KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday, 1 March 2013

TERKINI DARIPADA LAHAD DATU #PrayForLahadDatu



Apakah yang sebenarnya berlaku?

Sekitar jam 0959am, 1 Mac 2013.
- Operasi bermula & pihak polis memperketatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan yang dikepung.
- Dalam tempoh itu, polis terserempak penceroboh & berlaku tembak menembak.
- Anggota polis di kampung tersebut telah diserang oleh kumpulan bersenjata dan menyebabkan 2 anggota terbunuh.
- Ekoran itu, pihak polis telah melancarkan serangan bagi menangkap kesemua anggota kumpulan ini dan pertempuran masih berterusan.




Dalam situasi yang dilaporkan ini, MB ingin rakan-rakan pembaca menilai bagaimana pihak polis telah berusaha menangani masalah pencerobohan oleh kumpulan ini sebaiknya sebagaimana yang diminta oleh Kerajaan.

Rundingan telah dibuat semenjak mereka menceroboh pada 12 Februari yang lalu. Bekalan makanan juga turut diberikan kepada mereka.

Sudah menjadi harapan pihak polis, kerajaan dan semua pihak agar perkara ini dapat diselesaikan secara aman tanpa mengakibatkan sebarang kematian. Apakan daya, usaha ini tidak menjadi kenyataan.

Hingga ke saat ini, pihak polis sedang berusaha bagi menahan semua yang terbabit.

3 orang pihak polis dilaporkan terkorban manakala 2 orang lagi pihak polis cedera. Mereka semua adalah skuad 69 Komando. Mereka adalah:
1. Insp 17992 Zulkifli B. Mamat (Meninggal dunia)
2. Kpl 113088 Sabarudin B. Daud (Meninggal dunia)
3. Kpl 135383 Azman B. Ampong (Meninggal dunia)
4. Konst 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (Cedera)
5. Kpl 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera)

Seramai 12 orang penceroboh juga dilaporkan terbunuh.

Antara senjata yang dirampas ialah M16 2, SLR 2, Pistol 2, N193 3, Bandung 10, Magazine 2, Peluru, beg pakaian dan lain-lain lagi.

Tidak ada curfew yang dikeluarkan. Pihak polis masih mengepung dan mengawasi kawasan berkenaan. Operasi diteruskan.

 Takziah buat keluarga perajurit. AlFatihah.

MB berharap agar tidak dipolitikkan tragedi ini.  
Ini soal keselamatan dan kedaulatan negara.

CALON PEMBANGKANG DI PEKAN TERKANTOI!!!


Maklumat sulit yang MB terima. Satu mesyuarat sulit telah diadakan di Pejabat Agung PAS pada hari rabu lepas. Mesyuarat yang diketuai oleh Presiden Pemuda PAS Pusat itu membincangkan perbalahan utama yang berlaku di dalam GM13 hingga menyebabkan mahasiswa telah lari daripada bersama Pakatan Rakyat. Dalam Mesyuarat tersebut, Ehsan Bukhari telah disalahkan kerana menjadi punca Safwan Anang berkecil hati.

Lebih mengemparkan bilamana Presiden Pemuda PAS Pusat di dalam mesyuarat tersebut mengarahkan memanggil Syahid Zaini untuk kembali bersama PAS. Dakwaan menyatakan Syahid Zaini ditugaskan dan dibayar untuk bertanding di Pekan, Pahang bagi melawan Perdana Menteri. Ini bertujuan memalukan Perdana Menteri. 



Inilah Syahid Zaini yang mana selepas berkahwin menggunakan duit habuan Demo PTPTN tempoh hari terus menghilangkan diri dan menyepikan diri.



Ini antara PROVOKASI yang pernah dilakukan oleh Syahid Zaini ini. Malah di dalam mesyuarat tersebut telah dirancang beberapa provokasi besar-besaran bagi menjatuhkan negara.

Maklumat lanjut selepas ini.

MAMAT PLKN INI MENCABAR KEDAULATAN NEGARA LAGI!!!!


Sekali lagi mamat komunis ini menimbulkan provokasi. Biar gambar di bawah menceritakan segala-galanya.



Dari maklumat yang MB perolehi,isu mamat komunis pengkhianat bangsa ini telah pun sampai ke pengetahuan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Malah ia telah diperbincangankan di dalam beberapa mesyuarat. Persoalan MB di sini, bilakah tindakan akan di ambil? Serta penjelasan daripada pihak PLKN masih belum di perolehi.

Yang ingin mengetahui cerita mamat komunis ini, sila lihat di sini.



