KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday 22 February 2013

1 RENUNGAN BUAT RAKYAT MALAYSIA DAN PENJAWAT AWAM


Bila-bila saja Dato Seri Najib akan membubarkan Parlimen dan kemudiannya SPR akan setkan tarikh PRU 13. Rakyat Malaysia seluruhnya cukup berdebar menunggu siapa yang akan ke Putrajaya. Semua berita dan perkembangan politik semasa sedang di perhatikan oleh rakyat dan para pengundi PRU 13. Mungkin ini akan menjadi neraca pertimbangan para pengundi bagi menentukan siapa yang akan mereka mengundi.

Pada masa ini, kita di dendang dengan 2 jenis rentak politik iaitu rentak perjuanganTransformasi oleh BN dan rentak Reformasi oleh Pakatan Rakyat. Bagi BN, perjuanganTransformasi sedang berlansung dan berjalan secara realiti dan juga sedang di nikmati oleh semua rakyat Malaysia termasuk Parti-parti Pembangkang. Manakala Pakatan Rakyat pula perjuangan Reformasi yang digariskan dalam Buku Jingga mereka masih belum berjalan ataupun belum dilaksanakan secara 100 peratus,walaupun terdapat 4 negeriyang mereka menjadi Kerajaan. Ini bermakna Reformasi belum boleh dirasai oleh olehrakyat Malaysia. Oleh itu kata mereka "berikan mereka peluang untuk menduduki Putrajaya" pastinya kata mereka reformasi boleh dinikmati oleh semua. Benar atau tidak kenyataan mereka perlu dilihat pada realiti yang berlaku pada masa kini.

Secara perbandingan, realitinya " janji perlu ditepati " . BN telah tepati janji-janji mereka untuk "rakyat didahulukan " dan kerana itu pada masa ini Najib dendangkan semua perubahan untuk di hayati oleh rakyat Malaysia. Dari transformasi Politik, transformasi sosial, transformasi ekonomi hingga landskap Malaysia di transformkan oleh Najib.Manakala reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang menjadi slogan utama DSAI sejak 1998, tidak juga direalisasikan oleh Kerajaan Kedah,Kerajaan Kelantan, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang yang merupakan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS, PKR dan DAP. Bantahan-bantahan rakyat di Selangor dalam isu air, isu elaun tadika dan isu elaun ibu-ibu tunggal, bantahan rakyat di Kedah mengenai isu-isu alam sekitar empangan Pedu, bantahan rakyat di Kelantan mengenai isu air dan isu penorakaan tanah di Gua Musang dan Loging dan bantahan rakyat di Pulau Pinangmengenai isu-isu rumah mampu milik, isu-isu kalimah "Allah" dan isu-isu kebajikan rakyat Pulau Pinang yang lain, adalah bukti bertapa Pakatan Rakyat TIDAK menepati janji-janjimereka, sedang isu-isu yang DIBANTAH adalah isu-isu "CIVIL RIGHT" yang memang mereka menjadi "hero" sebelum mereka memenangi PRU 12 di negeri-negeri tersebut.

Apabila “MEREKA GAGAL” dalam melaksanakan tanggungjawab “MEREKA” sebagai kerajaan negeri dan juga sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang merekatonjolkan diri sebagai "kerajaan alternatif" selain dari Kerajaan BN yang ada, “MEREKA”terus bermain
" BLAMMING GAME ". Menyalahkan kerajaan BN atas kegagalan mereka. Guan Engmenyalahkan UMNO dalam isu kalimah "ALLAH", Guan Eng menyalah UMNO KERANAkegagalan mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan UMNO dituduh rasis. Manakalan Dato Azizan MB Kedah pula menyalah UMNO dan BN kerana kegagalan projek pembangunan di Kedah termasuk dalam isu balak di Empangan Pedu dan meminta RM 100 juta kepada kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan hutan di Pedu . ManakalaDato Khalid MB Selangor juga terus menyalah UMNO dan BN Selangor atas isu air di Selangor. Manakala di Kelantan pula Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan terus jugamenyalah UMNO dan BN atas isu di Loging dan di Gua Musang. Yang jelas Pakatan Rakyat cuba menutup kelemahan pemimpin dan pentadbiran mereka yang cukup lemah dalam memerintah keempat-empat Negeri tersebut .

JELAS sejak dekat 5 tahun mereka memerintah (kes di Kelantan PAS memerintah lebih dari 20 tahun) telah menunjukkan realiti bagaimana KURANG hebatnya dan TERUKNYAPEMIMPIN PAKATAN RAKYAT memerintah di 4 buah negeri ini. Walaupun realitinya secara kebetulan Pakatan Rakyat memerintah 2 buah negeri yang kaya warisan Kerajaan BN yang lalu (Selangor dan Pulau Pinang ), manakala Kedah adalah negeri yang terbantut perancangan pembangunan yang telah rancang oleh Kerajaan BN yang lalu,manakala Kelantan  sebuah negeri yang miskin kerana  PAS menjadi Kerajaannya tetapi "expectation " rakyat selepas PRU12 mahu melihat macamana Pakatan Rakyat boleh mengubah negeri-negeri tersebut menjadi terus kaya dan yang miskin ditukar menjadi kaya dengan pembangunan untuk rakyat. Sepatutnya bermula 2008 Pakatan Rakyatsepatutnya ada agenda tersebut, tetapi sehingga ke 2013, Kedah dan Kelantan tetap tidak bergerak malah banyak masalah pentadbiran dan miskin. Manakala Pulau Pinang dan Selangor, mempunyai kerajaan negeri dan KM/MB yang kuat berpolitik hingga soal kebajikan rakyat kurang di utamakan.

