KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday 20 April 2012

PROVOKASI PMI DAN DALANG-DALANG KEMBALI LAGI!!!


MB ingin mengulas berhubung isu serangan yang berlaku kepada perkhemahan DEMO GAGAL yang sedang kecoh digembar-gemburkan. Dari info yang MB dapat secara tidak langsung, serangan ini dilakukan oleh geng-geng mat rempit setelah acap kali mereka ini dihina oleh Safwan WELCHA, Penari Tiang dan rakan-rakan mereka ini secara tidak langsung yang bermaksud perjuangan mereka ini lebih bagus daripada mat rempit. Kesahihan info yang MB dapat ini tidak dapat dipastikan. Apapun kita tunggu siasatan pihak polis.

MB lihat apabila berlaku perkara yang tidak diingini ini, timbul pelbagai suara-suara atau kenyataan yang tidak enak didengar. Mengapakah apabila berlaku perkara ini, anda perlu menundung jari ke UMNO dan angkatan-angkatannya? Tidak sedarkah kamu yang terlibat dalam DEMO GAGAL ini sebenarnya kamu yang mencari "penyakit" sendiri? Kamu tidak ada kebenaran dari pihak berkenaan dan boleh MB katakan disini bahawa kamu mengadakan perhimpunan haram. 

Pelbagai pihak menudung jari mengatakan PDRM tidak membantu dan tidak mengambil tindakan. MB tegaskan disini semuanya DUSTA. Ini kenyataan media yang dikeluarkan oleh PDRM :

PADA 19 APRIL 2012 KIRA-KIRA JAM 2.40 PAGI BERTEMPAT DI DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR, TELAH BERLAKU SEKUMPULAN ORANG DISYAKI LELAKI BERPAKAIAN HITAM TELAH MENYERANG ATAU MENGGANGU KUMPULAN YANG SEDANG BERADA DI DATARAN. KETIKA KEJADIAN BERLAKU TERDAPAT ( 2 ) ANGGOTA DEKTEKTIF MEMANTAU DI LOKASI KEJADIAN. ANGGOTA DEKTEKTIF TERSEBUT BERUSAHA MELERAIKAN PERGADUHAN DAN MENGALAMI SEDIKIT KECEDERAAN DI BELAKANG BADAN AKIBAT DIPUKUL OLEH PIHAK TERTENTU. ANGGOTA BANTUAN TIBA LIMA MINIT KEMUDIAN YANG TERDIRI DARIPADA ( 6 ) BUAH MPV DAN ( 10 ) ANGGOTA TUGAS AM DARI IBU PEJABAT POLIS DAERAH DANG WANGI.

SETAKAT INI SEORANG MANGSA KEJADIAN IAITU SEORANG LELAKI MELAYU TELAH MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL AKIBAT KECEDERAAN DI BAHAGIAN MATA. PIHAK POLIS TELAH MEMBUAT TANGKAPAN SEORANG LELAKI BERUMUR LEWAT 20’AN DAN TELAH DIBERI REMAN OLEH MAHKAMAH SEHINGGA 24 APRIL 2012 BAGI MEMBANTU SIASATAN.

KETUA POLIS KUALA LUMPUR MENAFIKAN TOMAHAN BAHAWA PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG BERADA DI TEMPAT KEJADIAN TIDAK MENGHIRAUKAN KEJADIAN YANG BERLAKU. SEKIRANYA PIHAK POLIS TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA MAKA AKAN BERLAKU KEJADIAN YANG LEBIH BURUK ATAU LEBIH RAMAI YANG CEDERA. TINDAKAN YANG PIHAK POLIS LAKUKAN TEPAT DAN BERJAYA MEREDAKAN KEADAAN. BERIKUTAN KEJADIAN PIHAK POLIS TELAH MENERIMA ( 6 ) LAPORAN POLIS DARIPADA PEGAWAI POLIS, PEGAWAI DEWAN BANDARAYA DAN PESERTA PERKHEMAHAN TERSEBUT. PIHAK POLIS AKAN MENJALANKAN SIASATAN TERPERINCI BERHUBUNG KEJADIAN TERSEBUT.




Kenapa pihak Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) berbohong lagi? Adakah ini hasil tunjuk ajar dari SMM dan Fahmi Komunis? Dimana nilai sebenar Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ini?