2 DISAHKAN MATI DALAM PERTEMPURAN DI LAHAD DATU


DISAHKAN 2 KOMANDO VAT69 PDRM TELAH MENINGGAL DUNIA.

Pertempuran yang berlangsung selama hampir sejam itu telah mengorbankan Inspektor Zulkifli bin Mamat dan anggota Sabaruddin. Insiden bermula semasa VAT69 yang menjalankan rondaan terserempak dengan sekumpulan penceroboh dan mula melepaskan termbakan. Pihak Komando Vat69 terpakasa membalas serangan tersebut bagi mempertahankan diri.

Keadaan masih panik di sana. Segala aktiviti harian tidak dapat dijalankan.Sama-sama kita doakan semoga ia selesai dengan baik.

Al-Fatihah....



LAPORAN TERKINI DARIPADA LAHAD DATU!!!


Berita terkini daripada Lahad Datu yang MB terima. Pertempuran sedang berlaku dengan begitu sengit sekarang ini. Dakwaan mengatakan penceroboh yang memulakan tembakan menggunakan mortar. Terdapat kematian yang dilaporkan. MB sedang menanti pengesahan daripada ketua komando Vat69 PDRM.

Nantikan laporan lanjut sebentar lagi.


Thursday, 28 February 2013

VIDEO KHAS UNTUK ORANG MISKIN SAHAJA DARI PR!!!



TAKTIK BARU MAHASISWA BELAAN ANWAR


PROVOKASI MENDESAK DATIN PADUKA ROSMAH MANSUR BERTANDING!!!

PROVOKASI TERBARU YANG DIMAINKAN OLEH PUAK PENGKHIANAT INI.
INILAH PERMAINAN BARU YANG BAKAL DIGUNAKAN BANG ANWAR BIN IBRAHIM.


GEMPAR!!! FLYOVER ELIT-PUTRAJAYA DIBAWAH SELIAAN PKNS RUNTUH!!!!



Flyover elit-putrajaya iaitu jalan daripada Putrajaya menuju Shah Alam telah runtuh tengahari tadi. Pelbagai spekulasi telah diperkatakan di twitter tentang runtuhan ini. Hasil maklumat MB dari seorang jurutera di Lembaga Lebuhraya Malaysia mengesahkan runtuhan tersebut. Jambatan ini telah di tutup beberapa bulan yang lalu bagi kerja-kerja pembaikan. Semasa kejadian runtuhan ini berlaku, jambatan ini masih lagi di tutup.

Kerja-kerja pembersihan dan Siasatan sebab runtuhan ini berlaku sedang di siasat. Maklumat lanjut akan di maklumkan nanti di dalam sidang Media. Diharapkan tiada khabar angin yang tidak benar di sebarkan di dalam media maya ataupun medium lain. Nantikan penjelasan lanjut.


Berita yang baru MB dapat menyatakan jambatan ini berada di bawah seliaan PKNS. Adakah berlaku kecuaian di peringkat pentadbiran PKNS???

PENIPUAN LAGI DALAM MANIFESTO PR!!! BONGKAR!!!


ANDA BERHAK MENENTUKAN PEMIMPIN ANDA!!!!

BTN BERGEGAR LAGI!!!!



Tertarik dengan artikal ini. MB melihat dunia hari ini benar-benar bermain dengan prepsepsi yang di ciptakan oleh puak-puak tertentu bagi mengejar KUASA POLITIK. Dakwaan seorang mahasiswa dari HELP UNIVERSITI ini ternyata hanya mendengar daripada mulut puak-puak yang mencetuskan ketidaktenteraman di negara tercinta ini.

MB dapati penuntut tersebut langsung tidak pernah menghadiri program atau kursus yang di anjurkan oleh pihak Biro TataNegara. Malah segala diceritakannya itu di momok-momokkan oleh tangan-tangan ghaib. Dakwaan menyatakan BTN ini menanam api kemarahan dan kebencian kepada pembangkang ternyata jauh menyimpang kerana BTN menyemai semangat Patriotisme cintakan tanah air.


Modul BTN hanya menceritakan realiti sejarah tanah air dan dasar gagasan 1Malaysia. Malah sejak beberapa tahun ini, BTN telah melakukan anjakan Transformasi yang jauh ke hadapan dengan memberi nilai tambah kepada peserta program dan kursus. Pendekatan yang digunakan sekarang sangat diterima oleh mahasiswa, anak muda dan golongan tua.

