KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday 16 September 2013

SIAPA HARUS BERTANGGUNGJAWAB???

Realitinya terlalu banyak provokasi yang dilakukan oleh segelintar mereka yang berpengaruh ini. Hakikatnya jika rakyat Malaysia khususnya anak muda dan mahasiswa mempunyai nilai dan semangat cintakan tanah air, pasti mereka tidak berani melakukannya.

Ketuanan Melayu ataupun fakta sebenar sejarah seperti kontrak sosial dan rukun negara harusndan MESTI di kembalikan semula dalam diri rakyat Malaysia.

MAHASISWA KINI HILANG NILAI DIRINYA

Apa nak jadi pada anak muda Malaysia sekarang? Adakah semua mahasiswa mempunyai pendirian begini?

Persoalan MB disini, siapakah yang harus dipersalahkan dalam nilai anak muda ini? Pembinaan modal insan mahasiswa yang memiliki semangat cintakan negara telah makin menipis. Dimanakah agensi-agensi yang terlibat dan bertanggungjawab dalam memastikan semangat jati diri cintakan tanah air ini?

Jika zaman MB dahulu, sangat sensitif sekiranya maruah negara ini cuba di usik ataupun disentuh. Kini MB dapat rasakan mahasiswa sekarang walaupun bijak pandai tetapi kosong. Jiwa cintakan tanahair tercintakan tanah air hampir tiada.

MB menyeru agensi mahupun jabatan yang terlibat untuk memikirkan perkara ini dengan serius. Jangan biarkan negara ini hancur begitu sahaja. Jangan manjakan mahasiswa sekarang. Jangan jebakkan mahasiswa sekarang dengan politik murahan anda semua.

Ayuh kembalikan harga diri negara tercinta ini. Bersatulah wahai bangsa ku.

ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TIDAK TERGURIS DGN LAHANAT INI???

Adakah ini kata-kata yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Malaysia? Apakah perasaan para komando dan perajurit-perajurit yang berjuang mempertahankan negara Malaysia tercinta ini?

Apakah menteri KDN masih ingin membiarkan mamat ini bebas mengeji dan menguris rakyat Malaysia? MB benar-benar terguris.

DAP MENYAMBUT KEMATIAN CHIN PENG PADA 16 SEPTEMBER???

Berita yang baru MB terima menyatakan Chin Peng yang diagung-agungkan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim dan DAP telah mati pagi tadi kerana penyakit tua. Malah telah terdapat ura-ura menyatakan majlis memperingati perjuangan CHIN PENG sedang di aturkan oleh DAP dibantu oleh PSM.

Inikah sikap rakyat Malaysia yang sepatutnya mengutamakan Hari Malaysia daripada komunis?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...