KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 11 April 2012

FAHMI REZA DAN TEMAN WANITA KANTOI!!! PANAS!!!

Teman Wanita Fahmi Reza yang dikantoikan



Fahmi Reza dan teman wanitanya yang pada pandangan peribadi MB tidak seksi pun tapi MENGELIKAN  telah pun dikantoikan di Dataran Merdeka pada 7 April 2012. Apa yang MB maksudkan dengan KANTOI itu ialah apabila dia telah mengadakan sebuah “teater” khusus seperti yang dimaklumkan pada “Dato” yang meronda kawasan itu sebenarnya adalah sebuah bengkel khas untuk melatih dan membentuk para demonstran generasi alaf baru konon-kononnya di Malaysia.

MB terkejut apabila mendengar cerita ini daripada sahabat blogger pasal cerita ini. Mengapa tergamak seorang anak muda sanggup menimbulkan fenomena bagi mengaibkan Negara dan menimbulkan suasana tegang di Malaysia sehingga begitu sekali??? Sedarkah KAMU bahawa ramai rakyat sudah mula bimbang untuk keluar rumah kerana sudah rasa tidak selamat???

MB juga mendapat maklumat ada juga pelajar daripada oversea mengikuti bengkel ini. Kenapa kamu yang belajar sehingga ke oversea sanggup mengadaikan maruah Negara kepada pengkhianat-pengkhianat Negara ini??? Apa hebatnya habuan yang kamu dapat untuk merosakkan Negara ini???

Pasangan yang Mengelikan MB


MB benar-benar sedih dan kecewa melihat anak bangsa MB sendiri menjadi pengkhianat kepada Negara!!! Peliknya orang-orang seperti ini menjadi sanjungan SMM, Pro Mahasiswa dan Pakatan Rakyat sendiri. Kenapa Pengerusi Pro Mahasiswa yang dikatakan menegakkan agama ISLAM tidak menegur mereka berdua ini ataupun tazkirahkan mereka dari segi batas-batas agama dan pemakaian mereka??? Perlu ke MB upload gambar-gambar pasangan romantik ini untuk anda mengkaji???

MB disini mencabar Fahmi Reza dan teman wanitanya serta mereka-mereka yang hadir ke bengkel “teater” ini untuk datang ke perhimpunan aman menolak SEKS BEBAS pada 21 April 2012 ini. Takkan Fahmi Reza tidak tahu jalan ke Dataran Merdeka ini kut??? Tapi MB rasa Fahmi Reza tidak berani datang ke perhimpunan yang bertujuan baik-baik ini…..

Untuk cerita lebih lanjut, boleh lihat di sini.

Tuesday, 10 April 2012

Monday, 9 April 2012

DIMANA PEMIMPIN KITA???


Didalam melayari youtube sebentar tadi.... MB tertarik dengan video ini.... Walaupun telah lama video ini di upload, memori jasa-jasa TUN tidak pernah ku lupai.... 

Melayu mudah lupa.... Pemimpin kita mudah lupa... Hari ini MB benar-benar terkilan melihat pemimpin-pemimpin negara sepi 1001 sepi... Mendiamkan diri apabila negara dikeji dan dihina.... Dimana pemimpin-pemimpin yang telah dilantik rakyat???

Hari ini MB perhatikan pemimpin-pemimpin yang ada membiarkan panglima perang kita berjuang seorang diri. Jika diperhatikan hari ini, yang kelihatan berjuang hanyalah PM dan TPM kita sahaja yang ke hulur ke hilir turun berjumpa rakyat. Dato seri Najib dan Timbalannya yang kelihatan memberi respon kepada isu-isu yang dibangkitkan... 

Dimana wakil rakyat sekalian??? Adakah anda menjadi pengecut begitu sekali??? Bangkitlah wahai pemimpin-pemimpin sekalian... Keluarkan taring singa kamu semua... Jangan biarkan PANGLIMA kamu bersendirian. Jangan takut dan gentar pada anasir-anasir pengkhianat negara. Jika kita bersatu, kita pasti mencapai kejayaan. 

