Mari buka minda dan hayati kenapakah pemimpin Islam seperti Dato' Hassan Ali di kutuk dan di keji sekarang ini apabila di pecat daripada Pas. MB menyeru kepada seluruh rakyat bersama-sama Dato' Hassan Ali dan Datuk Zulkifli Noordin mencegah kemungkaran.
KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU
Sunday, 17 June 2012
Ringkas sahaja apa yang MB ingin huraikan di sini iaitu dalang ataupun perancang utama DEMO GAGAL PTPTN tempoh hari adalah di buat oleh Fahmi Komunis ini. Pelbagai bengkel Demotrasi dilakukan oleh Fahmi Komunis ini. Apa yang MB pelik ialah segala yang dirancangnya adalah supaya anak muda bangkit menyokong DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim serta sekutunya bagi memansuhkan PTPTN. Apa yang MB ingin tunjukkan bukti disini bahawa Fahmi Komunis ini telah pun berjaya menipu PMI bahawa Pakatan Pembangkang ini akan memansuhkan PTPTN sekiranya memerintah. Dibawah ini MB tunjukkan buktinya :-
Dalam buku Jingga Pakatan Rakyat tidak tertulis langsung untuk memansuhkan PTPTN. Malah apa yang berlaku di UNISEL apabila PTPTN dibekukan sementara pada tempoh hari ialah Pakatan Rakyat terpaksa mengeluarkan strategik 'on the spot' mereka dengan hendak mengapungkan tanah 500 ekar bagi membiayai pelajar UNISEL. Dari situ MB sudah dapat melihat bahawa itu semua hanyalah bagi meraih undi anak muda sahaja. MB harap anak muda dan rakyat tidak lagi tertipu oleh anasir-anasir busuk ini.
Labels:
dap,
Fahmi Reza,
MalaysiaBangkit,
MB,
PTPTN
KEGAGALAN FAHMI REDZA MENEGUR HAZIQ???
Ini mahasiswa yang MB dapat katakan bahawa akal letak di lutut apabila mempertikaikan tindakan Sultan Johor membina nombor pendaftaran WWW1 seperti yang dilakukan oleh YB Dato' Nizar bin Jamaluddin baru-baru ini. Tindakan ini adalah bagi MB sebagai mengejar populariti bagi menyaingi Adam Adli dan sekutunya kerana difahamkan nama si Haziq ini tidak tersenarai untuk bertanding dalam PRU 13 nanti. Haziq ini dilihat lebih cendorong ke arah Safwan Anang.
MB difahamkan juga SMM dan PMI kini bermasalah.Ini terbukti apabila terdapat perselisihan antara SMM dengan PMI sendiri apabila PMI telah mengadakan meeting tergempar di API,UM bagi membincangkan agenda bagi menaikkan calon PMI sendiri seperti Syahid Zaini yang kini masih dibuai nikmat alam rumah tangga. :)
Paling best apa yang MB analisis, Fahmi Komunis dan kekasih gelapnya pula semakin bertindak kebodohan apabila acap kali menaikkan video occupay dataran ataupun Universiti Dataran hingga ke saat ini yang konon-kononnya masih ramai lagi menyokong agenda yang dibawah. Jika anda melihat dan mengamati betul-betul hanya ada dalam 5,6orang sahaja yang terlibat didalam rakaman tersebut.
Ternyata Fahmi Komunis telah hamir menjadi tidak waras setelah satu persatu perancangan beliau digagalkan sendiri oleh sekutunya. PMI sendiri dikatakan berlaku pergolakan dalaman disebabkan Syahid Zaini tidak menegur pergaulan bebas antara Fahmi Komunis ini dengan kekasihnya. PMI masih belum sedarkah bahawa perjuangan PMI semakin terpesong apabila bersama SMM kini??? Renung-renungkan...
*Paling best khabar-khabar angin menyatakan Khalid Syiah dalam usaha menarik seseorang menjadi isteri ke dua nya.... Tunggu pendedahannya k.... :)
KHAS UNTUK ABIM DAN INSAN SAYANGKAN ISLAM!!!
