KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU
Wednesday, 27 November 2013
PRO M UM MELAKUKAN FITNAH LAGI!!! WHAT NEXT???
Saturday, 23 November 2013
SAFWANG KENA MAKI DENGAN BUKHAIRY!!!PRK UM GEGAR!!!
Thursday, 21 November 2013
MAHASISWA ISLAM UM DIMURTADKAN FAHMI REZA???
Wednesday, 20 November 2013
PERTEMBUNGAN 2 SETERU DI UM!!!
Malam ini MB difahamkan Universiti Malaya bakal digegarkan dengan Perdebatan yang sentiasa dinantikan oleh Mahasiswa UM. Diceritakan Hishamudin Rais dan Fahmi Komunis bakal bersama mereka malam ini dan pastinya jentera Keadilan akan turut bersama mereka.
MB mengharapkan perjalanan Debat ini berjalan lancar dan tenang dengan suasana aman damai. Pastinya mahasiswa rindukan fakta-fakta yang menarik pada malam ini. Dikhabarkan juga saudara Aiman bakal memberi kejutan luar biasa kepada Pro Mahasiswa. Apakah kejutannya? Sama-sama kita saksikan pada malam ini.
Tuesday, 19 November 2013
WHY BRADER ANWAR BACHOL???
Hairan bin banggang. Kenapa Brader Anwar Bin Ibrahim ini sangat takut dengan SB? Segala manipulasi dilakukan Brader Anwar Bin Ibrahim ini bagi menjatuhkan kredibiliti SB tanpa memikirkan segala jasa-jasa mereka dalam menjaga keamanan negara.
Kebelakangan ini dapat dilihat pihak berkuasa giat membasmi kegiatan jenayah sana sini. Hampir 80% hasil risikan dan pertaruhan nyawa SB sebagai barisan hadapan membuka laluan kepada pasukan PDRM untuk menangkap penjenayah-penjenayah ini.
MB berpegang kepada kata-kata orang tua MB. Kalau tak buat salah, apa mau takut Brader.
Saturday, 16 November 2013
UNIVERSITI MALAYA DIAMBANG KEHANCURAN!!!
MB melihat hari ini mahasiswa di IPTA-IPTA semakin hari semakin rosak pemikiran mereka yang ditanam serta dibajai oleh orang-orang yang mungkin seperti hishamudin rais, Adam Tiang, Khalid Syiah, Safwan Chair dan lain-lain. Penikiran atau ideologi yang mereka ini bawa sangat berbahaya hinggakan ia boleh menghancurkan sesuatu tamadun itu.
Hal ini dapat dilihat sendiri di Universiti Malaya yang rata-rata pelajarnya sangat cemerlang malah hasil kajian di Universiti ini sangat diiktiraf. Malangnya ada segelintir pelajar dibawa gerakan Pro Mahasiswa secara perlahan-lahan telah menanam ideologi serong yang membuatkan Universiti Malaya hari ini dikeji dan dikutuk dek tingkah laku segelintir mahasiswa ini.
Segala kata-kata nista dan kejian yang di buat oleh Pro Mahasiswa ini telah mencemarkan imej orang Islam malah menyebabkan orang bukan Islam memandang rendah pada Islam itu sendiri. Siapa yang harus bertanggungjawab?
Tuesday, 12 November 2013
ANCAMAN KOMUNIS DALAM NEGARA!!!SIAPA SALAH???
Friday, 1 November 2013
REALITI DI USIM DAN KEBENARANNYA!!!
Pelbagai pihak mula bermain perkataan Pro Universiti dalam kenyataan rasmi semasa pengumuman Pilihanraya Kampus. Mereka menyatakan Pro Universiti itu ialah Pro Kerajaan. Hakikatnya? Bahaya dari segi branding kalau kita kekal guna label itu. Dlm jangka panjang, akan timbulkan kekeliruan. Adakah wujud entiti berbeza bagi merujuk kumpulan yg menyokong universiti? Jika selama ini label digunakan ialah Pro-Aspirasi bagi merujuk kumpulan mahasiswa yg bersama dan mendokong Aspirasi universiti, kini sudah ada kumpulan yg menggunakan label Pro-Universiti dan kumpulan ini pula mendakwa bukan mewakili Aspirasi. Sedangkan kita sedia maklum apabila disebut Aspirasi, maka ia sekaligus merujuk kpd kumpulan mahasiswa yg pro kpd universiti masing-masing.