Dari pemerhatian peribadi MB sendiri ada kemungkinan besar kejadian ini telah dirancang sendiri oleh perancang utama DEMO GAGAL. Sepanjang pemerhatian MB setiap hari tidak kurang dari 200orang yang kebanyakkannya daripada AMK dan unit Amal Pas berada di dataran itu walaupun pada jam 4 pagi. Kalau MB sendiri tidak akan cari pasal kalau setakat 40orang-60orang saja kekuatan yang MB ada untuk menyerang mereka ini.

Antara persoalan yang bermain di fikiran MB, sehari sebelum itu telah kecoh provokasi yang dilakukan oleh anasir-anasir BUSUK ini mengatakan Polis akan datang meruntuhkan khemah mereka. Penuh ahli-ahli politik PAKATAN turun bagi menghalang kejadian itu. Tetapi tiada apa pun yang berlaku. Begitu juga dengan hari kejadian, ramai yang telah menanti bagi mempertahankan dataran ini. Kenapa tidak mampu tangkap 3,4orang???

Sepanjang pengetahuan MB juga, terlalu banyak kamera-kamera dan video-video yang dimiliki oleh anasir-anasir BUSUK ini yang sentiasa berada di tangan pada setiap masa bagi tujuan membesarkan provokasi yang berlaku. Ini yang Fahmi Komunis ajarkan kepada pendemo-pendemo ini. TETAPI semasa kejadian berlaku, tidak pula ada banyak video atau gambar yang di uploadkan. Mengapa??? alasan video-video dan kamera-kamera dimusnahkan bagi MB tidak logik.

Renung-renungkan.

Thursday 19 April 2012

SOALAN CEPU EMAS UNTUK PRO M


MB harap dapat jawapan dari segala persoalan yang ditimbulkan ini. Terutama daripada Persatuan Mahasiswa Islam.

KATAKAN TAK NAK PADA LGBT&SEKS BEBAS!!!


KATAKAN TAKNAK!!!


MB menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran moral dan akidah untuk datang bersama ke program ini seperti poster di bawah.


MB berharap anda dapat menyebarkan program ini ke seluruh lapisan masyarakat. Maklumat lanjut ada 
di sini.

HARAPAN MB KEPADA DATO DR HARUN DIN


MB tergerak hati untuk post video ini dalam blog ini walaupun telah lama kenyataan ini dikeluarkan.
Sekali lagi MB mengajak Dato Dr Haron Din bersama-sama dengan Dato' Hassan Ali menyedarkan kepada rakyat tentang kepincangan yang sedang berlaku di dalam negara sekarang.

MB turut mengharapkan 1001 harapan supaya Dato' Dr Haron Din dapat mengeluarkan kenyataan berhubung soal kerosakkan akidah yang sedang Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) lakukan sekarang ini kerana terpengaruh oleh SMM dan anasir-anasir BUSUK yang hendak merosakkan anak bangsa kita. 

JOM TIBAI ANWAR DI PERHIMPUNAN AMAN!!!


MB mengucapkan tahniah kerana anda telah bangkit dan sedar untuk berjuang menentang anasir-anasir BUSUK yang sedang secara perlahan-lahan merosakkan negara Malaysia yang tercinta. MB doakan semoga  perjuangan anda semua di permudahkan dan di lancarkan. Demi kepentingan negara MB tidak teragak-agak untuk bersama-sama TIBAI mendedahkan anasir-anasir BUSUK ini.

MB teruja mendengar kata-kata Mursyidul Am Tibai yang penuh semangat menegaskan untuk menjelajah ke negeri-negeri yang dinyatakan itu. Cuma MB berharap biar kata itu dikotakan. Dan MB ingin pihak TIBAI bersama-sama menyedarkan mahasiswa-mahasiswa yang telah dipengaruhi oleh anasir-anasir BUSUK ini. Segala pendedahan MB di dalam post sebelum ini boleh diguna pakai oleh TIBAI bagi menegakkan kebenaran.


Disini MB menyeru TIBAI untuk bersama-sama turun pada 21 April 2012 ini dan mengadakan sidang akbar berkaitan isu DEMO GAGAL.


PMI BERSAMA DI PERHIMPUNAN AMAN???


MB ingin anda merenung kembali apa yang terjadi di negara ISLAM hari ini. Saban hari terlalu banyak isu-isu pergaulan bebas yang secara tidak langsung menjurus kepada seks bebas berlaku. Inikah yang kita harapkan terjadi di Malaysia???

