KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 30 May 2012

PANGGILAN ARTIS YANG PERLU DITONTON!!!!


MB ucapkan Tahniah kepada Jamal Abdillah. Walaupun beliau sedar didalam UMNO ada busuknya, tapi beliau sedar di dalam DAP dan Pakatan Rakyat adalah jauh lebih busuk di dalamnya. MB ingin menegaskan bahawa ini bukan soal UMNO atau Barisan Nasional. Ini soal agama,bangsa dan tanahair.

MB menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya jangan biarkan negara ini jatuh ke tangan DAP, PKR dan Pakatan Rakyat. Jangan sediakan keadaan negara ini yang kacau bilau kepada generasi kita nanti. Ayuh seluruh rakyat Malaysia, waima kita dicemuh,dimaki,dihina,disepit, dicantas dan sebagainya, marilah kita bekerja keras untuk tetap menangkan kerajaan yang sedia ada demi negara kita yang tercinta. 

Secara peribadi MB menangis memikirkan sekiranya PRU13 nanti, kerajaan sedia ada ini kalah,apa akan terjadi kepada agama, bangsa dan tanahair tercinta. Biarlah kita menangis sekarang daripada kita menangis di kemudian hari melihat negara kita tergadai di tangan pengkhianat-pengkhianat negara. Renung-renungkan.


Hanya mereka yang cekal dan tabah yang mampu membina mercu tanda bangsanya yang jaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...