Dari satu sudut yg lain pula, jika benar kumpulan pro-universiti di USIM ini menolak ideologi Aspirasi, dan menyokong pembangkang, maka kita boleh sifatkan bahawa sudah wujud perpecahan dlm kalangan mahasiswa propembangkang di negara ini. Ini kerana, sejak sekian lama juga, label pro-mahasiswa digunakan bg merujuk kumpulan mahasiswa yg antiestablishment, menentang universiti dan menentang kerajaan. Di USIM, situasi yg berlaku menunjukkan ada dua kumpulan mahasiswa propembangkang. Dan isunya juga, di mana kumpulan Aspirasi? Adakah USIM tidak ada penyokong kerajaan langsung dlm kalangan mahasiswa? Mana peranan Kelab Penyokong Barisan Nasional IPTA yg ditubuhkan tahun lepas? Selepas pelbagai dana dilaburkan, nampaknya kelab penyokong ini pupus begitu sahaja. Di sebelah pembangkang, jelas kekuatan mereka semakin hari semakin tidak terlawan oleh jentera kerajaan.
Pro Universiti juga diilhamkan oleh pentadbir universiti, lebih tepat TNCHEPA utk menyelamatkan jawatan dan nama baik apabila enggan menerima kekalahan kumpulan yg pro kerajaan jika nama aspirasi digunapakai. Selain itu, bagi mengelakkan org luar tahu bahawa pengaruh pembangkang semakin menular dalam kampus contohnya usim maka nama aspirasi dan pro m dilarang untuk digunakan seterusnya mengisytiharkan semua calon adalah pro universiti. Senangkan?
Padahal jika kita lihat calon yg dipilih untuk menjawat jawatan YDP usim (yg juga siswi kali pertama pecah rekod) adalah penyokong kepada pembangkang dan begitu juga ahli keluarganya yg diketahui menyokong pas. Selepas ini beberapa universiti akan turut mengikut jejak USIM.
Thursday, 31 October 2013
KEPUTUSAN RASMI PRK UMS!!!
Tahniah MB ucapkan kepada kepimpinan terbaru MPP UMS!!! Aspirasi kekal sebagai tunjang Universiti. Untuk mendapatkan kejayaan itu sebenarnya mudah. Tetapi untuk mengisi kemenangan tersebut, amat sukar. Nasihat MB dan rakan-rakan aspirasi dari semenanjung ini, tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemimpin yang terpilih. Berjuang demi Alif Ba Ta. Di bawah ini keputusan rasmi yang telah di umumkan di UMS.
Keputusan Rasmi PRK UMS :
Pro Aspirasi Menang 27 Kerusi
Pro Mahasiswa Menang 3 Kerusi
Manakala 7 Kerusi yang tiada calon bertanding akan dilantik oleh pihak universiti
Pro Aspirasi berjaya membentuk kepimpinan MPP di UMS.
Tuesday, 29 October 2013
SIAPA YDP UUM??? PERUBAHAN, PRO M ATAU HIJRAH???
KENYATAAN RASMI HIJRAH MAHASISWA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
29 OKTOBER 2013
10.30 PM
Bismillahirrahmanirrahim.
1)Pada 28 Oktober 2013, Hijrah Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memenangi 6 (enam) kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di dalam Pilihanraya Kampus UUM 2013. Kerusi-kerusi tersebut adalah 1 kerusi Kawasan Umum, 2 kerusi Kawasan Pusat Pengajian Undang-Undang, 1 kerusi Kawasan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, 1 kerusi kawasan Pusat Pengajian Komunikasi dan Teknologi Media dan 1 kerusi kawasan Pusat Pengajian Pengkomputeran.
