KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday 27 March 2012

PRO-MAHASISWA PENDEDAHAN TERBARU!!!

PRO-MAHASISWA : PENDEDAHAN PANAS!!!
PART 1….


Saban hari kita tertanya-tanya bagaimana Pro-Mahasiswa ini bergerak dan membentuk pengaruh. Dalam coretan hari ini MB akan mendedahkan bagaimana kaderisasi Pro Mahasiswa dibentuk. Apa yang MB dapat ulaskan gerakan ini begitu licin dan halus menyemai unsur-unsur negatif kepada mahasiswa. Kenapa MB berkata begitu??? Jom MB terangkan serba ringkas bagaimana ia berlaku.
Modul yang digunakan oleh Pro-Mahasiswa dalam membentuk gerakan ialah modul doktrinisasi dan pengkaderan yang mana penekanan disasarkan kepada kumpulan mahasiswa baru yang bersifat neutral dalam merekrut ahli baru. Otai-otai Pro-Mahasiswa yang telah dilatih akan berselindung di sebalik imej dan perwatakan yang baik bagi mendekati mahasiswa-mahasiswa baru di kampus. Dalam fasa pertama ini, Otai-otai Pro-Mahasiswa yang terlatih ini akan menumpu perhatian lokasi-lokasi atau aktiviti mahasiswa-mahasiswa baru didalam dunia universiti sebagai contoh ketika minggu pendaftaran pelajar baru. Pendekatan yang begitu halus digunakan iaitu mensasarkan kumpulan pelajar yang datang bersendirian atau bersama keluarga yang menggunakan pengangkutan awam. Otai-otai Pro-Mahasiswa ini akan menghulurkan segala bantuan yang diperlukan dan pada peringkat ini otai-otai Pro-Mahasiswa lebih kepada merapatkan perhubungan dengan pelajar-pelajar baru ini tapi pada masa yang sama mendapatkan no contact dan latar belakang pelajar-pelajar tersebut bagi memudahkan langkah-langkah seterusnya di ambil.
Pergerakan seterusnya otai-otai Pro-Mahasiswa ini ialah pengukuhan engagement melalui aktiviti kembara, interaksi, riadah dan pelbagai lagi. Program Asas dalam modul Kaderisasi ini bertujuan mewujudkan hubungan awal yang lebih kukuh dan kepercayaan dengan pelajar-pelajar baru ini. Kebiasaan Program Asas ini dilakukan diluar kampus bagi menarik minat pelajar-pelajar baru ini dan lokasi yang dipilih boleh dikatakan selalu menjadi lokasi pemimpin-pemimpin parti di luar kampus.

INI BARU PENDEDAHAN MB DI PERMULAAN…. KITA ADA SAMBUNGANNYA…. NANTIKAN SAMBUNGAN PENDEDAHAN INI DARI SEMASA KE SEMASA. PASTI HANGAT!!!

3 comments:

Anonymous said...

salam kpd blogger MB.. maaf andai sy nk komen kt sini.. sy rs jelek nk baca post2 anda.. y pd mulanya anda kata tidak menyebelah mana2 pihak tp sy lihat dan baca post anda ini lbh memburuk-buruk kn pro-m.. sdgkn aspirasi anda sanjung2 kan..
sy x kisah anda nk post apa,tp tlg jgn buat andaian anda sendiri... jika ia benar sekalipun, sy ucap tahniah, anda mampu mnjd 'spy' y baik..
kalo bole jdlah blogger y adil jika anda tidak memihak mana2 parti.. adakah anda ini dibayar utk menulis post2 sebegini???
setahu sy, sepanjang sy melihat kegiatan parti di universiti2 malaysia ni.. y mana pembangkang pasti diburukkan, y menyokong kerajaan/universiti diagungka walaupun bnyk bnd kejahatan y dibuat scr halus dan x telus x pula dinampakkan.. kenapa ya??
adakah anda takut ditangkap?? sy melihat demostrasi y dilakukan oleh pihak pro-m dilakukan setelah rundingan di meja bulat tidak mendapat kata pembelaan/ keputusan y adil utk mahasiswa.. demo itu dibuat utk memohon sokongan sahabat2 mahasiswa utk bersama2 memohon pihak itu menerima dan mendengar permohonan kami..
kenapa selalu perkara yg buruk y dilakukn oleh pro-m disebar2kan?? mengapa tidak aspirasi?? pro-m jg bdn pljr,pljr itu jg manusia.. manusia itu tidak sering kali terlepas kesalahan... "sesungguhnya bila mana kita buka aib org, maka Allah akn buka aib kita"
maka.. berjaga2 lah akan setiap kata2,penulisan anda.. Allah akan bertanya kpd anda kelak.. maaf anda kacau blog anda.. sy terlalu jelek ngn post2 anda.. maaf ats teguran ini...

Anonymous said...

this is a trash.

mereka buat, x dibongkarkan pula.. (`,`)?

Anonymous said...

sangat tidak matang dan menjelekkan..sikap kebudak-budakan..budak-budak lagi bijak berfikir..moga Allah redha dgn tindakan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...