KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday 28 September 2012

KONSPIRASI BERSIH KAMPUS DI UM

Siang nanti akan berlaku Pilihanraya Kampus kecil bagi 2 fakulti di Universiti Malaya. Harapan Kemenangan Penggerak Mahasiswa terletak pada calon mereka di 2 fakulti ini. Walaubagaimanapun maklumat dalaman MB mendapati terdapat 4 calon Pro-Mahasiswa yang telah memenangi PRK pada Selasa lepas telah bersedia untuk bersama Penggerak Mahasiswa setelah melihat strategik Pro-Mahasiswa sanggup membuat apa sahaja asalkan memenangi Pilihanraya Kampus ini. 

Sumber MB turut menyatakan kepimpinan Pro-Mahasiswa sedang gelisah mencari siapa 4 orang calon ini sehinggakan pelbagai cara dilakukan bagi mengikat kesemua calon Pro-Mahasiswa yang telah menang. Adakah untuk Pilihanraya Kampus kecil ini Pro-Mahasiswa akan melakukan Konspirasi lagi setelah gagal melakukannya pada Selasa lepas??? Sama-sama nantikan pendedahannya...


Sepanjang 3tahun ini pelbagai gerak kerja jahat telah dilakukan sehingga sanggup menggunakan kepala babi bagi meraih undi simpati. Pendedahan lanjut boleh baca di sini.


Pada tahun ini Konspirasi Bersih Kampus hampir berjaya dilakukan. Namun maklumat risikan dalaman MB telah berjaya mendedahkan konspirasi Pro-Mahasiswa pada tahun ini sehinggakan ia telah menyebabkan mahasiswa kecewa dengan permainan kotor Pro-Mahasiswa. Hasil pendedahan tersebut menyebabkan kepimpinan Pro-Mahasiswa UM kucar-kacir hingga menyebabkan mereka terpaksa memanggil rakan luar UM mereka untuk membantu dalam PRK kali ini.


MB pernah dedahkan Konspirasi yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa di UM. Tepat maklumat risikan MB bahawa Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional akan membuat report polis dia dipukul. Setelah sedar bahawa konspirasinya telah terdedah, Pro-Mahasiswa telah 'spin' konspirasi ini bahawa ia telah dirancang UMNO kerana blogger-blogger UMNO telah mendedahkan konspirasi ini lebih awal. Ditegaskan disini bahawa MB bukan blogger UMNO dan tidak terikat dengan mana-mana pihak!!! Pendedahan yang MB lakukan adalah hasil maklumat dalaman.

MB mendapat maklumat bahawa pihak polis telah mencari Edikoup seharian bagi membantu siasatan laporan polis yang telah dibuat Edikoup tetapi tidak dijumpa. Berita ini telah di dedahkan di sini.

 Persoalan MB kenapa saudara Edikoup menghilang atau melarikan diri daripada pihak Polis? MB dapat rasakan alasan yang bakal diberinya adalah risau dengan Konspirasi Ops2020. 


MB ingin mendapatkan penjelasan tentang maklumat yang diperolehi daripada sahabat MB tentang "AGENDA BERSIH KAMPUS' yang telah dijalankan oleh Pro-Mahasiswa bersama dengan kepimpinan Pembangkang. MB melihat Konspirasi Bersih Kampus ini telah berjalan lama dan hasilnya telah terdapat kumpulan yang aktif berdemo mencemarkan maruah negara serta mencemar Institusi Kesultanan Negara sehingga ada mahasiswa pembangkang ini mempertikaikan Sultan.


Konspirasi Bersih Kampus ini MB rasakan perlu di beri perhatian serius daripada mahasiswa Pro-Kerajaan dan kepimpinan kerajaan sendiri kerana melalui Konspirasi Bersih Kampus ini, MB dapat rasakan mereka ini telah merekrut kumpulan-kumpulan anak muda yang mampu menderhaka kepada tanah air tercinta.

Untuk melihat penerangan lebih jelas tentang KONSPIRASI BERSIH KAMPUS ini, boleh rujuk di sini.



