KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Saturday 28 April 2012

DATARAN MERDEKA TIDAK DIJAJAH LAGI OLEH PUAK "BERSIH"...

DATARAN MERDEKA MASIH TIDAK DIJAJAH..

PANAS!!!MENCAR TEMPAT PERLINDUNGAN...

AIKK?MANA SEMUA ORANG?

MENYOROK KE TU?

80 000 KE??SATU PENIPUAN NYATA??


NAMPAKNYA DATARAN MERDEKA BELUM DAPAT DIJAJAH OLEH PUAK "BERSIH"..TERDAPAT BEBERAPA SUMBER YANG MENYATAKAN PESERTA "BERSIH" ADALAH SERAMAI 80 000 ORANG TETAPI BERDASARKAN GAMBAR-GAMBAR INI, TIDAK SAMPAI PUN 50 000 ORANG DAN JAUH TERSASAR DARIPADA JUMLAH DISASARKAN IAITU SERAMAI 500 000 ORANG. NAMPAKNYA RAKYAT MALAYSIA TELAH MENOLAH DEMONSTRASI "BERSIH" YANG KOTOR INI..



RAKYAT MALAYSIA MENOLAK DEMONSTRASI "BERSIH" YANG KOTOR.

"MONYET - MONYET" HADIR BERSAMA DALAM BERSIH??

"MONYET" ATAU "MANUSIA" TU???


DASAR MANUSIA DARI PUAK "BERSIH" YANG SUKA MEMBUAT KACAU BILAU DAN HURU-HARA DI NEGARA KITA. BANYAK KAEDAH DAN CARA YANG ADA TAPI MASIH GUNAKAN JALAN UNTUK SUARAKAN. MENYUSAHKAN ORANG RAMAI DENGAN JEM, ROADBLOCK DAN MACAM-MACAM LAGI.BERSIHKAN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM NAK BERSIHKAN ORANG LAIN..PESANAN MB KEPADA MEREKA INI, JANGAN BUAT KOTOR PULA DI KUALA LUMPUR. BUAT MALU KAT PELANCONG ASING...


"BERSIH", "BERSIH" , "MONYET", "MONYET"

POLIS TERCEDERA DALAM PERTEMPURAN???




"مها مهن قوم مشوا إلى سهلطان ا ليذلوه إل أذلههم ا
قبل يوم القيامة "
     (رواه البزار)


“ Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan
dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah
sebelum hari Kiamat”.


Hadis sahih riwayat al-Bazzar

JALAN RAYA DI KUALA LUMPUR DIKOTORKAN!!!

Ini laluan kereta atau laluan jalan kaki??

Apa yang bersih??

Jem teruk!!!

Duduk dan Bantah!!!hehe

Keadaan tak selamat!!

Kedai tutup sepanjang Jalan TAR



KEADAAN DI KUALA LUMPUR MENJADI SESAK DAN TIDAK SELAMAT DISEBABKAN OLEH PUAK-PUAK PEM"BERSIH"AN YANG SEDANG MEM"BERSIH"KAN KUALA LUMPUR..KEDAI-KEDAI PUN BANYAK YANG TUTUP DISEBABKAN OLEH PUAK-PUAK "BERSIH" INI...

Friday 27 April 2012

SAKSIKAN LIVE DARI BERSIH 3.0 BERMULA SEAWAL JAM 10PAGI 28 APRIL 2012



MB memaklumkan disini bahawa MB akan membuat lintas langsung dari semasa ke semasa sepanjang perhimpunan BERSIH 3.0 di dataran esok.

Kepada mahasiswa-mahasiswa semua, tidak perlu lagi berpanas atau berhujan esok. Anda boleh mengikuti di blog www.malaysiabangkit.blogspot.com dari semasa ke semasa MB akan info perkembangan disana.

ANWAR VS BERSIH???


Fahami maksud sebenar kerosakkan akidah yang cuba disampaikan oleh Dato' Hassan Ali ini.

ADAKAH BERSIH INI RELEVAN???


PILIHAN RAYA UMUM di Malaysia TAK BERSIH???