Secara analisa perbandingan, kita boleh timbulkan satu persoalan, bolehkah Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Persekutuan untuk mengantikan Kerajaan Persekutuan BN? Darisegi realiti beberapa-berapa KAJIAN ILMIAH yang dibuat oleh sarjana-sarjana akademik yang juga pakar-pakar politik Malaysia, telah membuktikan secara data-data yang ada (sehingga kini ), TELAH MENYATAKAN bahawa BN mampu untuk MENANG dalam PRU 13,walaupun Pakatan Rakyat akan memberi saingan yang sengit, tetapi kajian mengatakanBN MAMPU untuk MENEWASKAN Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan kajian-kajian yang respondennya adalah para pengundi masih tetap YAKIN pada Najib dan BN dan para pengundi masih TIDAK YAKIN dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan parti-parti PAS, DAP dan PKR. Mungkin juga rekod kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Kedah, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang yang banyak kelemahannya dan yang masih mempunyai banyak masalah yang belum mereka selesaikan sehingga saat akhirsebelum PRU13. Sedangkan negeri-negeri yang BN kuasai bergitu menonjolpembangunan dan kesejahteraan rakyatnya dan ini amat di yakini oleh para pengundi-pengundi PRU13.

Bolehkah pengundi-pengundi PRU13 di Malaysia menjadi seperti pengundi-pengundi di Amerika Syarikat yang CUKUP MATANG dan memilih berdasarkan kepada rekod cemerlang yang berakarkan kepada REALITI di didepan mata bukannya sesuatu yang hanya  dinyatakan sebagai satu impian, dan para pengundi di Amerika Syarikat tetap memilih Presiden Obama yang sedang memegang kuasa di Rumah Putih. Pengundi Amerika tetap yakin dengan Obama daripada pencabarnya, mereka masih mahukan Obama kerana agenda "FORWARD" NYA yang lebih rasional dan menepati cita rasa rakyat Amerika . Di Malaysia, NAJIB telah membuat satu "transformasi" cukup besar dalam semua aspek dan ini sepatutnya menjadi satu kayu ukur yang harus dilihat oleh para pengundi dan bukannya melihat kepada janji dan impian yang tidak dicerminkan oleh pemimpin dan " perkahwinan kontrat " parti-parti Pakatan Rakyat. Mereka berkonflikslebih awal sebelum PRU13 . PERSOALANNYA BOLEHKAH PENGUNDI-PENGUNDI PRU13 MENJADI SEPERTI PENGUNDI PILIHANRAYA PRESIDEN 2012 DI AMERIKA SYARIKAT IAITU MEMILIH BERDASARKAN REKOD PERKHIDMATAN DAN SIAPA YANG MEREKA LEBIH YAKINI?

KITA patut FIKIR dan renungkan realiti, jangan korbankan kesejahteraan dan kenikmatan yang kita kecapi sejak merdeka dari hasil usaha yang dilakukan oleh semua Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Perikatan dulunya dan Barisan Nasional pada masa sekarang. JANGAN PERJUDIKAN KEAMANAN, PERPADUAN, KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN YANG DIREDAI OLEH ALLAHSWT KERANA SEMATA-MATA FORMULA UNTUK MENCUBA DAN MEMBERIKAN PELUANG KEPADA SATU PAKATAN YANG TELAH TERBUKTI TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN SEBAIK KERAJAAN BN YANG MENJADI KERAJAAN SEJAK MERDEKA LAGI.

Di petik di sini.

SIAPA HISHAMUDDIN KOMUNIS???


Hishamuddin Rais, Tukang Penghasut Yang Wajar Didiamkan Segera!

Semenjak kepulangannya ke Malaysia, hanya dalam tempoh setahun sahaja Hishamuddin Rais tutup mulut. Namun dasar agen subversif sepertinya, tidak akan berdiam diri selama-lamanya. Apatah lagi, kerap kali dia dilihat menerima panggilan telefon misteri dan dia sentiasa cuba bersembunyi apabila panggilan telefon itu dijawab. Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat serta rasuah salahguna kuasa, Hishamuddin Rais mulai tunjuk belang.