Thursday 27 September 2012

KONSPIRASI BERSIH KAMPUS DIPECAHKAN



Terkejut MB apabila mendapat tahu bahawa Pakatan telah mewujudkan agenda yang terancang yang sangat halus untuk memastikan setiap kampus menjadi milik mereka serta menjadikan suasana kampus kacau bilau. Hasil risikan sahabat MB menyatakan ia telah lama berlaku dan kemuncaknya menjelang PRU-13 ini. Untuk mengetahui lebih lanjut pendedahan ini, sila lihat di :



Segala konspirasi ini benar-benar terancang hinggakan ketegangan berlaku disana sini dikalangan mahasiswa. Kegagalan konspirasi Edikoup dipukul menjelang pengundian tempoh hari adalah berada di dalam Konspirasi Bersih Kampus ini. 

Penipuan di mana Edikoup berada semasa dia dipukul mengikut kenyataan rasmi yang dibuat, akan didedahkan dan dikantoikan oleh ORANG KANAN Edikoup sendiri nanti. Jangan terkejut!!! Malah ia akan disahkan oleh 4orang calon MPP yang telah memenangi PRK kali ini. 4orang ini juga bakal melompat parti bersama PENGGERAK MAHASISWA setelah kecewa dengan permainan jahat Pro-Mahasiswa ini setelah terasa tertipu dengan ideologi yang Pro-Mahasiswa bawa.


Nantikan kenyataan rasmi 4orang CALON PRO-M yang telah menang untuk bersama PENGGERAK MAHASISWA secara rasmi!!!!


MANDAT MB KEPADA ASPIRASI MAHASISWA!!!


Kemenangan Besar kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa memberi gambaran awal kekalahan PEMBANGKANG pada PRU13 nanti. Kekalahan Pro-Mahasiswa adalah kesedaran mahasiswa hari ini terhadap ideologi yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa yang bercakap “tidak serupa bikin” dan politik jalanan yang telah mencemar imej mahasiswa, universiti dan Negara tercinta ini.

Di dalam PRK kali  kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa telah Berjaya memenangi 17 ipta daripada 20 ipta adalah satu pencapaian yang sangat besar. MB mengharapkan kepada YB-YB yang Pro-Aspirasi yang telah berjaya ini menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.



MB UCAPKAN TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG TELAH MEMENANGI PRK KALI INI!!! 

Tuesday 25 September 2012

GMUKM TIDAK MENANG DI UKM!!!






Sekarang ini sedang berlangsung pengiraan undi di UKM. Maklumat awal yang MB perolehi mengatakan tahun ini Pilihanraya kampus di UKM memberi sejarah baru kepada pentadbiran Universiti iaitu KEKALAHAN TERUK kepada ASPIRASI UKM berbanding tahun lepas. 




Sebenarnya di UKM ini Gabungan Mahasiswa UKM tidak MEMENANGI pilihanraya kali ini. Kenapa MB berkata begitu??? Ini kerana mahasiswa di UKM ini mengadakan undi protes kepada pentadbiran Universiti.  Sekiranya mahasiswa tidak mengadakan undi protes ini, 100% Aspirasi boleh memenangi Pilihanraya Kampus kali ini.


Hasil pemerhatian MB di UKM, terdapat terlalu ramai campur tangan politik luar didalam Pilihanraya Kampus ini. Yang menjadi persoalan MB, segala permasalahan di UKM yang dibawa tetap tidak dapat diselesaikan dan bersifat lepas tangan. Kebajikan jentera-jentera banyak terabai.


MB dengar terdapat pegawai-pegawai yang dikerahkan untuk membantu UKM memenangi Pilihanraya Kampus kali ini. Tetapi di mana pegawai ini semasa penamaan dan disaat permasalahan berlaku??? Telefon Bimbit tidak berfungsi semasa itu.


Disini MB mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati. Ini adalah kenyataan yang perlu diketahui oleh pihak atasan. Pendedahan ini adalah kerana MB cintakan keamanan di kampus dan tidak mahu melihat kampus diganggu gugat oleh Pro-Mahasiswa yang sentiasa bertindak liar dan berdemotrasi.

Semoga selepas ini perhatian yang serius diambil bagi menyelesaikan permasalahan dalaman UKM.


ASPIRASI MENANG DI UM!!! TAHNIAH!!!


TAHNIAH KEPADA ORANG KUAT PENGGERAK MAHASISWA ATAS KEMENANGAN ASPIRASI DI UNIVERSITI MALAYA!!!


PENGGERAK BERJAYA MENDAPAT  21 KERUSI MENGALAHKAN PRO-MAHASISWA 20 KERUSI. DAN TERDAPAT 2 KERUSI SERI!!!