Kalau TAK BERSIH, kenapa perkara-perkara ini berlaku :




1. 5 NEGERI DIMENANGI OLEH PAKATAN RAKYAT

2. NIK AZIZ TIDAK AKAN JADI MB KELANTAN PALING LAMA DI MALAYSIA

3. LIM GUAN ENG, AZIZAN RAZAK & NIZAR JAMALUDDIN TAK MERASA DUDUK DI KERUSI MENTERI BESAR / KETUA MENTERI

4. PENDUDUK PERAK TAK MERASA PEMILIKAN TANAH SELAMA 999 TAHUN

5. TIDAK AKAN WUJUD PERBADANAN MENTERI BESAR YANG TIDAK DIAUDIT

6. MOHD NAJIB TUN RAZAK NYARIS KALAH DI PARLIMEN PEKAN PADA PRU 1999

7. SHAHRIZAT ABD JALIL KALAH DI KAWASANNYA

8. NIZAR JAMALUDDIN  MENANG DI KERUSI PARLIMEN + DUN

9. NURUL IZZAH ANWAR  MENANG DI LEMBAH PANTAI

10. MPP UM, UKM & UIA MENANG DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS...







PILIHAN RAYA DI MALAYSIA BERSIH RUPANYA..... KALAU TAK BERSIH, KENAPA 10 PERKARA INI BERJAYA?!

Thursday 26 April 2012

50 FAKTA DARI TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Perinsip Hidup
 TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY 

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

 



35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

RAHSIA ANWAR TERBONGKAR LAGI!!!


Pendedahan yang diluar jangkaan semasa majlis pelancaran TIBAI tempoh hari.
MB mengajak anda semua TIBAI mereka-mereka yang merosakkan negara kita ini.

JOM TIBAI!!!!

Adegan Berahi PMI bersama SMM terkantoi di KL!!!



Inikah yang Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) perjuangkan selamat ini? Secara peribadi MB mengatakan yang PMI sekarang adalah terpesong jauh dari landasan yang mereka laung-laungkan. MB menyeru kepada mereka yang bersemangat perjuangan Islam sebenarnya di dalam PMI supaya tinggalkan pemimpin kamu yang jahil ini.




Inikah yang Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang cuba bawakan kepada seluruh mahasiswa Islam di seluruh negara??? Anda ada jawapannya.


Gambar-gambar didalam poster ini juga antara orang-orang yang mengalakkan maksiat dan kerosakkan akidah di kalangan mahasiswa di masa kini. MB berkata demikian kerana mereka langsung tidak menghiraukan kerosakkan akidah yang berlaku sepanjang DEMO GAGAL berlaku.

BERSIH 3.0 Komen Menteri Dalam Negeri Pada 24/4/2012


Komen Dato' Seri Hishammuddin terhadap sidang akhbar Penganjur Bersih tengah hari tadi yang mendakwa pihak DBKL, PDRM dan Menteri KDN sendiri tidak konsisten berhubung kebenaran berhimpun. Komen menteri adalah menegaskan tidak ada percanggahan kenyataan oleh pihak DBKL, PDRM dan beliau sendiri. Ternyata pihak penganjur cuba mengeliru dan mengabui mata rakyat dalam hal ini. Beliau telah nyatakan bahawa kerajaan tidak menghalang mereka untuk mengadakan perhimpunan secara aman. Isunya disini bukan kebenaran untuk berhimpun tetapi lebih kepada tempat sesuai untuk tujuan perhimpunan. Pihak DBKL sendiri telah menawarkan 2 tempat alternatif iaitu Stadium Cheras dan Stadium Titiwangsa dan hari ini saya difahamkan, pihak Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka juga telah menawarkan stadium masing-masing kepada pihak penganjur.

MB pelik dan hairan kenapa pihak penganjur BERSIH tidak mahu menerima tawaran yang menarik ini??? Secara peribadi MB mengatakan bahawa mereka tidak terima kerana jika di adakan di tempat tertutup ini mereka tidak boleh membuat provokasi seperti yang di rancang. Anda renung-renungkanlah.