Nasihat MB di sini kepada penuntut tersebut agar jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Pergilah bertanya kepada mereka yang pernah menghadiri kursus-kursus dan program yang dianjurkan oleh BTN sejak kebelangkangan ini. Manfaatnya agar berita yang sebenar-benarnya dapat di perolehi dan anda tidak melakukan FITNAH. J



DENGAR LUAHAN PESERTA KURSUS DISINI DAN SINI.

KEBENARAN YANG PERLU DIKETAHUI ISU ROYALTI PR



Di mana hitam putihnya pembetulan ini di buat? Adakah hanya melalui Iklan sahaja sudah mencukupi untuk memegang kata-katanya? Sedarkah anda apakah kelulusan sebenar yang di miliki oleh Datuk Mahfuz?


APA KATA PAKAR TENTANG MANIFESTO PR??? TERKINI!!!







Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan berkata, manifesto BN perlu memenuhi keperluan semua pihak untuk memikat pelbagai lapisan masyarakat bandar dan di luar bandar.

Beliau berpendapat banyak pihak menganggap manifesto PR, yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan Isnin lalu, tidak realistik dan BN perlu mengambil peluang ini untuk membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan terbaik setakat ini dan bukan sekadar janji kosong.


Nasihat MB kepada ahli politik dan pegawai-pegawai khas PM supaya jangan buat janji jika tidak mampu melaksanakannya serta hanya pandai bercakap manis-manis sahaja. 

Tuesday, 26 February 2013

GEMPAR!!! PAKATAN ROBOHKAN RUMAH ORANG MISKIN LAGI!!!!

SUARA DARI KUBUR BUAT NIK AZIZ??? KELANTAN ONLY!!!



HANYA MEREKA YANG MEMPUNYAI HATI SAHAJA YANG FAHAM!!!

DEDAH DUIT BR1M ITU KOTOR!!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya agak terganggu dengan posting yang begitu angkuh berbicara perihal hak dan wang cukai yang dibayar oleh ibu bapa mereka kepada Kerajaan Persekutuan. Ya, BR1M, baucer buku itu memang duit rakyat, tetapi ia bukan duit ibu bapa kamu sahaja. Bertambah kepelikan saya melihat apabila golongan yang angkuh ini adalah majoritinya golongan bawahan atau pertengahan. Yang mungkin ibu bapa mereka sendiri terkecuali dari pembayaran cukai pendapatan

Kamu, saya, dan semua perlu ingat, sumber terbesar pendapatan negara datang dari cukai pendapatan persendirian, syarikat dan cukai petroleum. Usah terlalu angkuh walaupun pendapatan ibu bapa kamu mencecah RM 10,000 sekalipun, dengan pendapatan tahunan RM120,000 setahun setelah ditolak dengan pelbagai potongan sara diri dan keluarga (max:8000) sara anak yg masih belajar(max:4000/org) sara perubatan mak ayah yang dah tua (max:5000) potongan premium insurans yang keluarga kamu ambil lagi, KWSP, pelbagai potongan lagi. kamu fikir jumlah cukai yg kamu bayar itu besar sgtkah wahai saudara?

Saya berani kata dgn pendapatan tahunan RM120,000 setelah ditolak dengan pelbagai potongan, pendapatan itu mungkin berbaki RM90,000. Berapa kadar cukai kamu? 24% untuk 70,000 pertama. RM 7125. Campur 24% untuk 20,000 berikutnya.. Ini masih belum ditolak dgn nilai zakat. Saya hanya beri gambaran kasar buat kamu yang tak faham ekonomi tu. Tambahan, contoh yang saya beri tu, jika ibu dan ayah kamu bergaji RM10,000. Kalau jauh lebih rendah? Berbicara usah terlalu angkuh kawan.. Tuhan benci manusia yang angkuh.. Tolongla bersederhana..

Mungkin wang cukai yang kamu banggakan itu jumlah besarnya dtg dari golongan kaya raya yang cukup kamu bencikan dan selalu kamu hina-hinakan itu. Kerana kita golongan sederhana dan makan gaji nie, tak banyak pon yang kita bayar.. Teringat saya pada Siti NurHaliza, cukai pendapatan beliau mencecah jutaan ringgit. Tapi beliau tak pernah mengungkit:)

"Golongan kaya yang bersyukur itu lebih tinggi martabatnya dari golongan miskin yang sabar" kerana manfaat yang banyak dari mereka:)

Saya rasa saya miskin harta. Kamu?

P/s : buat kamu yang kurang jelas mengenai ekonomi tu, cukai yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan hanya cukai pendapatan ibu bapa kamu. Cukai tanah, cukai harta, cukai pintu tu semua untuk Kerajaan Negeri. Tak sama ye:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...