FAHAMI APA YANG DISAMPAIKAN USTAZ ISMAIL MINA...
BANGKIT LAH RAKYAT MALAYSIA... KITA TOLAK DAP, BANG ANWAR BIN IBRAHIM DAN SETERUNYA DEMI ISLAM...
Labels:
anak muda,
anwar,
dap,
dsai,
MalaysiaBangkit,
Malaysiakini,
MB,
PAS
HIMPUN DEMI ISLAM WAHAI UMAT ISLAM!!!!
MB menyeru seluruh umat ISLAM bersatu bagi menyelamatkan Aqidah umat Islam kita yang semakin tersesat jauh. Ayuh.... Bersatulah PAS dan UMNO bagi memartabatkan ISLAM yang sebenarnya.
Tuesday, 12 June 2012
PENIPUAN PENDIDIKAN PERCUMA LAGI???
MB berpendapat MB Selangor harus meneruskan hasratnya untuk memberi pendidikan percuma di PTPTN bagi membuktikan kewibawaan beliau di dalam pemerintahan di Selangor. MB sendiri mengharapkan Menteri Besar Selangor tidak bermain dengan putar alam yang dilakukannya kini.
Bahkan MB tidak mendengar lagi Bang Anwar Bin Ibrahim berkenaan isu ini. Kalau betul Bang Anwar Bin Ibrahim hendak memberi pendidikan percuma, sudah tentu beliau meneruskan hasrat ini di Unisel.
Renung-renungkan wahai mahasiswa dan rakyat Malaysia....
KARPAL SINGH MASUK HOSPITAL! MULA CAKAP SORANG2???
Gobind Sahkan Karpal Singh Masuk Hospital
AIDCNews – 12/06/12 – Anak kedua Karpal Singh mengesahkan bapanya dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan susulan.
Gobind Singh Deo mengesahkan perkara itu ketika ditanya oleh Mstar online.
“Memang benar bapa saya dimasukkan ke hospital, tetapi bukan kerana beliau tiba-tiba jatuh sakit.
“Beliau hanya mendapatkan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh doktor,” katanya ketika dihubungimStar Online, Isnin.
AIDCNews semalam menyiarkan email dari sumber yang kredibel yang memaklumkan Karpal Singh telah dimasukkan ke wad urology sebuah hospital kerajaan sejak tiga hari yang lalu.
Karpal Singh dilaporkan mengalami penyakit ‘delerium’ iaitu sejenis penyakit bagi orang yang keliru atau khayal atau separuh sedar.
Menurut wikipedia ‘delerium’ berkaitan dengan kecelaruan mental yang mempunyai ciri-ciri psikotik seperti halusinasi dan delusi.
“Dia (Karpal) sudah mula bercakap-cakap seorang diri dah,” kata sumber itu.
SUMBER DIPETIK DI SINI.
RAHSIA KHALID ISMATH TERDEDAH LAGI???PMI TERKEDU???
MB tertarik dengan isu Khalid Syiah di Uitm ini. MB berkesempatan pergi melihat perbincaraan kes Khalid Syiah ini. Pelbagai provokasi dilakukan oleh Khalid Syiah ini selepas perbincaraan kesnya tempoh hari. Mari kita lihat siapa Khalid Syiah ini. MB dapati beberapa ketidakpuasan hati mahasiswa Uitm diluahkan melalui banner-banner yang dijumpai di sekitar Uitm semasa perbincaraannya.