Bergabung dengan Tian Chua, Ezam Mohd Nor dan kepala-kepala bengkeng yang lain, Hishamuddin Rais merencanakan pelbagai rusuhan dan demonstrasi liar. Walaupun kelihatan seperti ingin mendesak Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir agar membebaskan Anwar Ibrahim, tetapi motif sebenar ialah menimbulkan kekacauan dan campurtangan dari Amerika Syarikat ke atas negara ini menjadi realiti.
Dalam apa juga keadaan, Hishamuddin Rais cuba menunjukkan dan membuktikan dia adalah seorang ilmuwan walaupun hakikatnya dia tidak banyak tahu tentang sejarah negara ini. Kepetahan dan kelicikannya selain persepsi ramai bahawa sepanjang dia menjadi pelarian di negara asing, banyak ilmu yang telah ditimbanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti Sang Dewa yang dipercayai memberi kehidupan baru kepada generasi muda.
Hishamuddin Rais dan kepercayaannya terhadap Sosialisme dan Marxisme tidak pernah surut meskipun, usianya semakin menghampirkannya dengan liang lahad. Hishamuddin Rais masih lagi percaya tentang teori golongan pekerja adalah penguasa dan kapitalis adalah musuh kemanusiaan.

Budaya samseng dan rukun hidup komunis yang mahu bertapak seperti demonstrasi liar, telah disuburkan oleh Hishamuddin Rais yang memberikan bantuan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim. Cakap sahaja, apa demonstrasi di Kuala Lumpur yang tidak disertai oleh Hishamuddin Rais. Bahkan, apa demonstrasi besar Pakatan Rakyat di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak dirancang oleh Hishamuddin Rais.

Malah sewaktu Himpunan Sejuta Rakyat kononnya di Kelana Jaya, budaya tunjuk punggung mula diperkenalkan oleh Hishamuddin Rais. Biarpun selepas itu, dia menangis-nangis dan merayu-rayu meminta maaf, ia sebenarnya hanyalah lakonan si sosialis tua untuk menagih simpati. Keinginannya untuk mengembangkan budaya kurang ajar dan biadap yang diimport dari golongan punk dan skinhead serta anggota komunis Eropah, terlalu menebal.
Anwar tahu keupayaan Hishamuddin Rais setelah lebih dua dekad berada di Eropah. Hubungan Hishamuddin Rais dengan pihak-pihak tertentu semenjak dari tahun 1974 tidak pernah terputus. Hishamuddin Rais suatu ketika pernah berlakon dan berbohong, kononnya dia pernah berada di Palestin menentang Zionis, walhal fahaman yang dianutinya dengan Zionis tiada jauh bezanya. Bahkan dia banyak menerima bantuan daripada Zionis dan hanya menunggu-nunggu masa untuk pulang ke Malaysia.

Hanya apabila Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan selepas Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir Mohamad bercuti dan mempersiapkan Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia serta melepaskan jawatan Presiden UMNO kepadanya, barulah Hishamuddin Rais pulang. Itu pun puas dikempen oleh media-media massa yang dikuasai oleh kroni-kroni Anwar Ibrahim pada waktu itu sehinggakan ada pula drama dan cerekarama yang digarap untuk ditayangkan di kaca televisyen bagi membenarkan Hishamuddin pulang.

Walaupun beberapa kali Hishamuddin Rais yang dipercayai sehingga kini masih perlu melaporkan diri ke Balai Polis Brickfield, telah ditahan namun kebijaksanaan peguam-peguam Pakatan Rakyat, berjaya membebaskannya. Hishamuddin Rais telah mempergunakan kemahiran yang diasahnya di luar negara untuk melepaskan diri, ditambah pula dengan bantuan peguam-peguam Pakatan Rakyat yang diketahui amat bijak memanipulasikan undang-undang di negara ini.

Bahkan, ditambah-tambah pula dengan kelemahan Pejabat Peguam Negara yang nampaknya lebih banyak memihak kepadanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti babi hutan yang gila hendak mengawan.
Petaka pijak gambar pemimpin dan tunjuk punggung seperti yang berlaku pada malam Ambang Merdeka tajaan Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka, sebenarnya akan terus berlaku bahkan akan bertambah teruk selagi manusia bernama Hishamuddin Rais terus dibiarkan bebas.

Tiada sebarang kerugian sekiranya, Hishamuddin Rais yang sedang mengembangkan pembohongannya tentang sejarah bendera Malaysia dan sejarah kemerdekaan negara ini, disimpan atau didiamkan. Dia tidak pernah membawa sebarang jasa kepada negara ini. Sebelum keburukan yang lebih besar berlaku di Malaysia, pengajaran yang seharusnya diterima pada tahun 1974 lagi, perlu diberikan kepada Hishamuddin Rais.
Dia perlu disedarkan bahawa tangan yang mencincang, maka bahunya jugalah yang perlu menanggung.

Sumber

Thursday 21 February 2013

VIDEO YANG PAS PASTI TIDAK PERCAYA!!!


Adakah penyokong PAS masih tidak sedar betapa Bang Anwar Bin Ibrahim ini pandai menipu di belakang-belakang??? 

Fikir-fikirkan...

ANAK MUDA DAN MAHASISWA HARAM TENGOK VIDEO INI!!!


Ini antara mahasiswi yang mengabaikan pelajaran dengan menyertai Revolusi Bunga Raya untuk menjatuhkan kerajaan. Terlibat mengedarkan risalah memburukkan Perdana Menteri di Pekan. Melakukan provokasi dengan masyarakat Pekan dan berlakon menangis seperti diperlakukan sesuatu oleh masyarakat di sana. Sedar atau tidak sedar GM13 ini telah banyak mengabaikan pelajaran yang sepatutnya bertanggungjawab membantu meningkatkan kemajuan negara.