MB perhatikan gabungan BN sekarang terus hilang taringnya. Dimana gergasi gagah dari MIC, MCA, GERAKAN, PPP dan lain??? Sedarlah dari lena dan mimpi yang indah wahai pemimpin-pemimpin sekalian....

Perjuangan Yang Belum Selesai


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

Sunday, 8 April 2012

BANGKITLAH PEJUANG KU!!!


Hayatilah lagu ini... MB berharap dengan penghayatan yang mendalam, pemimpin-pemimpin yang penakut yang hanya membiarkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdan Menteri berjuang di kala pelbagai isu ditimbulkan dan dibangkitkan oleh anasir-anasir yang hanya untuk kepentingan peribadinya sendiri ini SEDAR...

AYUH...BANGKITLAH!!! BANGUNLAH!!! BANGUNLAH DENGAN MAHA PERKASA.... JANGAN DIBIARKAN BUMI TERCINTA INI HANCUR DENGAN "PLAYSAFE" ANDA SEMUA!!!

JANGAN DIBIARKAN TANAH AIR TERGADAI!!!!

MB HARAP LEPAS INI DSAI TIDAK LAGI BERMAIN DENGAN ISU LYNAS!!!


Setelah melihat video ini, MB harap tidak ada lagi hasutan anasir-anasir -ve yang menghasut rakyat dengan kenyataan tidak benar untuk berdemontrasi. MB cintakan keamanan. Demi negara tercinta, MB akan terus berjuang...

Boleh lihat fakta tentang isu ini di sini.

PENDEDAHAN ISU DI KUIN!!! PANAS!!!


MB mendapat maklumat dari seorang kawan tentang isu sebenar yang berlaku di KUIN. Terdapat beberapa kenyataan yang menarik minat MB. Walaubagaimanapun, mari kita baca kenyataan dari kawan MB ini terlebih dahulu.

Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.


Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera. Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :
1. Masalah kelewatan bayaran PTPTN dan zakat

2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.

Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus, perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan- kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu.


Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.


Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untuk memberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. 


Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan kepada Menteri Besar pula datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan seakan membuat statement tentang salah lapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri.


Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan negeri.

Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.

TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak pengurusan KUIN.

Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.

Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.

Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN

1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
PTPTN mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di Jabatan HEP terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2. ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah rumah.

3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.

Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.

Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak HEP akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.

6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah KUIN terpaksa mengenakan sedikit yuran pengangkutan kepada pelajar

Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak kuin sekarang.

KESIMPULAN

Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas disebabkan beberapa faktor :

1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.

2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.

3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang.

4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.

5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.

6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.

7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak begitu baik.

8. Campurtangan daripada pihak luar (SMM) yang mengeruhkan keadaan.

Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.

Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUIN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.

Ya boleh! Kata Menteri Besar, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?

Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi. Apa tindakan yang perlu?

Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka..kalau perlu, Saya mahu istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!


Antara yang dibangkitkan oleh mahasiswa di KUIN ialah kelewatan duit PTPTN masuk. Kenapa mahasiswa memperjuangkan isu ini? Bagaimana sekiranya PTPTN dimansuhkan seperti yang dijanji madukan oleh seseorang itu??? MB harap jangan kerana kepentingan peribadi seseorang itu,habis negara tergadai.


MB perhatikan juga antara penyebab perkara ini menjadi semakin keruh adalah disebabkan oleh segolongan mahasiswa yang mengelar mereka sebagai SMM ingin menjadi juara. Siapa SMM ini??? Hebat sangatkah mereka ini untuk menjadi jaguh??? Layakkah SMM ini menjadi jaguh dalam memperjuangkan mahasiswa di KUIN??? Sedarlah mahasiswa sekalian...


Isu KUIN ini boleh dibaca di sini juga.

Saturday, 7 April 2012

BERSATULAH BANGSA KU!!!

MB ingin mengajak anda semua hayati video ini. Walaupun agak panjang, semoga anda dapat luangkan masa...



MB ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, bersatulah kamu dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara tercinta ini. Kepada Mahasiswa, marilah menjadi agen menyatukan kembali anak bangsa  kita. Jangan kita terikut-ikut dengan rentak anasir-anasir yang ingin melihat negara kita hancur.

VVIP DISERANG!!!