Itu antara beberapa banner yang dijumpai di sekitar Uitm. MB ingin mengulas provokasi yang dilakukan oleh pihak Khalid Syiah ini yang konon-kononnya mahasiswa-mahasiswa Uitm menyokong dia. Ada beberapa kenyataan mengatakan hampir 200 orang mahasiswa datang memberi sokongan kepada Khalid Syiah semasa perbincaraan dia. MAAF INGIN MB TEGASKAN DISINI BAHAWA KEHADIRAN YANG MENYOKONG KHALID SYIAH INI TIDAK SAMPAI 20orang pun. Lebih kurang 11orang sahaja. Bahkan MB ingin bertanya adakah Adam Tiang itu mahasiswa Uitm??? Yang datang itu bukannya mahasiswa. Dari jauh kelihatan beberapa orang AMK. Itu bukan mahasiswa. Jadi adakah Khalid Syiah ini mendapat sokongan mahasiswa???
Mari kita lihat pula surat yang menyatakan kenapa Khalid Syiah ini dikenakan tindakan tatatertib.
Berat benar kesalahannya ini bagi MB. Malah mahasiswa sebeginikah yang hendah di angkat sebagai pemimpin?
MB tertarik dengan kenyataan PKR Selangor yang ingin menunjukkan simpati kepada Khalid Syiah. PR menyatakan akan memberi bantuan kewangan kepada Khalid Syiah selepas penggantungan yang dikenakan ke atasnya. JANGAN TERTIPU WAHAI MAHASISWA DAN RAKYAT!!! Orang sebegini akan diberi bantuan kewangan lagi ke??? Layak ke??? Renung-renungkan...
Oppsss...Sedikit info tambahan untuk mahasiswa dan rakyat menilai sendiri pembohongan Khalid Syiah dan PKR ini ialah untuk pengetahuan semua, Khalid Syiah ini sudah pun bekerja dengan PKR. Menurut sumber yang sahih, Khalid Syiah ini bekerja dengan Rafizi Ramli di Damansara. Mantap kan Khalid Syiah ini. Sebab itulah dia berani melakukannya.
*Ehem...ehem.... Buat demo dapat kahwin... Kena Buang pula,dapat duit.... Hebat Khalid Syiah ini... Paling best pendedahan yang MB akan buat ialah Khabar angin pasal bakal isteri kedua Khalid Syiah..... Betul tak betul... tunggu pendedahannya k.
:)
Labels:
anwar,
dap,
khalid ismath,
MalaysiaBangkit,
MB,
PAKATAN,
PAS,
persatuan mahasiswa islam,
PKR,
PMI,
SMM
Monday, 11 June 2012
PMI DAN SMM BERCELARU DENGAN PEMIKIRAN MEREKA??? HAHAHA
MB tertarik untuk menunjukkan video ini untuk dikongsi bersama mahasiswa dan rakyat untuk menilai sendiri betapa nekadnya Adam Tiang dan rakan-rakannya dalam memperjuangkan PEMANSUHAN PTPTN ini sehingga sanggup berkampung di Dataran Merdeka tempoh hari. Malah semasa perkampungan ini boleh dilihat bagaimana PMI menyokong kemaksiatan yang dilakukan oleh SMM dan perancang utama iaitu Fahmi Komunis dan pasangan utamanya seperti didedahkan oleh MB sebelum ini.
Tetapi apabila PTPTN dibekukan sementara di Unisel, mereka inilah yang melenting mengatakan PTPTN zalim dan kerajaan kejam serta pelbagai lagi. Ini terbukti apabila pelbagai kecaman telah dibuat dan di spin oleh mereka ini. Anda boleh lihat di sini. Entah mana satu yang PMI dan SMM hendak sebenarnya. Mansuh atau tidak?
Untuk maklumat mahasiswa dan seluruh rakyat, PTPTN di buka semula untuk pelajar Unisel setelah pihak pentadbiran UNISEL sendiri yang memohon kepada PTPTN untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN semula kepada para pelajar ini setelah pihak pentadbiran yakin bahawa pihak Pakatan Rakyat tidak mampu memberi PENDIDIKAN PERCUMA seperti yang dijanjikan.