WALAUPUN MENANG TIPIS.... ANDA TELAH BERJAYA MENGAMBIL ALIH KEPIMPINAN MPP DI UNIVERSITI MALAYA!!!





KEPADA CALON PENGGERAK YANG TELAH MENANG, JANGAN LUPA MENJAGA KEBAJIKAN DAN KEAMANAN KAMPUS TERCINTA!!!

TAHNIAH MB UCAPKAN!!!




KEPADA PRO-MAHASISWA... MB TAHU APA YANG ANDA TIDAK TAHU!!! JANGAN MENCABAR MB DEDAHKAN KONSPIRASI YANG ANDA RANCANG!!!



SIRI PENDEDAHAN KONSPIRASI PRO-M


Seperti yang maklumat yang MB perolehi, ternyata ia benar. Sedara Edikoup telah membuat laporan polis pagi tadi. Tapi sayangnya laporan tersebut telah terbukti lebih mendedahkan penipuan yang sedang dirancangkan.


Menurut laporan yang dibuat mengatakan pada jam 12malam, sedara Edikoup telah diekori dan ditahan serta telah di beri amaran. Paling menarik sedara Edikoup berkata tidak memahami apa yang mereka katakan. Beberapa soalan MB ingin bertanya kepada saudara Edikoup :

1) Bahasa apa yang digunakan sehingga sepatah pun sedara tidak fahami maksudnya?
2) Gangster tersebut bangsa apa?
3) Apa tindakan saudara selepas kejadian pertama berlaku?

Jika anda perhatikan pergerakan Pro-Mahasiswa ini, mereka sentiasa update segera setiap apa yang berlaku di semua media maya yang mereka miliki. Hasil pemerhatian MB selepas kejadian pertama tidak ada walau sepatah pun yang bermain di media maya Pro-Mahasiswa tentang kejadian itu. 

Jika anda mengikuti pergerakan Pro-Mahasiswa ini, disaat genting ini kenapakah keselamatan saudara Edikoup ini tidak dititik beratkan? Renung-renungkan.

Ada juga sumber cerita MB mengatakan yang memukul saudara Edikoup ini adalah rakan-rakan di dalam Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) disebabkan PMI dan Pro-Mahasiswa ini berlaku pergolakkan dalaman yang semakin meruncing. Cerita ini berkata budak PMI telah membelasah Pro-Mahasiswa disebabkan kebiadapan Pro-Mahasiswa yang keterlaluan. Selepas kejadian itu mereka telah mencipta cerita ini agar ia dapat menutup isu dalaman mereka.



Cerita kepincangan dalaman ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh SU AGUNG yang mengatakan PMI tidak sama dengan Pro-Mahasiswa ini.  Adakah kenyataan SU AGUNG ini menuang minyak di atas api yang membara???


Persoalan-persoalan MB ini ditujukan kepada semua untuk berpikir sendiri kebenaran apa yang terjadi. MB yakin pihak Pro-Mahasiswa tidak berani menjawab persoalan ini!!!



"KONSPIRASI BERSIH KAMPUS KANTOI"

AMARAN AMUKAN MB UNTUK MEREKA!!!


MB tertarik dengan poster ini yang dimainkan oleh pencacai Pro-Mahasiswa ini berhubung post amaran tentang Edikoup pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional di pukul. MB ingin tegaskan disini bahawa maklumat yang MB terima adalah daripada orang kanan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang terlibat dalam mesyuarat tergempar bersama otai-otai Pro-Mahasiswa untuk merancang konspirasi ini. Namun orang tersebut tidak mahu masuk campur dengan konspirasi ini.


MB disini ingin tegaskan disini bahawa MB bukan Blogger atau Cybertrooper dibawah UMNO-BN!!! 


MB TIDAK PERNAH SESAAT PUN BERSAMA UMB UMNO MAHUPUN MENERIMA SEBARANG DIDIKAN DARI UMB UMNO!!! BAHKAN MB TIDAK PERNAH MENGANGKAT SUMPAH UNTUK TAAT SETIA KEPADA SESIAPA PUN DALAM MENDEDAHKAN KEBENARAN!!!


MB TIDAK MEMBENARKAN SESIAPA PUN MELIBATKAN ATAU MENGKAITKAN BLOG MB INI DENGAN MANA-MANA PIHAK!!! HARAP MAKLUM!!!



EDIKOUP DIPUKUL UNTUK MENDAPATKAN SIMPATI!!!