MB mengucapkan syabas dan tahniah ke atas kecekapan PDRM dalam menjaga keamanan negara tercinta ini. Video ini adalah demonstrasi sempena Sambutan Memperingati Hari Polis yang ke 205 di Dataran Merdeka. Tahniah diucapkan kepada PDRM.


PENDEDAHAN KEHEBATAN ISTERI DATO SRI ANWAR IBRAHIM!!!MARI KITA DENGAR!!!


MB ingin berkongsi video ini yang bagi MB menunjukkan ketabahan seorang isteri dalam mengharungi liku-liku kehidupan. MB pendapatan anda semua setelah mendengar kisah ini??? 

PENDEDAHAN BUKTI PAKATAN TIDAK BERSEDIA MENUNAIKAN JANJI MEREKA!!!


MB ingin mengajak anda semua lihat disini apa pendedahan yang MB maksudkan...

PENDEDAHAN 3UTHM YANG SEBENARNYA!!!

WAH... PANAS telinga MB dengar pasal penerangan yang diceritakan oleh 3 Abdul ini. MB ingin mengulas serba sedikit pasal 3 Abdul ini.


Apa yang MB tahu isu ini timbul setelah berlangsungnya satu program iaitu Program Internasional Youth Day (UNIESCO) yang dihadiri oleh Dato Ahmad Maslan yang menyampaikan ucapan beliau. Isu ini timbul kerana pihak pentadbiran universiti mengarahkan pelajar untuk menghadiri program ini dan kerana penglibatan ahli politik didalam program ini.

Bagi MB program ini memang sangat besar tarafnya iaitu internasional program dan dihadiri oleh pelbagai VVIP. Memang patut sebagai tuan rumah, para pelajar hadir memberi sokongan. Isu yang dibangkitkan oleh 3 Abdul ini ialah bantahan kerana ahli politik masuk ke kampus. Dan apa yang MB nampak, mereka ini mempropagandakan isu ini kerana tindakan telah di ambil oleh mereka. 

MB setuju tindakan diambil ke atas mereka kerana mereka telah mengaibkan universiti tempat mereka belajar  ini dengan menyuarakan bantahan melalui rakaman video yang mereka lakukan. Pihak Universiti mengambil tindakan ke atas mereka di merujuk kepada akta berikut :


MB ingin mengulas statement yang mereka bahawa tidak mahu ada campur tangan politik di kampus. Kenapa  3Abdul ini tidak mengeluarkan kenyataan membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh harakahdaily dan malaysiakini. Seperti yang anda sedia maklum bahawa kedua-dua media ini adalah daripada pihak politik pembangkang. MB ulang sekali kenapa tidak dikeluarkan kenyataan ini??? 

MB berharap jangan kerana fikiran sempit seseorang, 3 Abdul ini merosakkan negara tercinta!!!

Anda boleh melihat cerita 3 Abdul ini disini.

PENIPUAN ANWAR TETANG TURKI


MB tertarik dengan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim pasal pendidikan percuma di negara Turki walau pun tidak ada minyak ini. Untuk penjelasan yang lebih lanjut pasal cerita ini, mari sama-sama kita baca di sini.

MACAM MANA NAK MURAH DAN LIMPAH REZEKI???


MB ingin mengajak rakan-rakan melakukan solat sunat Dhuha 2 rakaat di pagi ini. Seterusnya marilah sama-sama membaca doa Dhuha ini. 

Friday, 6 April 2012

Kupasan PTPTN lagi!!!

MB ingin mengupas beberapa persoalan yang timbul apabila isu PTPTN ini disebut-sebut. Antaranya :

Anak muda terpaksa melangsai beban hutang belajar kepada kerajaan dan pihak penaja setelah tamat dari universiti dan kolej.