MB tertarik dengan ayat, "Kami akan sambut Datuk Seri dengan cara Mahasiswa." MB ingin bertanyakan kepada GM13 ini, bagaimanakah sebenarnya cara Mahasiswa? Jangan hipokrit dan menjadi orang munafik. Syis Abdul Kadir memang hebat berkata-kata. Tetapi malangnya terpesong agama sepertimana ayahandanya Bang Anwar Bin Ibrahim.

Sekali lagi MB tegaskan di sini, Dimana pendirian dan kenyataan tegas daripada GM13 apabila ISLAM di hina? Dimana borang pendaftaran pertubuhan GM13? Siapa yang membiayai GM13?

Akhir sekali, Adakah begini caranya mahasiswa GM13? 


Rakyat harus lihat tindakan mereka ini.

Tolong sebarkan video ini!!!

SESUATU YANG ANWAR TIDAK BERANI LAKUKAN!!! FOR PR ONLY



PUTRAJAYA 20 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam  memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.
Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.
Calon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri.
Di bawah seksyen 'Maklumat Lanjut', selepas ayat - 'Saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya ini kerana:' Najib menulis "Saya percaya sebagai pemimpin BN saya perlu memberikan teladan yang baik. Hanya calon yang dianggap telah memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil akan membawa kepada sebuah kerajaan yang amanah, dihormati oleh rakyat".
Presiden TI-Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan menandatangani dokumen itu sebagai saksi. Turut hadir pada majlis itu yang berlangsung di bangunan Perdana Putra ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Dipetik Bernama, ikrar itu menetapkan calon perlu mematuhi prinsip benar, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah, atau terlibat dalam mana-mana amalan rasuah.
alt
Calon juga perlu mendukung dan mengutamakan kepentingan rakyat secara menyeluruh, mengamalkan tadbir urus baik dan ketelusan; dan mematuhi undang-undang dan peraturan Malaysia.
Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Perdana Menteri berkata sebaik sahaja nama calon-calon Barisan Nasional bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon akan menandatangani ikrar itu.
"Calon-calon Barisan Nasional dan parti komponennya telah melalui proses semakan dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), kini sewajarnya mereka menunjukkan komitmen mereka bagi pilihan raya yang bersih dan adil dengan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya.
"Tanggungjawab memenuhi ketetapan ikrar ini terletak dengan langkah menandatangani ikrar ini dan adalah merupakan hak mutlak semua rakyat Malaysia untuk memastikan mereka berpegang kepada ikrar ini.
"Mari kita berusaha bersama-sama ke arah menambahbaik proses pilihan raya," katanya.
Beliau berkata butiran mereka yang telah menandatangani ikrar itu akan dimuatkan dalam laman web Transparency International, dan tanggungjawab orang ramai ialah menjadi 'mata dan telinga untuk memantau pematuhan wakil rakyat mereka terhadap standard berkenaan.
Sementara itu ketika ditemui selepas majlis itu, Paul Low berkata orang ramai boleh berkomunikasi dengan calon menerusi maklumat diberikan mereka dalam laman web TI di http://timalaysia-electionpledge.org.my.Foto: Bernama.
Beliau berkata ikrar itu bukan mengenai parti tetapi individu; beliau menjangkakan semua calon dan pemimpin parti, daripada parti kerajaan, pembangkang dan mana-mana calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang, akan tampil dan menandatangani ikrar itu.
"Kerana saya percaya demi Malaysia, kita perlu mengubah budaya politik ini, untuk memastikan integriti dan memerangi rasuah menjadi keutamaan setiap pengubal undang-undang," katanya. 

SUMBER DISINI.

BILA CINA SENDIRI TUNTUT JANJI DAP!!!ONLY FOR CINA!!!


Enam orang bekas ahli DAP hari ini dihalau keluar daripada menyertai ceramah 'UBAH : Bersihkan Malaysia anjuran DAP yang diadakan di DUN Teratai, Pandan Indah malam tadi.Keenam-enam daripada bekas ahli DAP berkenaan cuba untuk memberitahu orang ramai serta mendapatkan penjelasan berhubung janji DAP untuk menubuhkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di kawasan terbabit.Kejadian berlaku kira-kira jam 10.00 malam itu mula kecoh apabila beberapa lelaki yang didakwa sebagai ahli DAP bertindak menghalang kain rentang tuntutan janji tersebut daripada dinaikkan.

JALAN TERBAIK UNTUK PAS


ANDA SEBAGAI RAKYAT HARUS MENILAI SEDALAM-DALAMNYA.

1LAGI BUKTI UNTUK PAS KELUAR DARI PR!ONLY FOR PAS


Sekali lagi Fatwa Majlis Syura Pas ditolak dan secara terang-terangan menolak pendirian tegas Dato' Harun Din oleh Puak Bang Anwar Bin Ibrahim. 