KITA FAHAMI DAN LIHAT KEBENARANNYA!!!


MB MENGAJAK ANDA RENUNG DAN FAHAMI ISI KANDUNGAN KEBENARANNYA!

APA KATA TUN? MARI KITA FAHAMI!





TERKINI : OCCUPY BERCERAI DGN MAHASISWA!!!


Maklumat terbaru yang MB terima dari risikan dalaman MB mengatakan bahawa kumpulan mahasiswa dalam DEMO GAGAL ini telah berpecah dengan kumpulan Occupy setelah berlaku rebutan awek-awek mahasiswa dikalangan mereka. Pendedahan yang berlaku sejak semalam tentang aksi-aksi berahi yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan ini menyebabkan ada puak-puak dalam unit amal PAS yang menarik diri daripada menjaga mereka ini kerana tidak mahu bersubahat dengan maksiat.

Sumber yang MB dapat juga mengatakan kumpulan Occupy yang diketuai oleh Fahmi Komunis ini tidak segan silu menggalakkan seks bebas. Wau.... Adakah Persatuan Mahasiswa Islam masih berdegil untuk bersama mereka ini???

Apa kata anda???


Apa yang dapat anda huraikan berdasarkan kenyataan itu???

:)

Tuesday 24 April 2012

ULAMA ANTARABANGSA TEGUR PAS!!!


Hayati dan fahami kebenaran yang cuba disampaikan oleh beliau.

DSAI TERHARU DENGAN 2 PROGRAM KHAS INI!!!

Majlis Pelancaran Tibai 

Perhimpunan Aman Menentang Seks Bebas & LGBT 

MB mengucapkan tahniah kepada penganjur ke dua-dua program ini yang bagi MB mempunyai objektif yang sangat bernas dan mempunyai IMPAK yang sangat besar kepada Bro Anwar Bin Ibrahim. MB perhatikan didalam twitter Bro Anwar Bin Ibrahim ini semenjak ke dua-dua program ini berlangsung, begitu hangat puak-puak BUSUK ini membebel bukan-bukan. Jangan nanti kena TIBAI sampai tak terjawab sudah la. 

MB ingin mengulas ke dua-dua program ini secara ringkas. MB lihat program pelancaran TIBAI berjalan dengan penuh profesional dan MB sangat-sangat TERUJA dengan penganjur program ini. Penyampaian yang dilakukan oleh pihak penganjur sangat-sangat terpanah di dalam hati MB. Sungguh jelas dan mantap isi yang disuarakan. Pemilihan tempat yang MB betul-betul sangat berpuas hati. Seluruh penduduk kampung baru dapat dengar penjelasan ini. Sama-sama kita doakan seluruh rakyat sedar penipuan yang dilakukan oleh Bro Anwar Bin Ibrahim ini.

Perhimpunan Aman Menentang Seks Bebas & LGBT sangat-sangat terkejut dengan kelainan program ini berbanding program-program yang MB pernah ikuti sebelum ini. Dari segi objektif memang MB katakan sangat BAGUS. Cuma kesannya MB kurang dapat rasai. Mungkin pemilihan tempat yang kurang sesuai MB rasa. Apapun diucapkan tahniah kepada penganjur program ini kerana berani membuat kelainan dari yang lain. Syabas!!!

Apapun disini MB ingin menyuarakan sedikit terkilan kerana apa yang MB lihat di Serdang, ramai NGO-NGO dan alumni-alumni Pemimpin Mahasiswa turut serta dan MEGAH dengan konvoi ke sana sini tetapi untuk program di Kampung Baru tidak turun bersama sedangkan bagi MB masing-masing mempunyai MATLAMAT yang sama. Mungkin ulasan MB ini akan menguris hati sesetengah pihak. Tapi jika anda melihat dari sudut positif anda akan faham maksud sebenar apa yang MB cuba sampaikan.

