia bercanggah dengan kenyataan Syis yang menyatakan GM13 tidak membantu kempen PR serta Safwan Anang.


Bak kata Khalid Ismath, itu semua poyo.

Lihat kembali betapa munafiknya Safwan Anang & GM13. [KLIK SINI]


*REVOLUSI  BUNGA RAYA*

Munafiknya Safwan Anang & GM13 #JelajahGM13


Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) yang digerakkan oleh Safwan Wilcha, Adam Tiang and The Geng jelas dalam kecelaruan.

"GM13 melihat Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) merupakan satu medan untuk kami menyatakan agenda dan pendirian mahasiswa..." Syis Abdul Kadir, Pengerusi GM13.

Bukan apa, jika mereka benar-benar bebas, mereka tidak perlu pun bersama-sama dalam HKR. Bukankah PR yang anjurkan HKR?

Pup..pup.. Ada pula kenyataan media ini. "GM13 Nafi bantu kempen politik pembangkang".

Safwan Anang sendiri turut mengakui bahawa mereka bukanlah pembangkang.


Bagaimana pula dengan Jelajah GM13?

 

 Siap seru rakyat bersama-sama untuk TALKINKAN UMNO BN? 
Dulu, talkinkan AUKU.

ISH ISH ISH. Cakap tak serupa bikin.

Adakah Syis, GM13 akan terus menipu mahasiswa atas nama Gerakan Mahasiswa?

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Monday, 28 January 2013

Nasha Dipecat, Hadiah Ikut PM Ke GAZA



Rentetan daripada kejadian tahun lepas, akhirnya Nasharudin Md Isa yang merupakan bekas Timbalan Presiden telah dipecat daripada menjadi ahli Majlis Syura. Keputusan pemecatan Ustaz Nasha ini telah dibuat pada 13 Januari yang lalu dan telah dipengerusikan oleh Datuk Nik Aziz.


Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha ini dibuat kerana beliau telah melanggar peraturan-peraturan berjemaah Majlis Syura. Pemecatan Ustaz Nasha ini langsung tidak mahu diulas lebih lanjut dan sekadar dimaklumkan pemecatan disebabkan ketidakhadiran Ustaz Nasha ke Mesyuarat Syura.

Namun, sudah jelas pemecatan Ustaz Nasha ini dibuat apabila beliau dilihat mengancam kedudukan PAS menjelang PRU13. Beliau dikecam kerana usahanya untuk membentuk kerajaan perpaduan UMNO-PAS serta menentang kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang disifatkan bukan sahaja anti hudud bahkan anti Islam.

Adakah ini hadiah untuk Nasharudin kerana mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza dalam misi kemanusiaan yang lalu? Jasa dan sumbangan beliau apatah lagi sebagai Timbalan Presiden PAS nampaknya sudah tidak bermakna lagi.

Ustaz Nasha sebelum ini pernah menegaskan beliau tidak akan keluar PAS. Namun, jika PAS terus hanyut mengikut PR, bagaimana pula pendirian Ustaz Nasha selepas ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...