Ketika Majlis Syura Ulama menjilat luka kerana “kejahilan Karpal dan pemimpin DAP lain”, seorang Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula tampil dan mengusutkan lagi keadaan dengan memberi sokongan terbuka kepada syor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah diberi keizinan digunakan di seluruh Malaysia.

Secara langsung kenyataan Fuziah Salleh ini menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible bahasa Melayu.

Fuziah mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.



MB merasakan sudah sampai masanya PAS berundur daripada Pakatan Rakyat. Walaupun tidak bersama BN, PAS tidak sepatutnya bersama dengan Puak Bang Anwar Bin Ibrahim yang ternyata mengorbankan ISLAM demi kepentingan menuju Putrajaya.

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Tuesday 19 February 2013

LAGI BUKTI JURULATIH PLKN TERLIBAT AGENDA KOMUNIS

Ini bukti lanjutan daripada artikal di sini.





Anda lihat dan nilai sendiri.

BUKTI PLKN TERLIBAT REKRUT JENTERA ANWAR?NILAIKAN!!!


Sebelum ini MB pernah dedahkan tentang pengkhianat negara yang menjadi jurulatih di dalam PLKN. Pendedahan demi pendedahan di sini  dan sini telah membuktikan betapa hebatnya Bang Anwar Bin Ibrahim mengatur strategik di dalam rekrut jentera-jentera anak muda bagi menggulingkan serta menimbulkan huru-hara di dalam negara ini.


Inilah Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara iaitu Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil. Selepas pendedahan yang MB lakukan, MB memantau lebih mendalam tentang gerakan menyebarkan pengaruh komunis yang telah bergerak di dalam PLKN. Sejak daripada pendedahan tersebut, MB sangat terkilan kerana masih tidak ada tindakan keras di ambil ke atas jurulatih ini. 

Persoalan di sini adakah Ketua Pengarah JLKN sendiri terlibat di dalam gerakan ini? Jika tidak, kenapa tidak ada tindakan yang di ambil terhadap si pengkhianat negara ini? Di mana penjelasan JLKN terhadap isu ini?


Sekali lagi MB dedahkan bukti-bukti jurulatih PLKN terlibat di dalam gerakan menjadikan negara ini komunis. Jurulatih ini dikenali sebagai Mohd Haizal Yatiran bersama dengan tokoh KOMUNIS iaitu Abdullah CD. 


Di mana di dalam gambar ini secara terangan membuktikan betapa Haizal ini mengagungkan komunis. Gerakan mereka ini telah mempergunakan pelatih-pelatih PLKN untuk menyebarkan perjuangan komunis ini secara tersirat dan tersurat. Mereka menyebarkan agenda-agenda komunis ini melalui fb-fb beberapa jurulatih dan pelatih-pelatih mereka. Adakah Ketua Pengarah JLKN buta mata melihat bukti-bukti ini?


Di mana ini MB sediakan video bagi membuktikan lagi pengkhianat ini secara terangan menjadi penghasut serta pengkhianat negara.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

BODOH SANGAT KE GUAN ENG NI???



Penulisan Pak Zad yang lepas ada mengulas mengenai strategi Guan Eng mengunakan perkataan "Allah" yang dicadangkan supaya BN membenarkan pengunaan perkataan "Allah" untuk digunakan didalam "bible" kristian di Semenanjung Malaysia. Pak Zad nyatakan ini satu strategi bijak Guan Eng untuk mengaturkan satu suasana "polimik" panas dikalangan masyarakat terutamanya"Melayu" dan "Islam" yang berkrisis "pemahaman" dan " ilmu"dalam menyatakan pendirian yang tepat. Guan Eng tahu "politik" melayu akan pastinya menjadi penghalang kepada "pemahaman" dan "ilmu" yang ada ,yang sepatutnya "pemahaman" dan "ilmu"menjadi benteng yang menghancurkan kenyataan dan cadangan "Guan Eng". Tetapi apa yang berlaku orang Melayu dan masyarakat Islam selama satu bulan( sejak perutusan Guan Eng sempena perayaan Krismas(25/12/2012) masih tidak bersatu dalam "pemahaman " dan "Ilmu" mengenai isu perkataan "Allah".
 
" Politik Melayu " bagi Guan Eng adalah strategi paling berbisa yang sedang digunakan dan ini juga adalah senjata yang paling berkesan untuk " test market " samada "melayu" boleh bersatu ataupun "melayu" akan berpecah. Oleh itu para strategi DAP sudahpun membuat analisa dan kajian apakah impak politik yang akan mereka terima kesan daripada strategi perkataan "Allah " ini. Ia itu mereka akan kehilangan "pengundi melayu dan Islam " . Tetapi akan meningkat peratusan " pengundi Cina dan bukan Islam ". Inilah pilihan yang dibuat oleh Guan Eng dan para strategist DAP,untuk cubaan melihat sendiri strategi "test market " ini. Yang jelas selama satu bulan lebih masyarakat Melayu dan pengundi-pengundi Melayu "berkonfliks pemahaman dan ilmu " yang diujudkan oleh Guan Eng dan impaknya cukup jelas melayu masih berpecah antara Melayu Pro Kerajaan dan melayu Pro Pembangkang.
 