MB sekali lagi mengucapkan tahniah kepada PENGANJUR-PENGANJUR KE DUA-DUA PROGRAM ini. Percayalah bahawa JIKA KITA BERGANDING BAHU, NESCAYA SEGALA KEJAHILAN YANG DILAKUKAN OLEH BRO ANWAR BIN IBRAHIM AKAN DAPAT DI HAPUSKAN!!!

JANGAN BACA


Dalam melayari youtube terjumpa pula iklan ini. Saja nak pos kepada kawan-kawan.
Jangan dibaca iklan ini. Tetapi lihat dan nilai kesedaran yang hendak ditunjukkan.

SIAPA KHALID ISMATH???PMI TERKEDU!!!


MB terpanggil untuk mendesak PMI tentang soal perjuangan mereka. Dimana sebenarnya perjuangan PMI sehingga sanggup bersekongkol dengan Khalid Ismath ini? 

MB menyeru kepada seluruh ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) untuk menolak pemimpin PMI yang bersekongkol dengan Khalid Ismath ini. Kembali kepada landasan sebenar Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang ditubuhkan. Bangkitlah wahai pencinta sebenar perjuang PMI. Tolak pemimpin kamu yang hipokrit disebalik perjuangan islam.


IKUTI PENDEDAHAN TERHEBAT DI SEBALIK TAKBIR DEMO GAGAL DI DATARAN MERDEKA DI SINI.

PAS SEKUTU MAKSIAT MAHASISWA???


Jelas kelihatan di dalam video ini betapa rosak aklak generasi muda sekarang. Persoalan yang MB utarakan di sini, inikan sebenarnya perjuangan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM cuba bawakan? Terpanah hati kecewa melihat gelagat-gelagat mahasiswa yang rata-ratanya daripada PERSATUAN MAHASISWA ISLAM yang bertudung labuh di perbodohkan oleh SMM. 

Info yang MB dapat mengatakan Unit Amal Pas pun sudah tidak sebulu dengan AMK dan mahasiswa ini tetapi terpaksa mempertahankan mahasiswa ini atas arahan individu tertentu. MB rasa sudah sampai masanya Ahli-Ahli Pas yang menjadi 'bodyguard' ini kembali ke pangkal jalan.


MB di sini menyuarakan sekali lagi bahawa sudah sampai masanya Dato' Dr Harun Din memainkan peranan untuk memperbetulkan kembali Parti Islam Semalaysia (PAS) ke jalan perjuangan yang sebenar. Adakah Dato' Dr Harun Din sanggup melihat PAS dirosakkan oleh Dato' Sri Anwar Bin Ibrahim ini?

MB merindui saat Dato' Dr Harun Din berjuang sebenar-benarnya berlandaskan perjuangan ISLAM.
MB harap Dato' Harun Din tidak diam seribu satu bahasa dengan kepincangan yang dilakukan oleh DSAI. Marilah bersama-sama dengan Dato' Hassan Ali memperbetulkan akidah umat Islam kita.

Jika mereka berganding bahu, nescaya segala kekufuran dapat di hapuskan.

Monday 23 April 2012

DEMI RAJA BERDAULAT KASIH DIJUNJUNG!!!


MB ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama turun ke Perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung ini bagi membuktikan sokongan kita kepada Raja-Raja di negara kita.

Dikesempatan ini juga MB mencabar seluruh ahli Pakatan Rakyat untuk turun serta didalam perhimpunan ini bagi membuktikan taat setia kamu kepada Raja yang memerintah.

MB juga mencabar Adam Adli (Penari Tiang) dan rakan-rakan untuk turut serta dalam perhimpunan ini. Kalau tidur di dataran boleh, apatah lagi jika menunjukkan taat setia kepada Raja kan.

ANWAR BAKAL DI TIBAI DEPAN BELAKANG!!!!

TIBAI Anwar sebagai simbolik Pelancaran Tibai

TIBAI (TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM)

Barisan Pemimpin yang akan tentang Anwar Ibrahim Habis-habisan

MB berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran TIBAI di Kg Baru pada 22 April 2012. Memang MB terpegun melihat sokongan rakyat terhadap TIBAI ini. MB sendiri pun sukar untuk mendapatkan tempat di dalam dewan disebabkan terlalu ramai yang hadir yang dianggarkan melebihi 5000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.




