SPM vs PRO M
Terlebih dahulu Tahniah MB ucapkan kepada adik-adik MB yang baru sahaja mendapat keputusan SPM. Gembira MB melihat wajah-wajah riang adik-adik sekalian.
Sejuk hati melihat wajah kegembiraan adik-adik....
sejuk perut mama mengandungkan adik-adik...
Bagi adik-adik yang Berjaya menjejakkan kaki ke universiti, MB ucapkan selamat menempuh alam baru...
Disini MB ingin memberi sedikit input kepada adik-adik. Sebaik sahaja adik-adik melangkah ke universiti nanti,adik-adik akan didedahkan dengan politik kampus.
MB ingin cerita sedikit pasal satu kumpulan yang menamakan kumpulan mereka sebagai Pro-Mahasiswa dan ada beberapa nama lain lagi tetapi dari kumpulan yang sama. Mereka ini ada satu trademark iaitu julangan tangan ke langit. Nanti bila adik-adik terjumpa trademark seperti itu,itulah mereka.
Untuk pengetahuan adik-adik, permulaannya mereka ini akan merapatkan diri dengan adik-adik semua. Amibil berat pasal adik-adik dan pelbagai lagi dengan tujuan untuk mengetahui latar belakang adik-adik. Mereka akan mengajak adik-adik ke pelbagai program dan kebanyakkan berbentuk keislaman. Bagus memang bagus dan tidak dinafikan kebaikkan program tersebut. TAPI….hati-hati sebab ada KERANG DI SEBALIK CHAR KOEY TEAW... Mereka akan memilih adik-adik tertentu dan melatih adik-adik yang terpilih itu untuk “dibasuh” dengan pelbagai dakyah-dakyah memburuk-burukkan IPTA dan Negara. Boleh dikatakan semua yang pihak Universiti dan kerajaan lakukan adalah SALAH dimata mereka.
Mungkin adik-adik tidak percaya cakap MB kan… Tetapi ini hakikat sebenar yang adik-adik akan hadapi. Mari MB tunjukkan apa yang mereka telah lakukan pada 23 hb Mac 2012 di hadapan KPT. Adik-adik buatlah penilaian dan bukan andaian…..
Inikah sikap seorang pelajar universiti???
MB kira kehadiran yang ada tadi lebih kurang 50orang. hampir separuh adalah media, pegawai-pegawai kpt dan polis. Adakah mereka ini layak menjadi suara mahasiswa seramai 1juta mahasiswa yang tidak setuju dengan tindakan mereka???
Adakah mereka ini datang dengan betul-betul kesedaran dengan apa yang mereka lakukan??? Apa yang MB perasan, mereka ini seperti mengikut jer tanpa tahu apa-apa...Ketika ketua mereka berucap,mereka ini bergosip-gosip dibelakang dan bermain-main hp...Tapi maafkan mereka... mereka mungkin telah dimanipulasikan oleh anasir-anasir tertentu.
ini lagi menarik... Tidak mahu campur tangan politik luar. Untuk pengetahuan adik-adik... ada jer daripada PKR bersama-sama mereka ketika ini berlaku.
gambar ini...MB taknak komen... adik-adik gunakan KBKK adik-adik untuk menilai ye....
MB harap adik-adik akan sedar siapa mereka ini dan berhati-hatilah dengan mereka ini.......
No comments:
Post a Comment