Apa yang ada dalam "minda Guan Eng " ialah DAP perlu maju ke depan dan duduk di depan,bukannya kerusi penumpang. DAP perlu menjadi "pilot " dalam Pakatan Pembangkang . Ini kerana pada ketika ini mahu tidak mahu samada PAS atau PKR perlu "respect" DAP kerana DAP lebih stabil daripada kedua-dua parti tersebut. Malah dari segi pengaturan " strategi politik" nya adalah lebih kedepan daripada kedua-dua parti tersebut. Jadi tidak hairan mengapa PAS dan PKR pada masa ini sentiasa akan tunduk kepada DAP dalam semua perkara termasuk dalam isu perkataan "Allah " ini . PAS dan PKR bersetuju supaya perkataan " Allah " boleh digunakan oleh agama-agama lain. Inilah bukti bagaimana PAS dan PKR terlalu lemah dalam pakatan pembangkang ini, bagi PAS dan PKR  matlamat menghalakan cara adalah sangat penting daripada mempertahankan " prinsip " dan perjuangan mereka.
 
Yang penting matlamat untuk ke Putrajaya harus menjadi "perjuangan" utama dan DAP buatlah apa pun PAS dan PKR akan terus menyokong, yang perlu di dahulukan ialah kemenangan dan menduduki Putrajaya. Buat masa ini DAP sudahpun menjadikan PAS dan PKR sebagai permainan "puppet" mereka. DAP lah yang mengerakkan "Puppet" tersebut . Inilah yang sebenarnya Pak Zad katakan perertian DAP sebagai "pilot" dalam Pakatan Rakyat. Strategi "test market " telah mendatangkan impak yang jelas bagaimana dalam isu-isu yang di bawa oleh DAP sebenarnya memberi kemenangan kepada DAP. Malah dalam persekitaran politik dalam negara kini juga DAP masih juga masih kedepan untuk menyaingi dengan UMNO. Maknanya lawan DAP adalah UMNO bukan nya Gerakan ataupun MCA. UMNO saja yang di takuti oleh DAP kerana strategi DAP pada masa kini terutamanya isu perkataan " ALLAH" ialah untuk "attack " UMNO bukan PAS. Tetapi oleh kerana UMNO lebih bersedia untuk melawan strategi DAP, dan PAS tidak bersedia, jadi kena jatuh terlentang lah PAS. Manakala UMNO terus melawan DAP dengan sejak 25 Dec 2012 dan peperangan ini masih berlangsung .
 
UMNO terus menerus "attack" DAP dengan isu "Allah",apakah ini strategi terbaik untuk UMNO ? Bagi Pak Zad , ini strategi terbaik kerana DAP bermain politik ,maka UMNO perlu bermain politik untuk berdepan dengan DAP dalam isu "Allah". Sedangkan PAS dan PKR tak mampu untuk mempertahankannya. PAS telah berpecah 2 ,kumpulan PAS bukan Ulamak ( HJ Hadi) menyokong Guan Eng dan Kumpulan Ulamak PAS (Nik Aziz) menolak Guan Eng . Bagi PKR ,mereka tunggu DSAI untuk bersuara dan apabila DSAI bersuara untuk menyokong Guan Eng, ahli PKR "terbisu" terkejut kaku. Bagi Pak Zad, ada yang tak kena dalam keadaan ini. Lojiknya tak kan strategi Guan Eng dalam isu "Allah" ,Guan Eng dan DAP nak pecahkan perpaduan Pakatan Rakyat ,sedangkan PRU 13 makin hampir. Tidak lojik perkara ini berlaku . Jadi Pak Zad rasa ada strategi besar yang sedang dirangka oleh Guan Eng,DSAI,HJ Hadi dan Nik Aziz,dengan isu yang sedang bermain ini. UMNO dan BN perlu melihat suasana ini bukan sebagai satu keadaan "mudah" tapi melihat lebih mendalam untuk melihat keadaan yang lebih sukar lagi. Pak Zad yakin strategi Pakatan Rakyat bukan isu "Allah" tapi ia hanya satu strategi "test market " mungkin untuk melihat pertahanan UMNO dan BN .

Sumber : di sini

Monday 18 February 2013

UNTUK DI NILAI PENYOKONG PAS SENDIRI


Sejak bila Presiden Pas, Dato’ Seri Haj Abdul Hadi Awang mengiktiraf Melayu dan kepentingan memperjuangkan orang Melayu?

Sejak bila Pas bercakap soal perjuangan untuk orang Melayu sedangkan perkara itu diklasifikasikan sebagai amalan Asyabiah atau bersifat kebangsaan yang difatwakan sebagai bertentangan dengan Islam.

Itulah antara lain bermain di kotak fikir apabila menghayati kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang
berucap di perhimpunan parti mereka di Banggol Peradong kelmarin dengan menyatakan Pas sedia keluar dari pakatan (PAS,DAP dan PKR) sekiranya merugikan orang Melayu dan agama Islam.

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari pakatan itu.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Dr Bala Chandran , Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Selama ini pimpinan Pas dan pengikutnya menyatakan bahawa Umno yang memperjuangkan Melayu dan berfahaman kebangsaan (nasionalisma) adalah kononnya bertentangan dengan Islam.