Malah ada anasir-anasir BUSUK yang melaung-laungkan memperjuangkan ISLAM tetapi memandang remeh-temeh perkara ini. Malah mahasiswa yang terlibat di dalam DEMO GAGAL bukan calang-calang orangnya berjuang. Terdiri daripada PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI) yang secara terang-terang mengatakan perjuangan mereka adalah perjuangan Islam. Tetapi hanya sekadar di mulut. Buktinya di dataran Merdeka tempat mereka berkhemah itu, penuh dengan pergaulan bebas yang berlaku tanpa ikatan. MB telah membuktikan di sini. Adakah kerana terhasut dengan PENARI TIANG PMI sudah lupa pada soal Akidah dan perjuangan ISLAM mereka???

Fikir-fikirkanlah.....

MB menyeru kepada Persatuan Mahasiswa Islam untuk bersatu di dalam : 

PROGRAM KESEDARAN SEKS BEBAS DAN LGBT
TARIKH : 21 APRIL 2012 (SABTU)
JAM : 3.00 PETANG
TEMPAT : STADIUM UPM

SERUAN PEJUANG NYAHKAN KEBATILAN!!!


Apabila MB melihat video ini, ramai pemimpin-pemimpin hebat yang cintakan keamanan dan menolak segala kebatilan yang berlaku. Tetapi hari ini apabila kepimpinan negara selaku ketua negara sendiri iaitu Perdana Menteri yang dikasihi di hina, dimana pemimpin-pemimpin hebat ini???

Apapun tahniah MB ucapkan kepada Pemimpin pelajar yang berani mengeluarkan kenyataan membantah DEMO GAGAL ini.

Tahniah MB ucapakan kepada mereka ini.

Dimana pula pemimpin-pemimpin NGO yang lain??? Tepuk dada,tanya hati samada anda pemimpin yang MB maksudkan.

HASIL GALAKKAN PAKATAN RAKYAT!!! RENUNG-RENUNGKAN!!!


MB sedih melihat video ini apabila Islam dipermain-mainkan. Dimanakah pemimpin-pemimpin ISLAM kita hari ini??? MB rasa sudah sampai masa untuk kita semua kembali pada asas yang sebenar-benarnya.

Untuk pengetahuan seluruh rakyat Malaysia, video ini dirakam di sudut pidato yang disediakan oleh kerajaan Pulau Pinang yang bertujuan menggalakkan rakyat bebas bersuara. Jika dilihat hari ini sudut pidato ini menjadi tempat pertelingkahan sesama kita atau lebih mudah difahami oleh sesama Melayu dan agama. Adakah ini yang anda semua mahukan??? 

Hari ini Pakatan Rakyat menggalakkan demotrasi jalanan. Dan kesan daripada demontrasi yang dilakukan anda sendiri sudah jelas bagaimana dari segi moral dan soal akidah dilupakan.MB harap anda dapat renung-renungkan apa yang MB cuba sampaikan.

Wednesday 18 April 2012

TAHNIAH MAHASISWA BERANI BERSUARA DEMO GAGAL!!!



MB disini mengucapkan tahniah kepada Mahasiswa-Mahasiswa IPTA yang sudah berani bersuara tentang tindakan anasir-anasir BUSUK yang menggunaka mahasiswa di dalam DEMO GAGAL. Semoga makin ramai mahasiswa yang berani tampil. maklumat lanjut di sini.


MB masih menanti-nanti pemimpin-pemimpin mahasiswa mahupun negara mengecam keras tindakan mahasiswa-mahasiswa yang terlibat didalam DEMO GAGAL ini yang mempermainkan akidah. MB yakin pasti ada yang berani berjuang berhadapan dengan anasir-anasir BUSUK ini.


Disini MB ingin MENCABAR seluruh mahasiswa-mahasiswa yang terlibat dengan DEMO GAGAL untuk ke PROGRAM KESEDARAN ANCAMAN SEKS BEBAS DAN LGBT pada Sabtu ini. Maklumat lanjut boleh dilihat di sini.

MB minta anda sebarkan CABARAN MB ini kepada mereka!!!

DIMANA FATWA PAS TENTANG PARASIT AKIDAH???




Fahami ketiga-tiga gambar ini dari hati.