Secara peribadi MB merasa ketidakpuasan hati dalam isu ini kerana seperti dinyatakan Menteri Besar Selangor untuk membantu para pelajar ini, kerajaan Selangor akan mengapungkan 500ekar tanah untuk mendapatkan dana RM30juta. Apa yang MB persoalkan disini ialah tanah tersebut adalah aset Unisel sendiri. Kenapa perlu mendapatkan dana tersebut dari aset UNISEL? Sekiranya Pakatan Rakyat serius dalam janji Pendidikan Percuma, mereka harus menyalurkan sendiri dana Pakatan Rakyat dan bukannya menggunakan aset UNISEL tersebut.
Renung-renungkan...
*Selepas demo ini, ada antara kepalanya yang dapat berkahwin walaupun belum bekerja. Mantap tu.
:)
Di kesempatan ini MB ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pasangan ini walaupun sudah agak terlewat. :)
Labels:
anwar,
dap,
dsai,
MalaysiaBangkit,
MB,
PAKATAN,
PAS,
persatuan mahasiswa islam,
PKR,
PMI,
PTPTN
PEMBOHONGAN PR PASAL PTPTN PEMANSUHAN PTPTN LAGI???
Pembangkang di Selangor melenting dan menjadi tidak tentu arah apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengarah PTPTN membekukan pinjaman pendidikan bagi pelajar Unisel.
Tanpa mengkaji terlebih dahulu bahawa tindakan itu adalah bersifat sementara kerana PTPTN mahu melihat samada Pakatan Rakyat Selangor benar-benar serius mahu membela nasib pelajar di bawah universiti milik kerajaan negeri atau ianya sekadar retorik politik kosong mereka sahaja.
Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan mahu melihat sejauh mana kebenaran janji Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu memberi pendidikan percuma kepada pelajar pusat pengajian tinggi dengan menghapuskan pinjaman PTPTN.
Bukan sesekali niat kerajaan untuk memperjudikan masa depan generasi muda terutamanya anak-anak bangsa Melayu sendiri.
Sejak merdeka sampai sekarang, tidak ada kerajaan yang memperkasakan pendidikan di negara ini terutamanya menaikkan martabat bangsa Melayu kecuali Barisan Nasional.
Ini hakikat yang amat pahit untuk diterima pembangkang.
Begitulah sifat pembangkang yang ingin menjadi Mat Jenin - berjanji bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi apabila mereka disedarkan dari alam mimpi kepada dunia realiti barulah mengerti betapa sukarnya untuk mengotakan janji-janji yang mereka tabur.
Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya.'
Kalau dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu mmebuat onar yang sama dalam isu PTPTN.
Begitu juga Anwar membuat kacau bilau pada tahun 1998 apabila dipecat daripada jawatannya kerana jenayah liwat dan salahguna kuasa dengan menghasut rakyat melakukan demonstrasi jalanan.
Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Anwar sememangnya tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap bangsa Melayu.
Yang beliau pentingkan ialah bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri dan untuk itu dia sanggup memperkudakan bangsa Melayu untuk mencapai cita-citanya.
Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.
Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.
Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji kosongnya.
Seperti biasa, PAS pula mengambil kesempatan untuk mengatakan kerajaan berlaku zalim kerana menindas pelajar Melayu.
Mungkin PAS yang hanya pandai berceramah di kampung-kampung boleh berikan bukti kepada rakyat satu universiti yang berjaya di binanya selama 20 tahun ia memerintah Kelantan.
Bak kata orang, satu tiang bangunan pun PAS tidak mampu tegakkan apatah lagi sebuah gedung!
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.
Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.
Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?
Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?
Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.
Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai yang dimiliki Unisel.
Isu PTPTN telah memakan diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.
Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat.
Sumber Beruang Biru.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
dipetik daripada :
http://www.papagomo.com/2012/06/ptptn-unisel-pakatan-haram-gelabah-ha.html
Sunday, 10 June 2012
KHAS UNTUK ADAM ADLI DAN KHALID SYIAH SERTA PMI???
MB no komen... Just tertarik untuk sama-sama kongsi bersama seluruh mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia amnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)