Tiba-tiba hari ini, Haji Hadi bercakap soal Melayu, cukup aneh dan merupakan suatu sikap baru yang ditunjukkan seolah-seolah bagi mereka perjuangan untuk Melayu itu sudah tidak menyalahi lagi dengan dasar dan kefahaman mereka sebelum ini.

Tentang rugi atau tidak kepada Melayu dan umat Islam, Haji Hadi perlulah insaf bahawa dalam pakatan mereka itu bukanlah orang yang mahu meletakkan bangsa Melayu dan umat Islam di tempat yang selamat.

Hayati pendedahan berani yang dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda DAP sendiri, Mohamed Razali Abdul Rahman bahawa seorang pemimpin kanan bukan Melayu/Islam dalam pakatan itu pernah didalam ucapannya menyatakan "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."
Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang kristian agama rasmi. Pemimpin kanan Pas mengarahkannya supaya ditarik balik laporan itu.
Seorang Ketua Menteri telah menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia menarik balik laporan polis. Paderi di tempat kerja isterinya juga membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis.

Senarai rancangan besar sebuah parti bukan Melayu dalam pakatan itu yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut yang JELAS MERUGI BAHKAN MENGHANCURKAN MELAYU DAN ISLAM:

1. Kristian Agama Rasmi.
2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada bangsa lain.
4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah dianggap berketurunan lanun oleh pemimpin kanan dalam pakatan itu.
5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.
6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.
7. NGO Melayu akan dihapuskan, contohnya PEKIDA & PERKASA.
8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu).
9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang bangsa lain.
14. Di Hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang bukan melayu (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang bangsa bukan Melayu, bukan beragama Islam.
17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israel akan dibuka.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam
22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu di bawah pembangkang minta untuk guna wang zakat.
23. Dasar Ekonomi Baru DEB akan dimansuhkan
24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS.
25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan sebuah parti dalam pakatan itu.

Apakah semua itu tidak merugikan Melayu dan Islam? Sebenarnya ia bukan setakat merugikan Melayu dan Islam, malah menghancurkannya!! 


Sumber di sini.

Sunday 17 February 2013

ANWAR SEDANG MENCARI KERUSI SELAMAT


Terdapat dakwaan menyatakan kemungkinan Ustaz Nasharuddin mat isa akan bertanding di Permatang Pauh pada PRU13 ini. Jika ini berlaku, ia akan menjadi satu sejarah kekalahan seorang Ketua Pembangkang yang dikatakan sangat gilakan kuasa. Sama-sama kita nantikan pendedahannya nanti.



PESANAN SESEORANG KPD NIK AZIZ

ULASAN UNTUK PENYOKONG PAS SAHAJA!!!



Kelihatan keputusan Timb. Mursyidul Am PAS Haron Din untuk bersara dari bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia bersifat sementara. Haron Din dilihat 'menarik semula' persaraan tersebut setelah mengesahkan bakal bertempur menjadi salah seorang calon pada PRU13 kelak.

Kenyataan terbaru beliau tidaklah mengejutkan Pimpinan BN sebenarnya. Akan tetapi, ianya telah mengejutkan puak2 Parasit PAS yang punyai misi menumbangkan Haron Din dari terus berkuasa dalam parti.



Lonjakan Haron Din secara drastik itu mencacatkan agenda Puak Parasit yang berjaya menghakis pengaruh tokoh2 Pro Ulama' seorang demi seorang. Malah sumber menjelaskan keputusan beliau bagi mewakili suara akar umbi Pro Ulama' setelah wakil tertinggi Ustaz Nasharudin berjaya ditumbangkan tanpa bermaruah.

Ianya bukan sahaja diputuskan beliau sejurus pemecatan Ustaz Nasha, Haron Din didakwa khuatir ketirisan tokoh2 Pro Ulama PAS di Dewan Rakyat setelah melihat tahap kesihatan rakan akrab beliau mewakili Parlimen Baling Ustaz Taib Azamuddin yang kian uzur berdepan penyakit yang ditanggung sekian lama.
Sudah puak2 PKR pimpinan Anwar berang dengan sikap Haron Din. Anwar semakin bosan dengan 'gangguan2 liar' puak2 Pro Ulama' dari mencapai misi beliau menggenggam jawatan Perdana Menteri Malaysia.


Kuasa Pro Ulama' PAS di Dewan Rakyat yang dilihat bakal lupus serta merta sejurus PRU13 menjadi pendorong buat Haron Din. Beliau bakal menghalang sebarang usul yang menentang arus perjuangan Islam, sebagaimana yang dihujahkan Khalid Samad berkaitan penggunaan Kalimah Allah di Parlimen 1 ketika dahulu.
Kini, pelan baru dilaporkan sedang dipergiat bagi menghalang Haron Din menjadi salah seorang calon mewakili PAS pada PRU13.


Persoalannya, setelah Hasan Ali dan Ustaz Nasha 'tumpas'. mampukah Haron Din menjadi kubu dan benteng pertahanan Kumpulan Pro Ulama'?

