KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Saturday 24 March 2012

SPM vs PRO M... Nasihat MB kepada adik-adik...

SPM vs PRO M


Terlebih dahulu Tahniah MB ucapkan kepada adik-adik MB yang baru sahaja mendapat keputusan SPM. Gembira MB melihat wajah-wajah riang adik-adik sekalian.

Sejuk hati melihat wajah kegembiraan adik-adik....

sejuk perut mama mengandungkan adik-adik...

Bagi adik-adik yang Berjaya menjejakkan kaki ke universiti, MB ucapkan selamat menempuh alam baru...

Disini MB ingin memberi sedikit input kepada adik-adik. Sebaik sahaja adik-adik melangkah ke universiti nanti,adik-adik akan didedahkan dengan politik kampus.

MB ingin cerita sedikit pasal satu kumpulan yang menamakan kumpulan mereka sebagai Pro-Mahasiswa dan ada beberapa nama lain lagi tetapi dari kumpulan yang sama. Mereka ini ada satu trademark iaitu julangan tangan ke langit. Nanti bila adik-adik terjumpa trademark seperti itu,itulah mereka.

Untuk pengetahuan adik-adik, permulaannya mereka ini akan merapatkan diri dengan adik-adik semua. Amibil berat pasal adik-adik dan pelbagai lagi dengan tujuan untuk mengetahui latar belakang adik-adik. Mereka akan mengajak adik-adik ke pelbagai program dan kebanyakkan berbentuk keislaman. Bagus memang bagus dan tidak dinafikan kebaikkan program tersebut. TAPI….hati-hati sebab ada KERANG DI SEBALIK CHAR KOEY TEAW... Mereka akan memilih adik-adik tertentu dan melatih adik-adik yang terpilih itu untuk “dibasuh” dengan pelbagai dakyah-dakyah memburuk-burukkan IPTA dan Negara. Boleh dikatakan semua yang pihak Universiti dan kerajaan lakukan adalah SALAH dimata mereka.
Mungkin adik-adik tidak percaya cakap MB kan… Tetapi ini hakikat sebenar yang adik-adik akan hadapi. Mari MB tunjukkan apa yang mereka telah lakukan pada 23 hb Mac 2012 di hadapan KPT. Adik-adik buatlah penilaian dan bukan andaian…..


Inikah sikap seorang pelajar universiti???

MB kira kehadiran yang ada tadi lebih kurang 50orang. hampir separuh adalah media, pegawai-pegawai kpt dan polis. Adakah mereka ini layak menjadi suara mahasiswa seramai 1juta mahasiswa yang tidak setuju dengan tindakan mereka???

Adakah mereka ini datang dengan betul-betul kesedaran dengan apa yang mereka lakukan??? Apa yang MB perasan, mereka ini seperti mengikut jer tanpa tahu apa-apa...Ketika ketua mereka berucap,mereka ini bergosip-gosip dibelakang dan bermain-main hp...Tapi maafkan mereka... mereka mungkin telah dimanipulasikan oleh anasir-anasir tertentu.

ini lagi menarik... Tidak mahu campur tangan politik luar. Untuk pengetahuan adik-adik... ada jer daripada PKR bersama-sama mereka ketika ini berlaku.


gambar ini...MB taknak komen... adik-adik gunakan KBKK adik-adik untuk menilai ye....

MB harap adik-adik akan sedar siapa mereka ini dan berhati-hatilah dengan mereka ini....... 


Friday 23 March 2012

GASAK ABIS-ABIS PETUALANG-PETUALANG NEGARA!!!


Wauuu.... akhirnya satu gabungan anak-anak muda telah berani BANGKIT bagi menentang petualang-petualang negara!!! Suka MB mendengarnya... MB ingatkan Pakcik Tua di sogo tu jer yang sedar pasal petualang-petualang ni.... Syukur MB bila sudah ada anak muda mula BANGKIT....

Apa yang MB maksudkan ialah satu badan NGO yang dinamakan sebagai  GASAK telah ditubuhkan bagi membidas puak-puak petualang ini. 

Semoga niat murni perjuangan GASAK diberkati oleh MAHA PENCIPTA.... Cerita lanjuk boleh dilihat di sini.



Thursday 22 March 2012

TERBAIK!!! PAKCIK TUA GASAK DATO' SERI ANWAR IBRAHIM!!!