2)Sejak keputusan diumumkan semalam, Hijrah Mahasiswa tidak pernah bersetuju untuk bergabung dengan mana-mana entiti sama ada Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Oleh itu kami menafikan sebarang berita atau tohmahan mengenai penggabungan Hijrah Mahasiswa dengan Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa UUM.
3)Kami mohon dan menggesa semua pihak yang mendakwa kami telah bergabung dengan Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa UUM supaya mengharmonikan semula kenyataan berkenaan demi nama baik Hijrah Mahasiswa. Kami menghormati dan menghargai rakan-rakan mahasiswa dalam Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa UUM namun setiap entiti mempunyai nilai dan prinsip berbeza, tetapi kita tetap mempunyai matlamat yang sama untuk menjaga hak dan kebajikan mahasiswa.
4) Kami hanya memenangi 6 kerusi di dalam PRK UUM 2013 berbanding 15 kerusi oleh Pro-Aspirasi, Pro-Mahasiswa (13) dan kerusi Bebas (2). Oleh itu,jika ada kenyataan bahawa PRK UUM 2013 telah dimenangi oleh Pro-Aspirasi sebanyak 22 kerusi adalah tidak benar kerana kami belum membuat apa-apa persetujuan dengan mana-mana pihak untuk bergabung
5)Diharap kenyataan rasmi ini dapat membersihkan nama baik Hijrah Mahasiswa.
PANAS!!!PANAS!!!! UUM GEMPAK HARI INI!!!
PERUBAHAN UUM DI GELETEK RATU KOMUNIS!!! OH LALALA!!!
TAHNIAH KEPADA HIJRAH UUM!!! KITA TEST SEKALI TENGOK!!!
Friday, 25 October 2013
DALANG PRO MAHASISWA ISTIHAR JIHAD DI UM!!!
Difahamkan selepas solat jumaat nanti bahawa Pro Mahasiswa akan berdemotrasi di hadapan bangunan HEP UM. Adakah mereka-mereka ini yang menghalalkan darah Dr Rohana? MB risau tindakan mereka pada petang ini terhadap NC UM. MB rayu mahasiswa/i memberikan tekanan kepada Pro Mahasiswa. Jangan biarkan UM berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Betapa jahil Pro Mahasiswa ini. Jika GMUKM sanggup membaling bom ke markas mereka sendiri, kini mereka berani menghalalkan darah NC. Apa semua ini? Celaka mereka ini. MB menyeru kepada mahasiswa/i menghalang puak Persatuan Mahasiswa Islam dan Pro Mahasiswa ini!!!
PRO M ISTIHAR JIHAD DARAH DR ROHANA UM!!!
Apa dah jadi? Apa dah jadi? Sampai sekarang Pro Mahasiswa masih tidak berubah. Makin menjadi-jadi puak ini. Apa KAU ingat ini negara BAPAK kau punya???
MB difahamkan risalah ini giat disebarkan di sekitar UM sejak malam tadi! Apa kejadah ini semua? Ini bukan main-main punya ugutan. Adakah ini dinamakan jihad yang diperjuangkan Persatuan Mahasiswa Islam dan Pro Mahasiswa? Geram dan terkilan MB bila ISLAM dipermainkan oleh puak-puak ini. Siapa yang mengajar puak ini hingga tergamak berfikir sehingga tahap begini?
Semoga mahasiswa UM dapat menyedarkan puak Pro Mahasiswa UM ini!!!
Wednesday, 23 October 2013
TAHNIAH GMUKM!!!
Sekitar pengumuman keputusan Pilihanraya Kampus UKM. Keputusan tidak rasmi mengatakan GMUKM telah menawan semula UKM. Tahniah daripada MB sekiranya GMUKM menang lagi pada tahun ini. Ini bermakna sudah 3tahun kalau tidak silap MB, GMUKM memenangi PRK UKM.
