KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday, 7 March 2016

TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG - 7 MAC 2016


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta semua wakil rakyat supaya berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit.
Dalam titah pada majlis pembukaan sesi Parlimen hari ini, Baginda menyifatkan perkara itu sudah berlarutan sejak sekian lama sehingga melelahkan rakyat dan kerajaan.
"Berikanlah contoh teladan yang baik kepada rakyat dengan saling bergandingan dalam melahirkan buah fikiran yang bermanfaat demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara yang berterusan.
"Dalam negara demokrasi perlembagaan, kita boleh berbeza pandangan.
"Raikanlah ruang tersebut, namun bukan saling menjatuhkan, bermusuhan dan fitnah-memfitnah yang akhirnya menjerumuskan negara kepada kehancuran," titah Baginda.
Baginda juga mengingatkan ahli-ahli politik untuk mengelakkan dari memburuk-burukkan negara di mata masyarakat.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Monday, 4 January 2016

MENGAPA DAP KECUT?


Mendukacitakan hari ini apabila terdapat cahaya penyatuan umat Islam di Malaysia ini, orang Islam sendiri menentang. Mengapa jadi begitu?

Hari ini dapat dilihat orang Islam yang menjadi talibarut DAP telah mula menyerang kepimpinan ulamak PAS tentang perpaduan antara PAS dan UMNO. Malah ada diantara orang UMNO dan sendiri yang menentang.

Apakah orang-orang yang taksub ini berjuang demi individu sehingga lupa pada ajaran ISLAM atau mereka ini mereka ini sayangkan ISLAM?

TSUNAMI KEBANGKITAN PARA PEJUANG NEGARA BAKAL GEGARKAN NEGARA??? JANGAN BACA KALAU GENTAR!!!


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KETUA PENGARAH BARU BIRO TATANEGARA DARIPADA MB DAN TEAM BLOGGER KAPAK!!!

SEMOGA SINAR KETUANAN MELAYU YANG TERPADAM KEMBALI DALAM SETIAP SANUBARI RAKYAT MALAYSIA INI!!!

Berikut MB ambil artikel daripada satu blog tentang sedikit latar belakang Ketua Pengarah BTN yang baru ini.

Ketika LADY senang hati menerima makluman semalam adalah tarikh bermulanya amanah dipegang oleh Datuk Ibrahim Saad sebagai Ketua Pengarah Biro Tatanegara. 2 3 bulan lepas, pelbagai tohmahan dilemparkan ke atas KP baru BTN ini. Namun perbualan dengannya sangat menyentuh hati. Dia redha dan berusaha mwnghadapinya dengan kudrat yang ada. LADY kenal siapa Datuk Ibrahim Saad tetapi tidak sekenal inidividu yang menyatakan perkenalannya. Mohon baca di bawah ini. LADY kongsikan untuk sesiapa yang belum kenal dan sengaja konon terlebih kenal.

Sila baca...

Kenali KP BTN
Tahun baharu 2016 bermula dengan perlantikan Ketua Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) yang baharu iaitu Datuk Ibrahim Saad. Walaupun saya berada nun jauh di USA, saya memberi ucapan tahniah kerana perlantikan beliau merupakan satu sejarah yang sangat besar ertinya kepada masyarakat pendidik, kakitangan kerajaan dan parti-parti politik yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan.
Saya mula mengenali Datuk Ibrahim Saad pada tahun 2001 di Kota Kinabalu High School. Apabila saya berhijrah ke Labuan pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Pengarah BTN Sabah sehinggalah tahun 2015. Ianya rekod iaitu 13 tahun.

Maka, perlantikan beliau sebagai KP BTN yang baharu oleh YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Azalina Othman Said sangat-sangat tepat.

Dari segi keluarga, beliau berkahwin dengan orang Sabah yang mempunyai susurgalur yang menarik kerana mempunyai keluarga dari sebelah Kadazan, Dusun, Arab, Cina dan Melayu. Satu perkara yang amat membanggakan, anak-anak beliau semuanya berjaya dalam pendidikan. Tiga orang daripadanya di dalam bidang perubatan di mana yang tua sudah pun menjadi doktor di salah sebuah hospital di Kota Kinabalu. Seorang pula dalam bidang kejuruteraan. Kesemua anak-anak beliau melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di England, India, Mesir dan German.

Secara peribadi, amat membanggakan kerana walaupun beliau sangat sibuk siang dan malam memenuhi jemputan sebagai penceramah patriotik di seluruh Sabah malahan di Semenanjung Malaysia, tetapi beliau masih berkesempatan mengatur pendidikan anaknya. Beberapa tahun dahulu saya pernah bertanya, apa rahsia Datuk? Katanya, "kita mesti menggunakan masa dengan berkualiti walaupun sekejap ketika bersama keluarga". 

Ketika saya di Kuala Lumpur, saya berkesempatan membantunya melawat anak-anaknya yang belajar di beberapa institusi pendidikan. Beliau berusaha menjenguk anaknya walaupun dalam 10 minit. Kadangkala sudah malam hari. 