Kebalkah kekuatan Haron Din berdepan dengan ugutan2 dari puak2 Parasit.

Mungkin ini peluang terakhir.


DI PETIK DI SINI.

DISEBALIK KEBENARAN MAJLIS SYURA PAS

IDEA TUN M DALAM BIDANG KEJURUTERAAN


Menara Berkembar Petronas @KLCC yang mula dibina pada tahun 1993 mengambil masa selama 6 tahun sahaja berbanding tempoh jangkaan 8 tahun. Kerahan tenaga memerlukan pekerja bekerja 24/7 dan berlakunya pertandingan di antara pembinaan Menara 1 (Bob Pratt) dan Menara 2 (Jon Dunsford). Alasannya, Tun M percaya adanya persaingan mampu memastikan projek siap tepat pada masanya. 

Pembinaannya melibatkan pakar-pakar dari serata dunia. Pelbagai masalah & rintangan dihadapi dalam pembinaan. Antaranya, Menara 1 didapati condong 25 milimeter dan disedari semasa dalam pembinaan tingkat ke 72, menara terpaksa dipindahkan daripada lokasi asal disebabkan faktor tanah, penghasilan ramuan baru campuran konkrit bagi mengantikan besi keluli, faktor cuaca dan macam-macam lagi.

Percaya atau tidak, Tun M bukan sahaja memberikan idea untuk membinanya bahkan Tun M sendiri yang mengilhamkan rekabentuk tapak KLCC dengan konsep Islam.

Untuk sebuah menara, terdapat 16,000 tingkap kaca yang mengambil masa selama sebulan untuk siap dibersihkan. 2 Mercu menara yang berukuran 60 meter (15 tingkat) dihasilkan daripada luar negara, Jepun dan Korea. Pada peringkat akhir, Menara 2 yang diketuai Jon Dunsford yang siap terlebih dahulu.

Pembinaan menara pencakar langit disifatkan sebagai keegoaan & dahulunya didominasi oleh Menara Sear's Chicago. Nah, lihatlahlah Menara Berkembar Petronas dengan ketinggian 450 meter (88 tingkat) tersegam gah, beridentitikan Malaysia serta Islam bukannnya lambang keegoaan sebaliknya inilah titik tolak dunia mengenali Malaysia.

Terima kasih Tun M. Saya bangga menjadi Anak Malaysia =)

TIPS JUTAWAN BERNIAGA



Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menjadi kaya bukannya dengan menjual sepotong keknya sebaliknya dengan menambah "nilai" pada sepotong keknya tersebut sebelum mampu memiliki potong kek yang seterusnya. Dalam potongan kek tersebut terdapat 3 perisa utama (MMC, Tradewinds (sebelumnya PERNAS) & DRB-HICOM), menggaji lebih 110,000 orang dan 250,000 orang secara tidak langsung. Bayangkan daripada kek yang kosong, mula dihias dengan krim, berperisa siap ada buah-buah. Kek ini sepastinya lebih mahalkan?

Menariknya, beliau peka dengan budaya dengki. Ini menyebabkan bagi urusan perniagaan, beliau melantik penama pada permulaanya. Ini juga menyebabkan nama Syed Mokhtar Bukhary tidak dikenali pada peringkat awal meskipun beliau telahpun bergelar jutawan. Sememangnya beliau sangat bersederhana dan tidak gemar menonjolkan diri, apatah lagi ditemu ramah media.

Dalam tempoh setahun dalam dunia perniagaan, Bukhary Sdn Bhd telah menguasai 25% daripada pasaran kerajaan dengan rekod pendapatan RM1.2 juta sebulan. Dalam sehari pula, beliau akan menelefon hampir 100 orang, urusan rasmi atau mendapatkan nasihat. Antara individu yang menjadi rujukan beliau sehingga sekarang ialah Tun Dr. Mahathir.

Beliau telah memasuki pelbagai bidang perniagaan seperti pengangkutan, beras, perladangan, hartanah, pembuatan dan bermacam-macam lagi. Beliau bukannya lahir daripada keluarga yang kaya, ayahnya pengembala lembu. Beliau juga daripada sebuah keluarga yang sangat mementingkan pendidikan dan agama. Buktinya, ibunya lebih berminat menghantar beliau dan adik-beradiknya ke sekolah Inggeris. Meskipun tidak cemerlang dari segi akademik (tidak menamatkan persekolahan Tingkatan 5), kejayaan beliau harini adalah sangat dikagumi.

Beliau bukan sekadar seorang ahli perniagaan yang dermawan, bahkan patriotik. Buktinya, berjaya menyelamatkan PERNAS dan PROTON untuk terus kekal membawa identiti nasional. Paling penting, beliau usahawan Bumiputera yang sama sekali alergi dengan pendekatan “Ali-Baba”. Beliau menggunakan sebaiknya laluan yang diberikan Kerajaan kepada usahawan Bumiputera.

"Pendekatan saya mudah. Jika saya hendak buat sesuatu, saya buat dulu & bercakap kemudian".

-Ringkasan Biografi Syed Mokhtar Albukhary.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...