MB ingin mengajak anda semua mengimbau kembali kekecohan yang dilakukan oleh anasir-anasir BUSUK pada 29 Januari 2012 iaitu apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Dato' Ibrahim Ali memberi angpow bersampul berwarna putih dalam satu majlis sambutan Tahun Baru di Kampung Baru yang terletak di Kuala Lumpur. Ketika itu masyarakat Cina bangkit mempertikaikan tindakan Presiden Perkasa itu dengan pelbagai tohmahan ketidakpuasan hati kerana menyerahkan angpow didalam sampul putih itu. 


Untuk pengetahuan anda, masyarakat Cina kebiasaanya memberi angpow bersampul putih ketika upacara kematian atau pengkebumian dan bersampul merah ketika perayaan Tahun Baru. Peristiwa ini telah diperbesarkan oleh semua ahli Pakatan Pembangkang terutama dari pihak PAS dengan menghentam PERKASA dengan pelbagai tohmahan sedangkan ketika itu Presiden PERKASA sendiri telah memohon maaf kepada masyarakat Cina di atas kelemahan beliau memahami sensitiviti masyarakat Cina. 


MB sendiri secara jujurnya tidak tahu bahawa sampul angpow bagi masyarakat Cina mempunyai maksud tertentu. MB pernah bertanya kepada rakan-rakan MB kaum Cina tentang perkara ini. Menurut mereka isu ini sangat kecil sahaja dan sepatutnya tidak perlu diperbesarkan kerana ia tidak melibatkan agama mereka. Itu yang MB perolehi dari rakan MB.


MB sangat terkilan kerana isu remeh itu diperbesarkan oleh pihak Pakatan Pembakang terutama daripada PAS yang menghentam dengan begitu hebat sekali ketika itu. Tetapi sehingga ke saat artikel ini ditulis, tidak ada sebarang kenyataan daripada Pemimpin PAS berhubung dengan tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswa didalam DEMO GAGAL pada 14 April 2012 tempoh hari walaupun ia melibatkan persoalan akidah.


MB ingin bertanya kepada SEMUA PEMIMPIN PAS, dimana perjuangan kamu di dalam ISLAM yang kamu laung-laungkan??? MB berharap Dato Dr Harun Din dapat mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan sesetengah pemimpin PAS yang melakukan tindakan biadap didalam DEMO GAGAL ini.


*Anda boleh mengikuti ulasan isu ini dengan lebih lanjut di sini.


PARASIT-PARASIT DALAM PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI)




MB disini menyeru kepada semua Pemimpin-Pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam menolak Pemimpin Kamu yang mengikut parasit-parasit ini kerana mereka ini yang merosakkan imej ISLAM. 

Didalam blog MB ini telah banyak MB dedahkan segala mereka-mereka yang terlibat didalam DEMO GAGAL di dataran Merdeka. MB menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghukum mereka ini. Sekiranya ANDA MASIH MEMBISU, MEREKA AKAN SEMAKIN MELAMPAU.

Bersatulah rakyat Malaysia..... Bersatulah.... Biar kita menangis hari ini daripada menangis melihat negara tergadai. Buang ego anda semua.... Bersatulah semua... menolak agenda-agenda mereka ini!!!

PMI BERSUBAHAT DENGAN MAKSIAT??? BUKTI!!!




Untuk pengetahuan anda semua, MB mengambil gambar ini dari dataran merdeka berhampiran dengan khemah yang dilakukan oleh DEMO GAGAL ini. Apa yang MB terkilan, tiada seorang pun dari Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang berani menegur mereka ini. Mungkin mereka takut untuk terus menjawab. Tapi MB rasa mereka boleh menggunakan pendekatan secara halus iaitu dengan berzikir ramai-ramai ke....

Sepanjang MB mengikuti DEMO GAGAL ini, MB tidak pernah pun mendengar mereka berzikir beramai-ramai. Banyak membuang masa. Dan ada seorang pemimpin kuat Pro Mahasiswa Islam ini yang MB perhatikan, ada juga meninggalkan SOLAT. Adakah begini ajaran yang dibawah oleh pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ???

*Nantikan pendedahan menarik segala dalang-dalang DEMO GAGAL ini pada jam 12.03tengahari*

Tuesday 17 April 2012

BUKTI KEMARAHAN RAKYAT KEPADA PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI)!!!


MB ingin menyatakan disini bahawa hanya 5% daripada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong DEMO GAGAL ini. MB menegaskan disini bahawa seluruh rakyat Malaysia menolak DEMO GAGAL ini dan MB menyeru pemimpin-pemimpin negara Bangkit melawan anasir-anasir BUSUK ini.