Tragedi di UM berulang kembali. Kali ini perancangan mereka sangat keji lagi hina!!! Konspirasi Bersih Kampus yang mereka gunakan di UM untuk Pilihanraya Kampus kali ini adalah dengan memukul Presiden Pro-Mahasiswa Nasional sendiri iaitu Edikoup Lakip Sediyanto pada pagi ini. Maklumat MB terima ini adalah daripada orang kanan Pro-Mahasiswa di UM yang mana terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana tidak sanggup lagi melihat kejahilan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa ini. Malah Persatuan Mahasiswa Islam juga telah jauh terpesong kerana bersetuju dengan Konspirasi ini.




Edikoup Lakip Sediyanto dikatakan akan membuat report polis pada pagi ini. Difahamkan dia akan mengaitkan report ini sebagai "Konspirasi Ops2020". Mereka akan menyalahkan UMNO sepenuhnya serta mengaitkan pentadbiran HEP, Universiti, Pengerak, Aspirasi Mahasiswa, Jaksa, UMB, Aman Kampus, BTN dan semua pihak yang tidak menyebelahi Pembangkang.




Mari kita lihat wayang yang bakal di mainkan Edikoup Lakip Sediyanto siang nanti. MB yakin dia akan keluar ke khalayak ramai dengan muka-muka yang lembam kemungkinannya. Dan ahli politik pembangkang secara terang-terangan akan datang memberi sokongan. Orang kanan Pro-Mahasiswa yang mengetahui perancangan ini telah merakamkannya. Jika perlu, dia akan dedahkan ke umum. MB telah menyarankan dia untuk menunggu dan bersabar dahulu melihat apa yang bakal di mainkan nanti.


MB menyeru kepada seluruh mahasiswa supaya tidak tertipu dengan permainan Pro-Mahasiswa serta Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi tidak menyatakan kebenaran.


"Konspirasi Bersih Kampus Kantoi"

KONSPIRASI PRO-M PRK 2012!!! KANTOI!!!


Maklumat yang baru MB terima dari orang dalaman Pro-Mahasiswa mengatakan mereka akan mengadakan provokasi bagi mendapatkan undi simpati mahasiswa di UM dan kampus-kampus yang lain. Mereka merancang untuk memukul Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional iaitu saudara Edikoup Lakip Sediyanto dan mengaitkan kes ini dengan Konspirasi Ops 2020 serta pihak HEP, Pentadbiran Universiti, BTN dan UMNO Kampus.



Awas kepada PENGGERAK MAHASISWA!!! Jangan termakan dengan provokasi mereka ini.



Monday 24 September 2012

PRO-MAHASISWA MENGGANAS DI UKM!!!



Dalam menghadapi Pilihanraya pelbagai cara dilakukan bagi meraih undi mahasiswa. Di UKM ternyata pendekatan yang dilakukan oleh GMUKM sangat ganas. Risikan MB terhadap video ini mendapati GMUKM atau lebih dikenali di peringkat nasional ialah Pro-Mahasiswa telah cuba merempuh masuk ke sebuah kolej kediaman mahasiswa. Dalam tragedi ini, maklumat awal diperolehi ialah Pro-Mahasiswa ini hendak berkempen di kolej ini dan pada masa yang sama bakal menimbulkan provokasi bagi mencetuskan pergaduhan bagi mendapatkan simpati mahasiswa. 


Temubual MB bersama beberapa mahasiswi di kolej berkenaan mendapat respon negatif. Bagi mahasiswi baru yang pertama kali menghadapi situasi ini berkata, mereka ketakutan apabila kumpulan mahasiswa Pro-Mahasiswa ini membuat kekecohan dengan membunyikan motor sekuat-kuatnya bagi menakutkan penghuni di kolej berkenaan sebagai amaran jangan turun mengundi atau mengundi calon dari Pro-Mahasiswa ini. Bagi Mahasiswi yang telah lama berada di Kolej berkenaan, mereka berkata bahawa sepanjang berada di UKM sehingga saat ini mereka sentiasa ketakutan dan bimbang keselamatan mereka berikutan kumpulan Pro-Mahasiswa atau GMUKM ini sentiasa mengadakan demotrasi. Bahkan ada diantara mereka yang memaksa pelajar turut serta bersama Pro-Mahasiswa atau GMUKM ini dalam setiap demotrasi yang mereka lakukan.