TIBAI dianggotai oleh mereka yang pada suatu ketika dulu merupakan orang-orang yang tersangat rapat dengan Anwar Ibrahim yang mana sanggup sehidup semati dan merupakan perisai kepada Anwar Ibrahim.
Namun pada masa itu mereka belum sedar wayang sebenar yang di mainkan oleh Anwar Ibrahim.


Apa yang paling MB tertarik ialah mereka ini sebenarnya antara orang-orang yang menyebabkan BN kalah teruk pada 2008. Kini mereka telah sedar akan kesilapan yang pernah mereka lakukan kerana diperbodohankan oleh insan bernama Anwar Ibrahim itu. Dan yang paling MB terharu adalah IKRAR mereka untuk menebus kembali kesalahan mereka dulu dengan mendedahkan 1001 siapa sebenarnya Anwar Ibrahim ini. Malah mereka akan turun ke negeri-negeri yang dimenangi pakatan untuk memenangkan kembali BN disana.

Pelbagai pendedahan oleh TIBAI akan didedahkan nanti. Sama-sama kita doakan perjuangan mereka ini. Agak-agak Anwar Ibrahim boleh duduk diam ke???

PENDEDAHAN KHALID ISMATH SYIAH!!!


MB tujukan video ini kepada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). Hayati dan fahami la apa yang disampaikan. Ketahuilah siapa itu Khalid Ismath. Sedarlah wahai PMI selama ini siapa yang kamu angkat dan ikuti itu.

Renungan bersama.

Sunday 22 April 2012

ADAM ADLI GENTAR DENGAN CABARAN MB

Diantara Pemimpin yang lantang membantah SEKS BEBAS&LGBT

SYABAS diucapkan dari MB kepada penganjuran perhimpunan aman ini. MB tengok program ini mempunyai objektif yang sangat jelas dan murni dalam usaha kita menolak seks bebas dan LGBT dalam negara Malaysia tercinta ini.

MB melihat lebih daripada 5,00 rakyat yang terdiri daripada lapisan masyarakat dan peringkat umur datang memberi sokongan dalam program ini sebagai tanda menentang seks bebas dan LGBT ini.



MB gembira melihat sokongan daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang yang turut hadir malah ada mahasiswa daripada UPSI turut hadir memberi 1001 sokongan. Tahniah MB ucapkan.

Apa yang MB terkilan disini apabila cabaran MB kepada ADAM ADLI (Penari Tiang) dan rakan-rakannya  serta kepada pemimpin PAS yang terlibat dalam DEMO GAGAL untuk datang menyatakan sokongan MENOLAK SEKS BEBAS DAN LGBT ini tidak dipedulikan. Adakah mereka ini sebenarnya menyokong  SEKS BEBAS&LGBT??? Mungkin juga kerana difahamkan Penari Tiang pun mempunyai 3 orang awek.hmmmm....

Apapun alasan yang diberikan, MB ingin menyatakan bahawa janganlah kita terlalu menjadikan politik itu sebagai kesimpulan bagi segala-galanya. Kita harus mengenepikan soal politik dan fahamannya. Mari kita bersama-sama menolak SEKS BEBAS & LGBT ini!!!

KEBENARAN DIDEDAHKAN DI SERDANG!!!

Barisan pemimpin dan NGO-NGO yang menolak seks bebas&LGBT

Pelbagai Bangsa dan Umur menolak seks bebas&LGBT

Masing-masing Khusyuk mendengar penjelasan daripada pemimpin yang berucap

Kehadiran yang diluar jangkaan sehingga 5ribu orang hadir bagi menjayakan program ini

Ada hadirin melepaskan ketidakpuasan hati terhadap S.Ambiga 

Mereka ini bersatu hati menolak Seks bebas&LGBT

MARI KITA KATAKAN TAKNAK BERSAMA-SAMA DAN MENOLAK SEKERAS-KERASNYA SEKS BEBAS DAN LGBT INI.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...