MB katakan disini DEMO GAGAL ini telah menyebabkan kejatuhan ekonomi masyarakat dan imej negara. Bahkan imej umat Islam sendiri. Bangkitlah rakyat malaysia untuk menolak perbuatan keji ini. Pada para blogger...Harap dapat merekodkan luahan hati masyarakat sebenar mereka yang meniaga di sekitar DEMO GAGAL itu. Turun ke pandang... 

Disini MB juga ingin persoalkan kenapa tidak pernah ada DEMO dilakukan dikawasan PETALING STREET??? Anda fikir-fikirlah....

KEJAHILAN SMM PMI DAN PRO MAHASISWA DIDEDAHKAN!!! TERKINI!!!


MB sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendedahkan kejahilan yang berlaku di dalam DEMO GAGAL ini. MB sangat terkilan dengan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI) ataupun mudah dikenali sebagai Pro Mahasiswa yang setiap hari melaungkan KAMI MEMPERJUANGKAN ISLAM. Inikah hasil daripada perjuangan yang dibawah oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau Pro Mahasiswa???

MB juga tertanya-tanya adakah Persatuan Mahasiswa Islam dan Pro Mahasiswa di setiap IPTA menyokong tindakan pemimpin kamu yang biadap dan terpengaruh dengan budaya sosialis ini??? Bangkitlah seluruh IPTA mengecam tindakan mereka ini. Tolak setiap pemimpin mereka ini. Jauhi mereka ini.

MB ingin bertanya kepada seluruh mahasiswa Islam dan seluruh umat Islam amnya di Malaysia, adakah anda hendak membiarkan kejahilan begini berlaku??? Dimana maruah agama kamu semua??? Adakah kamu hanya sekadar melihat sahaja semua ini berlaku???

Secara jujur MB sangat terkilan dengan pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat didalam DEMO GAGAL ini. MB menegaskan disini pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam DEMO GAGAL ini telah merosakkan imej PAS itu sendiri. MB sedar bukan semua pemimpin PAS begitu. TETAPI pemimpin PAS yang lain adakah kamu TAKUT untuk menegur mereka ini????

MB disini mengajak Dato' Dr Harun Din selaku Timbalan Mursyidul Am Pas untuk bersama-sama dengan Dato' Dr Hassan Ali dan rakan-rakan beliau memperjuangkan Islam sebenar dan melawan anasir-anasir BUSUK ini. Adakah Dato' Dr Harun Din ingin membiarkan begitu sahaja PENARI TIANG dan rakan-rakannya serta perancang utama pergerakan ini iaitu Fahmi Komunis merosakkan anak bangsa kita tercinta???

Sekali lagi MB mendedahkan gambar mereka-mereka yang terlibat ini untuk seluruh rakyat Malaysia menolak mereka ini.




Untuk Pendedahan lebih hangat dan terkini boleh dilihat disini, sini, dan disini


PENAKUT JIKA TIDAK PERTAHANKAN DATARAN MERDEKA!!!


Hari ini MB masih belum dengar mana-mana pemimpin yang keluarkan kenyataan yang benar-benar mencabar dengan berani kepada anasir-anasir BUSUK yang berkampung di dataran merdeka itu. Dimana pemimpin yang di segani???

Apapun MB ucapkan tahniah kerana dengar-dengar sudah ada report di buat di Pulau Pinang. TAPI hanya report sahajakah tindakan anda???Anda mempunyai idea-idea yang cemerlang. Keluarkan potensi anda semua untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat.

Disini MB menegaskan bahawa setiap rakyat Malaysia harus pertahankan DATARAN MERDEKA yang telah banyak memberi 1001 sejarah kepada kita. Kenapa MB berkata begitu??? Mari lihat di sini.

GEMPAR!!! KAKI PROVOK DIKENALPASTI DAN DALANG DISYAKI!!!


MB dapati ini antara kaki PROVOKASI yang telah diupah bagi menimbulkan ketengangan dengan pasukan keselamatan. Ini termasuk di demontrasi GAGAL yang diadakan di dataran merdeka pada 14 April 2012. 
Anda boleh menilai kedua-dua video yang MB sediakan dan satu lagi disini.


MB harap rakyat dapat nilai lelaki ini. Dan MB dapat menghidu seseorang yang MB syaki sebagai dalang di dalang provokasi ini seperti yang pernah MB persoalkan semasa demotrasi di KPT tempoh hari. Anda boleh lihat di sini.

