KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 6 June 2012

ADAM ADLI MENGELABAH DENGAN JANJI-JANJINYA???PMI TERTIPU!!!

KENYATAAN MEDIA AMK MALAYSIA 6 JUN 2012


SEKATAN PENDANAAN PENGAJIAN TINGGI DI UNISEL SEBAGAI BUKTI KERAJAAN UMNO-BN MENGHUKUM MAHASISWA KERANA MENYOKONG DASAR PENDIDIKAN PERCUMA PAKATAN RAKYAT


Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia berasa kesal dengan tindakan PTPTN dan pentadbiran kerajaan BN yang menyekat pinjaman pengajian mahasiswa baru UNISEL seperti yang dilaporkan. Tindakan ini jelas menunjukan sikap zalim dan tidak profesional UMNO Barisan Nasional di dalam memberikan khidmat kepada mahasiswa dan anak muda.

Tindakan ini persis menghukum mahasiswa dan anak muda kerana menyokong dasar baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan pendidikan percuma dari pendidikan rendah hingga pengajian tinggi.

Jika benar slogan Dato Seri Najib Razak, ‘Rakyat Didahulukan’ seharusnya regim UMNO Barisan Nasional memikirkan langkah untuk mengukuhkan sistem pendanaan pengajian tinggi mahasiswa. 

Namun malang rakyat Malaysia kerana berlaku sebaliknya. BN dengan rakus menghukum sokongan mahasiswa ini dan menuding tanggugjawap pendidikan ini kepada kerajaan negeri.

Biro Mahasiswa ingin menegaskan bahawa, Malaysia adalah Negara yang menjunjung perlembagaan. Di dalam Jadual 9, senarai I perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa pendidikan merupakan salah satu daripada tanggungjawap Kerajaan Persekutuan. Justeru adalah tidak adil untuk pihak BN selaku kerajaan persekutuan melapaskan tanggungjawap ini sewenang-wenangnya kepada kerajaan negeri.

Pihak kerajaan negari juga terpaksa menanggung beban dengan perlu membayar lebih RM 24 juta hasil perjanjian konsesi berat sebelah kerajaan negeri dan syarikat kroni sewaktu UMNO memegang pentadbiran Selangor.

Pihak Biro Mahasiswa ingin menegaskan bahawa tindakan zalim ini akan mengundang padah yang lebih besar dan meniup lagi kebangkitan Mahasiswa. Saya ingin menyeru dan mendesak pihak yang bertanggungjawap agar menimbang semula langkah dangkal yang dicadangkan untuk diambil dengan menyekat pinjaman kepada Mahasiswa atas alasan kerajaan BN tidak mampu menawarkan dasar pendidikan percuma yang memihak kepada rakyat. 

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Pengarah Biro Mahasiswa AMK Malaysia
0133005461


MB sangat geli hati apabila kenyataan media ini. Bukankah DAP dan sekutu kuatnya Bang Anwar Bin Ibrahim beria-ia untuk memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma. Kenapa sekarang ini AMK melenting pula apabila PTPTN Unisel disekat? Berilah pendidikan percuma kepada para pelajar unisel. Untuk maklumat para rakyat Malaysia yang tercinta, Unisel adalah berada dibawah kelolaan kerajaan Selangor iaitu kerajaan Pakatan Rakyat.

MB disini mencabar DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim mengotakan janji-janjinya. Malah MB mendapat maklumat bahawa SMM sendiri telah melancarkan roadshow pendidikan percuma yang mana ia dihadiri oleh Khalid Syiah, Adam Tiang, Haziq dan beberapa pemimpin pelajar Unisel dan pelajar Uitm. Malah ia dihadiri oleh Pengarah Strategik PKR yang menaburkan pelbagai janji-janji madu kepada pelajar yang tak masuk dek akal.

MB ingin menyeru seluruh ahli Persatuan Mahasiswa Islam menolak SMM dan DAP serta sekutu kuatnya Bang Anwar Bin Ibrahim ini daripada memecah belahkan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia.Mari bersama MB menyampaikan kebenaran-kebenaran yang dimanipulasi dan diperbodohkan oleh mereka ini.

Tuesday, 5 June 2012

MUZAKARAH PAS DAN UMNO BERJAYA AKHIRNYA???


MB menegaskan bahawa PAS dan UMNO harus bermuzakarah. Bukan perdebatan yang dipertekankan. Jangan terpengaruh dengan Bang Anwar Bin Ibrahim.

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.... Bermuzakarah dan Bersatulah PAS dan UMNO...

KELEMBUTAN UNTUK KELANTAN... MAI TRY TEST TGK!!!!


JOM KITA TRY TEST TUKAR KE BN PLAK WAHAI RAKYAT KELANTAN....

Monday, 4 June 2012

PLANNING ANWAR DIDEDAHKAN LAGI??? TERBUKTI LAGI!!!


Segala yang diperkatakan ini secara jelasnya rakyat boleh nilai. MB secara peribadi menyatakan Bang Anwar  Bin Ibrahim memang ada merancang untuk melakukan sesuatu apabila di umumkan BN menang pada pru 13 ini. Ini berikutan apa yang Bang Anwar Bin Ibrahim lakukan dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini.

MB ingin mengajak rakyat berfikir sejenak beberapa perkara iaitu :

1) Kenapakah Bang Anwar Bin Ibrahim menghentam SPR dengan mengadakan BERSIH???
2) Kenapakah Bang Anwar Bin Ibrahim menghentam pihak PDRM dengan mengatakan PDRM ini mengikut telunjuk UMNO???
3) Kenapakah ada unsur-unsur Pakatan Rakyat ini mempertikaikan hak Kesultanan Melayu???
4) Kenapakah Pakatan Rakyat secara tidak langsung cuba menghentam ketenteraan Malaysia???
5) Dan mengapakah hari ini Bang Anwar Bin Ibrahim menyokong LGBT???