Walaupun ada unsur sabotaj daripada pihak GMUKM, ternyata ia adalah pilihan Mahasiswa/i UKM sendiri. Bagi mereka yang menang, jangan terlalu bersuka ria. Tanggungjawab anda amatlah berat kini. Bagi yang kalah,jangan kecewa. Itu adalah rutin kehidupan. Apapun menang atau kalah, sama-sama kita membangunkan UKM berlandaskan misi dan visi UKM.
CALON ASPIRASI UKM DIUGUT BUNUH!!!
Betapa kejinya GMUKM ini rupanya.MB tidak sangka begitu bancul mereka ini hingga berani main ugut bunuh ini apa nak jadi dengan nasib mahasiswa jika dibiarkan mereka ini menang?
Tuesday, 22 October 2013
GEGARAN SUARA PEMIMPIN MUDA USM!!!
Sekitar rapat UMum di USM. Diberitakan kepada MB bahawa sokongan penyokong PRO MAHASISWA sangat kurang. Malah calon Pro Mahasiswa dimaklumkan datang lewat daripada masa yang sepatutnya.
Adakah Pro Mahasiswa akan berjaya merampas kerusi-kerusi yang dipertandingkan di USM? MB pasti pertarungan di dalam Pilihanraya Kampus di USM akan tersangat sengit setelah diberitakan Pro Mahasiswa telah berjaya menang 1kerusi di USM. Apapun MB mendoakan PRK di USM akan berakhir dengan aman dan damai.
GMUKM SUDAH MULA UGUT CALON!!!
Nampak gayanya GMUKM sedang rancak berpidato di rapat umum pada malam ini. Malah boleh dikatakan setiap saat mereka berkempen. Tidak dinafikan kemungkinan GMUKM akan tetap mempertahankan kemenangan di UKM pada PRK kali ini walaupun terdapat pelbagai halangan dan cabaran daripada pelbagai pihak. MB doakan kejayaan GMUKM dalam PRK kali ini.
Cuma malangnya MB diberitakan bahawa GMUKM telah mula bermain taktik keji dan kotor. Berita yang baru MB terima mengatakan GMUKM berkemungkinan besar terlibat dalam komplot ugutan bunuh salah seorang calon Aspirasi UKM. Kenapa harus melakukan taktik keji sebegitu? Apa yang MB difahamkan konspirasi ini supaya GMUKM menang solid dalam PRK ini. Nasihat MB jangan tamat brader. Biar Edikoup sahaja yang main kotor gitu.
Politik Kampus bukan seperti politik luar. Jadi sama-sama jaga keharmoniannya. Anda masih pelajar. Pilihlah pemimpin yang benar-benar ikhlas dan terpimpin.
PELAJAR INTERNATIONAL MAKIN KURANG AJAR DENGAN PM!!!
Makin kurang ajar pelajar International yang belajar di Univeraiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sudah di beri betis, mahu peha pula. Hari ini MB diberitakan bahawa Pelajar Antarabangsa yang menyambung belajar di UIAM atas kerjasama atau perjanjian bersama dengana beberapa negara telah mula mempertikaikan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib. MB difahamkan mereka ini diberi 1001 keistimewaan di UIAM yang mana dibiayai oleh kerajaan Malaysia.
Dimana mahasiswa yang menyokong kerajaan? Adakah semua pensyarah-pensyarah di UIAM itu penyokong DAP? Apakah UMNO sebagai tunjang kerajaan Malaysia masih mendiamkan diri bilamana Presiden UMNO di perkatakan sedemikian rupa oleh orang luar? Mana suara-suara yang lantang memperjuangkan tanahair tercinta ini?
Mereka akan mengadakan public speaking pada esok malam seperti mana yang diberitahu kepada MB. Disana mereka akan lebih kuat menghentam kerajaa secara terangan di hampir 10 000ribu mahasiswa. Masihkah anda hendak mendiamkan diri tanpa protes?