Anda boleh cari lelaki ini didalam video di atas.


Monday 16 April 2012

SERUAN BERJUANG DARI MB NYAHKAN ANASIR BUSUK!!!


MB dengan rasa rendah diri  mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menghasilkan video ini. Video ini benar-benar telah mencuit perasaan MB dengan 1001 rasa. Tergamak mereka-mereka ini menghina PEMIMPIN negara sehingga begitu sekali. Inilah budaya yang dibawah olah anasir-anasir yang hendak mengadaikan negara.

MB sangat terkilan kerana mereka yang melakukan ini terdiri daripada kumpulan Persatuan Mahasiswa ISLAM (PMI) yang melaungkan memperjuangkan ISLAM!!! Dimana nilai KAMU??? Jangan terpengaruh dengan agenda SMM yang didalangi oleh anasir-anasir yang mempunyai kepentingan peribadi.

MB juga sangat terkilan dengan pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat dengan mereka ini! Sedarlah wahai ahli PAS.Perjuangan Kamu adalah menegakkan ISLAM!!! Adakah kamu hendak membiarkan PEMIMPIN-PEMIMPIN kamu yang melakukan perbuatan keji ini begitu sahaja??? Bangkitlah wahai ahli-ahli PAS sekalian. Bertindaklah MENOLAK PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMU yang melakukan tindakan yang HINA ini. Dimana Dato Harun Din pemimpin yang MB puja didalam PAS??? Adakah Dato Harun Din masih ingin membiarkan PARTI yang Dato Harun Din sayangi ini terus terpesong???

Dimana pula kumpulan pelajar yang kononnya Pro Kerajaan??? Tidakkah kamu ingin tampil mempertahankan pemimpin negara kamu??? Ayuh kamu semua. Kentalkan jiwa. Kuatkan azam. Bantu pelajar-pelajar yang telah tersesat jauh ini kembali ke pangkat jalan. 

Di mana pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dikala KETUA kamu dihina sebegini rupa??? Bersatulah wahai pemimpin Barisan Nasional. Jangan kamu lalai dan leka. Ini negara kamu. Selamatkan negara kamu dari anasir-anasir BUSUK ini. Adakah kamu hendak biarkan seorang PENARI TIANG dan RAKAN-RAKANNYA merosakkan maruah ketua dan negara kamu??? BERJUANGLAH KAMU MEMPERTAHANKAN NEGARA INI. MB akan sentiasa didalam perjuangan demi tanahair tercinta.

Kepada seluruh RAKYAT MALAYSIA!!!ADAKAH KAMU MASIH MAHU LENA DENGAN PENGHINAAN YANG DITUJUKKAN INI LAGI??? BANGKITLAH!!! BANGUNLAH!!! BERSATULAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA MENOLAK MEREKA INI!!!


Selamatkan pelajar-pelajar ini supaya tidak terus hanyut dengan anasir-anasir BUSUK yang menggunakan pendekatan yang tersangat halus untuk memesongkan akidah mereka ini.


DIMANA MEREKA INI KETIKA KETUA DIHINA!!!! BANGKITLAH!!!

Tiada Makna gambar ini JIKA hanya sebagai Hiasan dan Publisiti

Terus terang MB katakan MB sangat-sangat terkilan melihat gambar di atas. Pada masa gambar ini diambil, MB bangga melihat mereka ini bersatu dalam mempertahankan Pemimpin Negara Yang Berhormat Dato" Seri Najib. MB bangga melihat ada Mahasiswa yang berucap dengan penuh semangat dan tegas menyatakan mereka akan mempertahankan Dato' Seri Najib dan tidak akan membenarkan sesiapapun mencemarkan tanah tumpah darah tercinta. 

TETAPI kini MB sedar mereka ini hanya "Berani" dan "Bertindak" apabila ada "something" yang diberikan. Apa yang MB katakan ini adalah secara peribadi kerana sehingga saat ini, MB masih menantikan reaksi daripada kumpulan pro-******** mahasiswa dari mana-mana IPTA tampil ke hadapan mempertahankan Dato” Seri Najib dan Dato" Seri Khaled Nordin.