Maklumat sulit yang MB perolehi mengatakan bahawa Pro-Mahasiswa atau GMUKM ini mengadakan mesyuarat tergempar semalam bagi memikirkan jalan supaya mereka tidak dikaitkan dengan nama Pro-Mahasiswa kerana mereka dapati nama Pro-Mahasiswa telah BUSUK DAN BURUK di mata mahasiswa. Bagi menimbulkan prepsepsi yang mereka ini berada di pihak lain, mereka menggunakan pendekatan yang lebih Islamic di hadapan para mahasiswa bagi meraih undi.





Ini ada poster bagi memastikan mahasiswa dan mahasiswi tidak tersilap memilih pemimpin mereka.


Untuk cerita lebih menarik tentang kenapa GMUKM @ PMI ini takut dikaitkan dengan PRO-MAHASISWA, anda boleh lihat di sini.


KONTROVERSI PMI DAN PRO-M DI UTARA!!!





Dalam melayari alam maya melihat calon-calon Pemimpin yang bakal dilahirkan dari Pilihanraya kampus kali ini, MB terjumpa beberapa perkara yang menarik. Gambar diatas MB jumpa di dalam FB seorang calon PMI ataupun lebih mudah di sebut sebagai Pro-Mahasiswa yang mana MB rasakan memperjuangkan ciri-ciri Islamic. 


Nak tahu siapa dan di mana boleh melihat dan berdamping dengannya??? 

.
.
.
.



Adakah ia orang yang sama???

Anda boleh lihat pic-pic ini di sini dan sini.

*Harap-harap tidak dibuang dah lah pic tu selepas pendedahan ini. :)




Nantikan juga pendedahan dan bukti lanjut dari orang kanan PMIUSM nanti.

PENDEDAHAN PENIPUAN PMI DI UTARA TANAHAIR!!!


MB terpanggil mendedahkan kejahatan dan kejahilan yang dimainkan oleh Pro-Mahasiswa dan PMI ini. Hasil risikan dalaman MB dengan rakan-rakan didalam Pro-Mahasiswa. Di USM ini berlaku perpecahan kerana ada yang menyokong pendekatan berdemo dan ada yang lantang ke arah tersebut. Malah dari rakan MB tersebut menyatakan PMI akan blast SMS yang mana akan menunjukkan Aspirasi yang buat dan memberi simpati kepada Pro-Mahasiswa ataupun PMI ini.


Jika diperhatikan apa yang UMMUL AIMAN katakan dalam kenyataan bahawa PMI tidak bersama Pro-Mahasiswa ini dusta. Semasa rapat umum berlangsung, MB melihat mereka berjuang atas platform Pro-Mahasiswa. MB tidak melihat pun mereka tidak bersama. Sebenarnya ini adalah CUBAAN untuk menyembunyikan daripada dikaitkan dengan KEJAHILAN yang mereka lakukan.

UNTUK LEBIH LANJUT SILA LIHAT DI SINI.

NANTIKAN PENDEDAHAN SENDIRI ORANG KANAN PMI DI USM TENTANG PERANCANGAN JAHAT DAN ZALIM PRO-MAHASISWA DALAM KONSPIRASI BERSIH KAMPUS!!!!




Anda berhak memilih mana satu pilihan PEMIMPIN yang anda impikan untuk menjaga dan memperjuangkan kebajikan anda sebagai mahasiswa.

KONSPIRASI PEMBANGKANG DI USIM!!!


Di post sebelum ini MB ada dedahkan KONSPIRASI yang telah dijalankan oleh Pro-Mahasiswa atas perancangan oleh Parti Pembangkang. Di dalam post ini MB secara ringkasnya akan menceritakan perancangan jahat yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa di Usim. 


Bagi mereka yang memerhati suasana politik kampus di Usim, pasti mereka sedar kemunculan kembali sebuah blog. Blog ini pernah muncul suatu ketika dulu dan telah banyak menimbulkan kontroversi sehingga admin blog tersebut terpaksa di tutup. Kini blog tersebut muncul kembali. Blog yang MB maksudkan adalah :-




Suatu ketika dulu admin terpaksa menutup blog ini kerana pemalsuan maklumat dan penggunaan nama samaran pelbagai orang yang tidak bersalah. Kemunculannya kali ini MB fikir admin telah insaf. Tetapi kesalahan dan penipuan yang sama tetap dilakukan. 




Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh lihat di sini dan sini.


Pasti ada yang marah dan bengang dengan MB kerana mendedahkan penipuan ini. Sebenarnya apa yang MB cuba dedahkan disini adalah Konspirasi Terancang yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu dalam menimbulkan ketidaktenteraman kampus Usim. MB terpanggil mendedahkan perkara ini kerana sayangkan keamanan dan kemakmuran kampus Usim.


Satu blog amatur yang MB suka penulisannya yang jelas dan berfakta telah diserang oleh Konspirasi jahat ini. Blog ini adalah selari dengan prinsip MB iaitu mencintai KEAMANAN DAN KEDAMAIAN di dalam kampus. Blog yang MB maksudkan adalah blog USIM DI HATIKU.


Hasil kajian MB mendapati blog USIM DI HATIKU ini telah mendapat tempat di hati pelajar didalam mendapatkan info yang sebenar. Namun hasil risikan MB mendapati satu perancangan jahat telah dilakukan bagi menjatuhkan imej blog ini kerana dikatakan blog ini akan merosakkan perancangan dalam menimbulkan kacau bilau di kampus Usim tercinta. 


Hasil Penyelidikan MB mendapati satu fake akaun telah digunakan bagi menimbulkan provokasi terhadap blog ini dan menyerang satu akaun fb yang tidak bersalah dengan mengaitkan sebagai blogger blog tersebut.
Pelbagai fitnah dilakukan dalam menjatuhkan imej blog ini. 



Hasil risikan dalaman MB dengan rakan-rakan Pro-Mahasiswa di Usim mendapati tuan punya FB ini berkait rapat dengan USIMKINI. Malah hubungan "Muhammad Abduh" ini sangat rapat dengan pengerusi-pengerusi Pro-Mahasiswa yang lain serta orang kanan Pro-Pembangkang Nasional. Mungkin ada mengatakan MB hanya mereka cerita tentang perkara ini. MB sarankan mahasiswa menganalisis sendiri rakan-rakan FB "Muhammad Abduh" ini. 




Sumber risikan dalaman MB dari rakan-rakan Pro-Mahasiswa di Usim mendapati arahan dari pihak atasan supaya menyerang blog USIM DI HATI hingga tahap menjadi seorang kaki fitnah yang penting misi berjaya. Bagi mahasiswa yang baru berjinak-jinak membaca blog pasti akan mempercayai fitnah yang dilemparkan. Sebenarnya fitnah yang berlaku ini adalah satu daripada cabang KONSPIRASI mereka yang akan MB dedahkan selepas ini bersama rakan-rakan blogger MB yang lain!!!


Oh ye...Maklumat dari rakan-rakan Pro-Mahasiswa MB yang berada di Usim mengatakan bahawa ada calon-calon Pro-Mahasiswa yang telah dihantar menjadi calon Pro-Universiti. Mereka ini telah diaturkan dengan perancangan yang halus untuk bertanding atas tiket Pro-Universiti tanpa diketahui oleh pentadbiran universiti. Difahamkan calon-calon Pro-Mahasiswa ini ada yang terlibat di dalam demotransi jalanan. Nantikan pendedahan MB siapa calon tersebut!!! Amaran MB kepada calon Pro-Mahasiswa ini, MB akan mendedahkan segala yang pernah anda lakukan. Jangan sampai anda dibenci mahasiswa diatas perilaku buruk anda.





PENDEDAHAN PANAS KONSPIRASI BERSIH KAMPUS SILA LIHAT 

AMARAN!!!KONSPIRASI PRO-M BAKAL DIDEDAHKAN!!!


Melihat senario politik semasa sekarang dan politik kampus di kala pilihanraya kampus sedang berlangsung, pelbagai isu telah ditimbulkan oleh pihak pembangkang baik di peringkat nasional mahupun peringkat kampus.


Jika perhatikan pergerakan Pro-Mahasiswa ataupun Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di dalam Pilihanraya kampus kali ini agak perlahan dari segala gerak kerja. Jika anda sedar dari segi pemasangan poster dan kempen yang dilakukan oleh Pro-M atau PMI kali ini tidak ghairah seperti tahun sebelum ini sehinggakan ada kampus yang tidak digantungkan poster walaupun sekeping. Hairan dan Ajaib betul???