Memang ler adat berhutang, kenalah bayar. Bagi orang Islam, kalau mati syahid sekalipun roh akan bergentayangan tak diterima Allah kerana berhutang apatah lagi jika pemberi hutang tak halalkan hutang kita. Sekiranya mahasiswa nak belajar free tanpa perlu membayar PTPTN, MB mencadangkan mahasiswa itu belajar rajin-rajin supaya dapat CGPA cemerlang. Insya Allah PTPTN jadi biasiswa, sesen pun tak payah bayar bahkan dapat pujian masyarakat lagi. Fakta ini tidak pernah disebut oleh Dato Seri Anwar bahawa sekiranya seseorang itu mendapat pointer 3.5 ke atas kalau tidak silap MB, PTPTN akan menjadikan pinjaman itu sebagai biasiswa. Bagi MB ini sesuatu yang bagus supaya pelajar fokus pada pelajaran. Jangan ikut hasutan anasir-anasir tertentu untuk berdemotrasi itu. Bagi MB itu semua ada agenda tersembunyi.


Padangan MB kepada ibubapa pulak, Sebagai ibu bapa kenalah belajar menabung sikit-sikit sejak anak-anak masih kecil. Dah banyak skim tabungan pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan dan swasta. Bila mereka dah besar 20 tahun akan datang, dah ada duit belanja. Mahasiswa yang dapat PTPTN pula kenalah berjimat-cermat bila berbelanja, bila cuti semester belajarlah berdikari dengan bekerja sementara untuk cari pendapatan dan pengalaman. Sambil tu lengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan misalnya menguasai bahasa-bahasa asing, mahir dalam teknologi siber, membina ketrampilan diri, mahir bergaul selain berpengetahuan luas - baru senang dapat kerja.


Kerajaan tak patut menyenarai hitamkan dan menghalang 132,801 mahasiswa ke luar negara akibat gagal bayar hutang PTPTN.

Memang patut pun kena sekatan macam ni, ada hati nak lari dari hutang. Hutang dengan along pun dicarinya sampai ke lubang cacing. Hutang dibayar akan digunakan untuk orang lain pula. Buku Jingga sendiri cakap 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak dapat menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001-2009. Golongan inilah yang sentiasa dibantu kerajaan melalui duit-duit PTPTN yang dibayar kembali oleh para siberhutang.


Beginilah kitaran ekonomi sesebuah negara. Kalau semuanya harap disubsidi dan diberi free, bagi pula kepada pelajar malas yang harapkan kuota, markah kesian dan gemar mengacau, maka lahirlah graduan yang keputusannya tercorot dan cukup makan. Nanti bila mereka bekerja suruh jer kerja free, majikan tak payah bayar gaji. Amerika Syarikat pun hampir-hampir bankrap bila ramai graduannya mengelat tak mau bayar hutang belajar yang mencecah US$1 trillion!


Malaysia akan bankrap tahun 2019, hutang negara tahun 2007 berjumlah 266 bilion meningkat RM456 bilion pada akhir 2011. Hutang rakyat pula mencecah RM700 bilion. Dijangka hutang negara meningkat 100 peratus menjelang 2019. PR menjangkakan mungkin tahun 2017, 2018 dan 2019 gaji kakitangan awam tidak boleh dibayar seperti mana berlaku di Ireland - gaji pensyarah 3 bulan tidak dibayar dan di Portugal pencen di bayar 1/3 sahaja.

Inilah akibat amalan berkebajikan yang keterlaluan di negara-negara kapitalis Eropah konon nak jaga kebajikan rakyatnya, sampai penganggur dan pelacur pun diberi makan dan rumah free. PR cakap setiap rakyat Malaysia terpaksa guna 60% gajinya berhutang membeli rumah, kenderaan (30%) dan hutang peribadi (10%). Tetapi golongan kapitalis tamak yang galak membina rumah-rumah mahal, mereka kawal harga bahan binaan dan harga tanah serta mengenakan caj dan riba tinggi pada peminjam. Kalau negara banyak berhutang, kenalah ikhtiar jana ekonomi dan tambah rezab negara, bukannya perabis semua simpanan negara konon nak bagi semuanya free!
      
PR berjanji melaksanakan program Negara Berkebajikan berdasarkan Buku Jingga jika berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 13. Mandat yang diterima oleh PR akan berlangsung selama 5 tahun (2012-2017). Memang Malaysia akan bankrap tahun 2019 jika PR jadi  kerajaan. Semuanya sebab belanja subsidi besar dan ramai mengelat bayar hutang, nak free segalanya…hancur!!! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...