KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday 11 June 2012

PMI DAN SMM BERCELARU DENGAN PEMIKIRAN MEREKA??? HAHAHA


MB tertarik untuk menunjukkan video ini untuk dikongsi bersama mahasiswa dan rakyat untuk menilai sendiri betapa nekadnya Adam Tiang dan rakan-rakannya dalam memperjuangkan PEMANSUHAN PTPTN ini sehingga sanggup berkampung di Dataran Merdeka tempoh hari. Malah semasa perkampungan ini boleh dilihat bagaimana PMI menyokong kemaksiatan yang dilakukan oleh SMM dan perancang utama iaitu Fahmi Komunis dan pasangan utamanya seperti didedahkan oleh MB sebelum ini.

Tetapi apabila PTPTN dibekukan sementara di Unisel, mereka inilah yang melenting mengatakan PTPTN zalim dan kerajaan kejam serta pelbagai lagi. Ini terbukti apabila pelbagai kecaman telah dibuat dan di spin oleh mereka ini. Anda boleh lihat di sini. Entah mana satu yang PMI dan SMM hendak sebenarnya. Mansuh atau tidak?

Untuk maklumat mahasiswa dan seluruh rakyat, PTPTN di buka semula untuk pelajar Unisel setelah pihak pentadbiran UNISEL sendiri yang memohon kepada PTPTN untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN semula kepada para pelajar ini setelah pihak pentadbiran yakin bahawa pihak Pakatan Rakyat tidak mampu memberi PENDIDIKAN PERCUMA seperti yang dijanjikan.

Secara peribadi MB merasa ketidakpuasan hati dalam isu ini kerana seperti dinyatakan Menteri Besar Selangor untuk membantu para pelajar ini, kerajaan Selangor akan mengapungkan 500ekar tanah untuk mendapatkan dana RM30juta. Apa yang MB persoalkan disini ialah tanah tersebut adalah aset Unisel sendiri. Kenapa perlu mendapatkan dana tersebut dari aset UNISEL? Sekiranya Pakatan Rakyat serius dalam janji Pendidikan Percuma, mereka harus menyalurkan sendiri dana Pakatan Rakyat dan bukannya menggunakan aset UNISEL tersebut. 

Renung-renungkan...

*Selepas demo ini, ada antara kepalanya yang dapat berkahwin walaupun belum bekerja. Mantap tu.
:)


Di kesempatan ini MB ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pasangan ini walaupun sudah agak terlewat. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...