Kemenangan Aspirasi di 5 kampus telah menyejukkan hati pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Terdapat pegawai-pegawai khas yang mula mendabik dada kemenangan tersebut. Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman, berita itu sangat mengembirakan mereka dan memberi ketenangan jiwa kepada mereka. Tetapi jika mereka yang berpengalaman, ia sangat merisaukan kerana tidak logik Pro-M atau PMI ini membiarkan begitu mudah Aspirasi Mahasiswa menang.


Lantas MB turun ke pandang dan mengkaji. Akhirnya MB berjaya mendapat rahsia sebenar apa yang bakal mereka ini lakukan. Hasil risikan mendapati mereka ini sanggup mengorbankan Pilihanraya Kampus ini walaupun kalah tetapi menang di peringkat PRU-13. Benarkah ini bakal terjadi???


MB akan mendedahkan konspirasi yang di jalankan oleh Pro-Mahasiswa dan Persatuan Mahasiswa Islam ini hasil daripada pendedahan maklumat daripada 2orang yang menjawat jawatan tertinggi di dalam gerakan pembangkang Mahasiswa ini. Malah mereka ini terlibat di dalam mesyuarat tertinggi bersama pemimpin pembangkang!!! Pendedahan maklumat ini berprofil tinggi dan dilakukan kerana mereka ini insaf dengan apa yang berlaku. Nantikan pendedahan demi pendedahan nanti. 





Ini pendedahan di peringkat permulaan. Nantikan pendedahan konspirasi mahasiswa pembangkang ini!!!




Sunday 23 September 2012

GEMPAK!!!GENG ADAM ADLI KENA SAWAN AKAL

Seperti MB katakan dalam pos sebelum ini bahawa Mahasiswa Pendidik hendak mengadakan provokasi hari ini di UPSI, ternyata hari ini mereka mengadakan provokasi murahan. Jika benar mereka memperjuangkan mahasiswa, mereka pasti mengadakan demotrasi ini pada hari bekerja. Ayuh lihat video di bawah.





*MB dengar ada family Adam Tiang sakit mental. Adakah sakit itu berjangkit dengan geng Mahasiswa Pendidik ini? :)



PMI BERMAIN WAYANG DI UTARA TANAHAIR!!!

Seperti pernah MB dedahkan sebelum ini tentang kepincangan antara Pro-Mahasiswa dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) , hari ini terbukti apabila Persatuan Mahasiswa Islam di sebuah kampus utara tanah air telah mengeluarkan kenyataan bahawa PMI tidak sama dengan Pro-Mahasiswa. Ternyata kenyataan ini adalah satu propanganda bagi meraih undi mahasiswa di dalam Pilihanraya Kampus kali ini.



Ini kenyataan yang MB maksudkan. Bagi MB mereka pandai berkata-kata dengan mengaitkan agama. Tapi apabila kepentingan sesuatu disebabkan oleh kepentingan individu tertentu, mereka terlupa tentang adab di dalam agama.



Mahasiswa jangan lupa apa yang telah dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam bersama Pro-Mahasiswa ini. Sehingga saat in Persatuan Mahasiswa Islam tidak memberi penjelasan berhubung isu ini.

MB mencabar Ummul Aiman menjawab isu ini!!!


Nantikan pendedahan selanjutnya.

AMARAN TSUNAMI PRK 2012!!!























ADAM ADLI BAKAL BIKIN KACAU DI UPSI


MB mendapat pengambaran dari seorang sahabat di UPSI mengatakan bahawa Adam Tiang akan mengadakan kekecohan. Perancangan Adam Tiang bersama pasukan pencacainya Mahasiswa Pendidik akan menghantar memorandum bantahan berikutan 6calon mereka tidak diterima untuk bertanding dalam PRK kali ini. 




MB mengatakan bahawa ini adalah satu agenda jahat yang sengaja dilakukan bagi mencetuskan ketegangan dan ketidak tenteraman mahasiswa di UPSI. Ini kerana terbukti mereka sengaja ingin mencetuskan provokasi semata-mata. Jika benar mereka hendak menghantar memorandum, Adam Tiang serta Mahasiswa Pendidik pasti akan menghantar pada hari bekerja. Untuk makluman anda semua, pada hari AHAD adalah cuti umum di negeri Perak yang bermakna pihak pentadbiran UPSI turut bercuti.

Ini semua perancangan yang telah diaturkan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim dalam mendapatkan kepentingan peribadi. Anda fikirkan.




KEJAYAAN YANG HARUS DINILAI!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...