KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday 12 June 2012

KARPAL SINGH MASUK HOSPITAL! MULA CAKAP SORANG2???


Gobind Sahkan Karpal Singh Masuk Hospital

Gobind Singh Deo mengesahkan perkara itu ketika ditanya oleh Mstar online.
“Memang benar bapa saya dimasukkan ke hospital, tetapi bukan kerana beliau tiba-tiba jatuh sakit.
“Beliau hanya mendapatkan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh doktor,” katanya ketika dihubungimStar Online, Isnin.
AIDCNews semalam menyiarkan email dari sumber yang kredibel yang memaklumkan Karpal Singh telah dimasukkan ke wad urology sebuah hospital kerajaan sejak tiga hari yang lalu.
Karpal Singh dilaporkan mengalami penyakit ‘delerium’ iaitu sejenis penyakit bagi orang yang keliru atau khayal atau separuh sedar.
Menurut wikipedia ‘delerium’ berkaitan dengan kecelaruan mental yang mempunyai ciri-ciri psikotik seperti halusinasi dan delusi.
“Dia (Karpal) sudah mula bercakap-cakap seorang diri dah,” kata sumber itu.
SUMBER DIPETIK DI SINI.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...