Belum ada kenyataan rasmi mengutuk atau mengecam Penari Tiang dan rakan-rakannya. Belum ada himpunan aman seperti di KPT pada penghujung tahun lepas. Belum ada apa-apa, kecuali kecaman orang kebanyakan di dinding-dinding Facebook dan laman Twitter. Hanya pandai berbicara di alam maya. Ketika berlaku penghinaan kepada pemimpin negara, masih lena dibuai mimpi indah!

Mana juga suara MPPK? Di mana juga Alumni ******** yang GAH dengan kempen “Keamanan” mereka? Dalam setiap tour yang dilakukan, khabarnya mampu mengumpul ramai mahasiswa termaksud pegawai-pegawai tinggi dan menteri-menteri. Jadi susah sangatkah nak kumpulkan mahasiswa yang sayangkan Dato” Seri Najib kali ini? Adakah kamu semua ini sudah lari bersembunyi???

Bersuaralah. Tampilkan diri. Lawanlah secara real kali ini kerana mereka sudah melampau. Jangan tunggu dapat "fund" baru nak bergerak sudahlah. MB tak ada kekuatan penggerak dan sumber kewangan seperti kalian. Kalau ada, pada hari kejadian lagi MB dah angkut team ke Dataran!!!

Dimana pemimpin-pemimpin yang bersuara lantang suatu masa dulu dari utara hingga ke selatan dan dari timur ke barat??? Dimana singa-singa ini yang gagah mengaum!!! Disaat Ketua kamu di maki dan di hina, tiada seorang pun berani tampil mempertahankannya!!! 

Segala maklumat dan pendedahan yang kamu ingin telah lama didedahkan oleh sahabat-sahabat blogger dan dari pelbagai pihak. Adakah segala yang kamu perolehi itu hanya digunakan untuk KIPAS bos kamu??? MB tegaskan disini, TIDAK GUNA kamu simpan apa yang kamu perolehi itu sekiranya KAMU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL TINDAKKAN. Kamu bukan ORANG BODOH seperti Penari Tiang dan Kawan-Kawannya itu. 

MB disini memohon maaf kepada anda yang terasa dengan kenyataan MB ini. Fahami niat MB. Perasaan MB yang begitu sayangkan negara ini. Tidak mampu untuk MB lakukan bersendirian melawan mereka ini. Tapi percayalah. Jika KITA BERSATU, PASTI KITA DAPAT MENUNDUKKAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA INI !!! 

MB ingin kamu semua pemimpin-pemimpin yang MB sangat hormati, hayati video dibawah ini. Buka pintu hati kamu. Sedar betapa kamu sekarang sedang dipijak-pijak oleh pengkhianat negara. Lupakan segala masalah dalaman sekiranya ada. BERSATU dan BERJUANGLAH. Jangan biarkan negara ini TERGADAI!!!




Nantikan post MB yang seterusnya pada tengahari nanti.

Sunday 15 April 2012

PENGAKUAN ADAM ADLI KEPADA MB TIADA PEMBANGKANG TERLIBAT!!! PANAS!!!


MB harap anda semua dapat nilai sendiri apa yang Penari Tiang selalu laung-laungkan bersama rakan-rakan SMM dan Pro M yang lain. Apa yang mereka katakan sebelum ini, DUSTA semuanya. MB mencabar mereka ini untuk membuktikan antara tuntutan mereka tiada politik luar yang masuk campur dalam pergerakan mereka.

MB harap anda semua dapat sebarkan video ini bagi membongkar penipuan mereka ini. NANTIKAN PENDEDAHAN VIDEO yang lebih menarik dari MB dari semasa ke semasa. MB betul-betul istiharkan perang habis-habisan terhadap mereka ini. LAWAN TETAP LAWAN!!!!

KERAJAAN PRIHATIN TERHADAP DEMO GAGAL PTPTN!!!TERBUKTI!!!


MB mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan Barisan Nasional kerana prihatin kepada mahasiswa-mahasiswa di Malaysia ini. Walaupun hanya nasi lemak, tapi MB rasa haruslah mereka ini bersyukur kerana kerajaan tetap mendengar rintihan hati mereka ini yang kelaparan.


MB rasa kerajaan perasan mereka ini mengutip derma untuk mengisi perut kut. Jadi kerajaan menghantar nasi lemak kepada mereka.... Yang peliknya, Orang Pakatan ni tiada ke nak support mereka ini? MB rasa mereka ini patut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. 

Nak tahu kenapa Demo PTPTN ini GAGAL??? Lihat di sini.