Terdapat beberapa insiden yang menyedihkan sepanjang saya bersama Datuk Ibrahim.  Oleh kerana anak pertama beliau tidak mendapat pinjaman pelajaran ketika hendak memulakan pelajaran perubatannya di England, beliau terpaksa membuat pinjaman bank dengan mencagarkan rumah beliau sendiri. Inilah nasib pegawai kerajaan yang tidak diketahui oleh orang di luar sana,  janganlah berfikiran bahawa semua pegawai kerajaan mudah mendapat apa yang diingini.
Terdapat kes jua di mana beliau baharu mendarat di KLIA dan mendapat jemputan ceramah ke satu majlis. Oleh kerana beliau tidak membawa kelengkapan baju, saya berkata jika Datuk sudi, saya boleh pinjamkan baju saya. Ternyata Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang memilih. Walaupun baju saya agak besar, itu tidak penting kepadanya, yang utama kepadanya adalah beliau boleh menjalankan tugas untuk negara.
Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang suka duduk di pejabat berkerusikan empuk pun. Pada tahun 2008 jika saya tidak silap, BTN melakukan aktiviti berakit di sepanjang sungai perak yang sangat panjang dan deras itu. Namun, Datuk Ibrahim Saad merendahkan dirinya dengan turut sama mendayung rakit, berpanas dan mengikuti aktiviti spiritual seperti solat berjemaah, memberi kuliah Subuh dan menjadi imam. 

Datuk Ibrahim Saad telah melalui lebih 30 tahun perkhidmatan dengan kerajaan khususnya di Sabah. Beliau telah bercampur dengan lebih 30 suku kaum di Sabah. Maka, jika anda bertanya adakah Datuk Ibrahim akan membawa BTN ke arah yang sempit, anda perlu mengubah tanggapan itu. Beliau telah menjadi Pengarah BTN Sabah kepada 3 orang Perdana Menteri, 4 Ketua Menteri Sabah dan 4 Ketua Pengarah BTN. 

Datuk Ibrahim Saad adalah satu-satunya ketua jabatan kerajaan di Sabah yang telah memulakan Jelajah Kemerdekaan merentasi Borneo (Sabah-Sarawak) menggunakan jalan darat. Tujuannya satu sahaja, untuk meniupkan semangat cintakan negara dan patriotisme kepada rakyat di sepanjang perjalanan. Saya mengetahuinya dan mencatatnya ketika saya menjadi ketua editor majalah Gemilang dahulu. Banyak pengisian dalam program tersebut seperti ceramah kenegaraan, aktiviti mengibar Jalur Gemilang dan sebagainya. Inilah yang sepatutnya diberi keutamaan oleh BTN dan inilah yang telah dilakukannya sejak sekian lama.

Pengalaman-pengalaman di atas cukup untuk membawa wadah baharu kepada rakyat Malaysia dalam konteks national identity, Patriotisme dan usaha nation building di Malaysia. Oleh yang demikian, saya menyarankan NGO dan parti-parti politik supaya bersama-sama dengan KP BTN yang baharu dalam membentuk rakyat Malaysia yang bersatupadu dan patriotik.

Salam dari perantauan,

University City,
Philadelphia, PA, USA.
1 Januari 2016.

sumber di sini

KERAJAAN HARI INI, KERAJAAN PEJUANG MAYA???



Melihat situasi hari ini, rata-rata rakyat mula gusar dengan perkembangan pentadbiran negara ini. Pertelanggahan antara kita terlalu kuat berlaku hingga membawa kehampiran kehancuran negara.

MB memerhati dan merasakan sebenarnya pemimpin-pemimpin yang bertelagah ini boleh berbaik dan berdamai demi agama, bangsa dan tanahair ini. Cumanya terdapat segelintir di sekeliling pemimpin-pemimpin ini menjadi batu api dalam memecahbelahkan mereka ini.

Benar kata seorang sahabat MB. Hari ini kita tidak sepatutnya mendesak Dato Seri Mohd Najib letak jawatan. Tetapi kita harus mendesak punasihat-punasihat PM ini letak jawatan. Sekiranya masih berkeras dengan jawatannya, nescaya natijahnya pada PRU14 ini tumbangnya kerajaan ISLAM MELAYU di bumi dinamakan Malaysia ini.

MB perhatikan juga Cybertrooper Dato Seri Mohd Najib dan individu-individu tertentu yang lantang mengkritik pemimpin-pemimpin dan mantan pemimpin seperti mereka ini langsung tidak ada jasa pada negara. Jangan menghina mereka ini kerana mereka juga BERJASA. 

Para pejuang alam maya hari ini seharusnya tidak membela individu-individu tertentu. Mainkan peranan demi agama,bangsa dan tanahair. Jangan perjudikan negara ini pada mana-mana individu. Tegur mereka agar mereka benar-benar bekerja. Sekarang ini bukan masa mengejar populariti. sekarang masa bekerja dan menunaikan akujanji pada rakyat!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...