Secara kesimpulan yang dapat MB rumuskan bahawa semuanya ini sengaja dibangkitkan supaya mudah bagi Bang Anwar Bin Ibrahim untuk menimbulkan provokasi apabila kalah di dalam pru 13 nanti setelah ia menyemai perasaan benci dan ketidakpercayaan kepada SPR, PDRM, Sultan dan lain-lain.



"GUNAKAN HAK BERFIKIR, SEBELUM HAK BERSUARA"

KENAPA PERLU PAS&UMNO BERSATU???TERBUKTI!!!

AMARAN PAS KEPADA DAP???


Persoalannya di sini, mampukah PAS mempertahankannya kenyataannya ini??? MB berkata sedemikian kerana secara peribadi hari ini MB melihat PAS tunduk kepada DAP dan sekutu rapatnya Bang Anwar Bin Ibrahim. Rakyat boleh nilai sendiri samada benar atau tak kenyataan MB ini.

MB lebih rela melihat PAS bersendirian menghadapi pilihanraya ini daripada berpakat dengan DAP dan sekutunya. Jika PAS menang PRU ini, MB lebih rela melihat kepimpinan PAS yang meminpin sepenuhnya kerajaan daripada melihat DAP dan sekutu rapatnya Bang Anwar Bin Ibrahim menjadikan PAS sebagai Kuda Tunggangannya.

SMM,PMI DAN RAKYAT HARUS NILAI PEMBOHONG INI!!!

DAP DAN SEKUTUNYA PERMAINKAN TAKBIR??? TERBUKTI!!!


Jika anda fahami betul-betul apa yang dikatakan oleh Ustaz Idris Sulaiman ini, ternyata amalan takbir yang dilakukan oleh PAS adalah menyanggahi Sunnah. MB tidak mahu mengulas lebih lanjut berkenaan PAS ini. Apa yang MB ingin timbulkan atau persoalkan disini ialah bagaimana dengan takbir yang dilaungkan oleh sesetengah pemimpin DAP???


Jika apa yang dilakukan PAS sudah menyanggahi Sunnah, adakah apa yang dilakukan oleh DAP ini BETUL?? Adakah pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS hendak biarkan sahaja perkara ini berlaku? 


Bagaimana pula dengan Bang Anwar Bin Ibrahim yang telah banyak bukti-bukti menyatakan dia menyokong LGBT dan Yahudi ini pula???

Ayuh anak bangsa ku... Demi agama, bangsa dan tanahair tercinta ini,kita wajib pertahankan negara ini daripada pengkhianat-pengkhianat negara ini. Sampaikan fakta ini hingga ke akar umbi.

ADAM ADLI KETAKUTAN BALIK PENENG???

Sunday, 3 June 2012

TAKUT UNTUK BERDEBAT DENGAN PEMUDA UMNO!!!KEHKEHKEH...


Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa Hiu Woong Sin ini? Untuk pengetahuan seluruh rakyat Malaysia amnya, Hiu Woong Sin ini adalah individu yang menimbulkan kekecohan pada satu majlis bersama Perdana Menteri di London pada 15 Mei 2012. Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan Malaysia di pandang buruk oleh masyarakat antarabangsa. 

Kesan daripada kekecohan yang dilakukan oleh Hiu Woong Sin ini juga boleh membantukan perkembangan hubungan dua hala Malaysia, pelaburan Malaysia dan ketakutan kepada pelancongan untuk datang ke Malaysia. Secara peribadi MB merasakan kekecohan yang dilakukan memang dirancang dengan penuh terperinci.

Sebagai rakyat Malaysia, MB mengajak anda semua fikir-fikirkan tindakan yang dilakukan oleh DAP dan sekutu Pakatannya ini. Sekiranya mereka memerintah Malaysia, apa akan terjadi jika dari sekarang kita telah lihat sikap mereka yang masih tersembunyi ini??? Hendakkah anda gadaikan negara ini kepada petualang-petualang ini???

Saturday, 2 June 2012

ADAKAH BENAR AZMIN ALI INI PENYOKONG LGBT??? JENG JENG JENG...


MB mengharapkan Azmin Ali segera mengambil tindakan ini bagi membersihkan kepincangan yang berlaku. MB tidak menyebelahi mana-mana pihak. MB mengharapkan kebenaran ditegakkan. 


GURU TRAUMA AKIBAT DICABUL!!! APA NAK JADI LA!!!



KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.

Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui.



Isu ini MB petik di sini.

NYANYIAN DARI HATI ANWAR IBRAHIM???


Mantap la. Macam sukar untuk dipercayaikan bahawa Bang Anwar Bin Ibrahim menyatakan BN itu madu dan Pakatan Rakyat itu racun. Jadi, diharapkan rakyat dapat menilainya.


Friday, 1 June 2012

AZMIN ALI TIDAK SENANG DUDUK LAGI LEPAS NI???


Jika kenyataan ini tidak benar, MB mencadangkan Azmin Ali dan Shamsidar bawalah kes ini ke mahkamah bagi membuktikan kebenaran.

AMARAN RUSUHAN YANG BAKAL TERJADI PASCA PRU 13???


MB setuju dengan gesaan PERKASA supaya tindakan dan langkah-langkah cegahan daripada berlakunya rusuhan di ambil dan diperketatkan penguatkuasaannya. Jika dilihat daripada sejarah, ia adalah salah satu cara ataupun kaedah yang selalu diguna pakai oleh Bang Anwar Bin Ibrahim.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin,marilah kita sama-sama membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dan mempertahankan tanahair tercinta ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...