CABARAN MB KEPADA ADAM ADLI DAN RAKAN-RAKAN

Sampah penuh dibiarkan begitu sahaja oleh mereka ini. Inikah sikap mereka yang ingin ditonjolkan???



Seperti yang MB nyatakan di dalam post sebelum ini bahawa MB telah mengistiharkan perang kepada Adam Adli@Penari Tiang dan mahasiswa pakatan ini, hari ini MB mencabar mereka ini pertahankan apa yang mereka katakan iaitu mereka akan stay didataran sampai 28hb ini


MB mencabar mereka stay di dalam khemah mereka itu walau apa pun terjadi sehingga 28hb April 2012 ini seperti cakap bongkah mereka itu. Sebentar tadi MB mengira khemah mereka sudah tinggal 4buah daripada 6buah. MB mencabar mereka ini untuk kekalkan  6khemah itu dan jangan kurang daripada 6 khemah itu.


MB rasa sekarang ini mereka tengah ligat memikirkan bagaimana untuk melakukan provokasi rasanya. Bahkan sifu mereka Fahmi Reza@Fahmi Komunis sendiri tengah memikirkan langkah seterusnya.


Kalau setakat majlis perbandaran datang untuk menghalau,apa la sangat. Bukan FRU pun yang datang. Polis pun tak mengganggu kamu rasanya. Kamu selalu mengatakan akan tentang habis-habisan kan. So,lakukan. MB nak tengok samada kamu berani kotakan kata-kata kamu dan menerima cabaran MB ini. 


Dan MB ingatkan jaga kebersihan la wahai Penari Tiang dan rakan-rakan. Kamu memang sampah masyarakat dah. Jangan la kamu nak kotorkan kawasan orang ramai pulak. Jangan bazirkan duit rakyat la nak bayar gaji orang bersihkan sampah yang kamu tinggalkan tu.


Cerita terkini lagi ada di sini.

PANAS!!! SISWA SISWI PEMBAKANG KANTOI DI KL!!! DEMO GAGAL!!!


MB menjumpai sendiri poster ini disekitar Center Market dan Pudu. MB setuju sekiranya PTPTN mereka ini ditarik balik. Tapi MB rasa patut di tambahkan lagi cadangan bahawa MEREKA ini diberhentikan terus dari Universiti dan dibuang negara kerana memburukkan maruah negara!!!


Kali ini mungkin ulasan MB agak keras dan kasar sedikit kerana MB sangat kecewa dengan tindakan BODOH mereka ini yang berpikiran CETEK. Kamu terdiri daripada pelajar-pelajar daripada universiti ternama TETAPI pemikiran kamu diletakkan dalam kasta yang paling rendah. MB rasa yang memakai tudung dan berlakon islamic bagi MB itu,sila buka tudung kamu dan pakai seperti kekasih Fahmi Reza la. Kenapa MB berkata begitu kerana kamu meletakkan nilai agama kamu ke kasta paling rendah. Buktinya di sini dan sini.



MB pernah ulas sebelum ini yang mereka ini menyatakan tidak mahu campur tangan politik luar. Tetapi ternyata mereka ini berbohong lagi. Buktinya di sini. Sila juga baca bahagian komen.



MB berharap gambar-gambar disini di edarkan secara meluas supaya seluruh rakyat Malaysia sedar siapa mereka ini. Dan MB harap sesiapa yang mengenali mereka ini, sila BOIKOT mereka ini. Tolong SOUND juga mereka ini supaya menjaga tatasusila mereka. MB cuma berharap JANGAN memalukan negara yang MB cintai ini!!!








Perhatikan betul-betul wajah siswi ini. Layakkah mereka ini menjadi seorang isteri bagi setiap lelaki yang soleh??? Bagi mereka yang mengenali mereka ini, MB sarankan BOIKOT mereka ini agar kamu tidak terpengaruh dengan mereka ini....



Dan MB mengesah supaya Pakatan Rakyat Hapuskan dulu yuran di universiti seperti di dalam gambar di atas.

MB disini ingin mengistiharkan PERANG kepada MEREKA-MEREKA ini kerana TELAH MEMALUKAN MEMALUKAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA dan MENCEMARKAN MARUAH NEGARA!!!

MB akan mendedahkan dengan lebih lanjut tentang pengkhianat-pengkhianat negara ini dan menelajangkan mereka satu persatu. MB harap anda sentiasa memberi sokongan kepada MB. Tunggu ulasan lanjut MB selepas ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...