PAS itu Islam??? Keadilan itu MAHA ADIL dan MAHA KEBENARAN???
Ikuti luahan hati seorang insan yang tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak tentang demotrasi HARAM yang menjadi fenomena sekarang hinggakan mahasiswa pun turut terhasut untuk melakukannya....



MB rasa tak perlu kata apa-apa.... ANDA BOLEH NILAI SENDIRI......

PSC Diluluskan AKHIRNYA!!!

MB berharap dengan tertubuhnya PSC ini akan dapat menyelesaikan fenomena kegusaran rakyat yang telah diprovo dengan unsur-unsur yang tidak benar..... Marilah kita sama-sama memberi keyakinan kepada mereka yang dilantik kerana mereka terdiri daripada pelbagai pakar untuk dirujuk. MB berpandangan ahli politik bukannya pakar dalam isu nuklear, radiasi dan lain-lain.... So, bila ada jawatankuasa ini, kita keluarkan pakar masing-masing dan bincang serta bahaskan isu ini mengikut fakta yang betul. 


Apa pendapat Sahabat-sahabat semua???




Di kesempatan ini juga MB mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi memberi sokongan kepada MB dalam memberi pendedahan kepada masyarakat umum kebenaran yang sebenar-benarnya. Terima Kasih juga kepada blogger-blogger Kapak yang baru ataupun lama :)

SMM akan di GASAK???

Berita Terhangat lagi Terpanas yang MB dengar... 


Terdapat gabungan mahasiswa yang akan menGASAK 
mereka-mereka yang mendatangkan kemudaratan kepada negara. 

Ringkas cerita mereka ini lahir daripada mahasiswa yang cintakan keamanan.... 

Maklumat lanjut akan di keluarkan tidak lama lagi....... TUNGGGGGUUUU...............


GEMPAR!!! HAMBA SEKS DI CHOW KIT



MB baru melayari satu blog dan tertarik dengan satu berita yang dilaporkan di blog tersebut. 


Apa yang MB terkedu, kejadian yang berlaku adalah diluar pemikiran manusia. Betapa jahilnya lelaki itu mengurung kekasihnya untuk dijadikan hamba seks hampir seminggu lamanya... 


Sayu membacanya... Lebih terkejut MB baca...Kekasihnya itu baru lebih kurang sebulan mengenali lelaki itu.... 


Wauuuu.... POWER ayat lelaki itu... Untuk lebih lanjut mengetahui cerita yang MB maksudkan, boleh la baca di sini.




DEMOTRASI KEMAAFAN??? TERBARU!!!

kehkehkeh....dalam melayari youtube di malam hari...terjumpa video yang menarik di jiwa... nukilan daripada MB rasa yang sangat berjiwa patriotik dan cintakan keamanan..... Mari kita saksikan.....
 
Boleh ke kita Maafkan Mereka???
Kita hanya manusia biasa.... Marilah kita maafkan mereka dan berdoa mereka kembali ke pangkal jalan...
Kita sayangkan mereka......

Dato' Seri Najib Diserang!!!


Dato' Seri Najib Diserang!!!

hehehehe..... Jangan terkejut sahabat-sahabat sekalian.... Maksud MB Dato' Seri Najib telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan dalam satu majlis di Uitm Shah Alam. Ini antara paparan yang dapat MB sajikan pada rakan-rakan sekalian....




Kehadiran tetamu di luar jangkaan

Kesesakkan tetamu untuk masuk ke dewan bersama Dato' Seri Najib

Tak cukup di dalam, luar pun ok gak kan....


Perggghhhh.... Terbaik lah.... begitu ramai yang menyanjungi kepimpinan Dato' Seri.....

Mari kita BANGKIT bersama Transformasi Perdana Menteri Dato' Seri Najib....


MB rasa anda semua boleh pikir sendiri la tentang gambar2 ini kita..... Marilah kita sama2 menjaga keamanan negara tercinta ini.... tq kepada penyumbang gambar2 ini k....

untuk gambar-gambar dan ulasan lanjut, sila klik di sini.

Tuesday 20 March 2012

Pemimpin Hebat Bakal Bersama Kerajaan???




Apa yang ada pada gambar ini??? Secara peribadi MB memberi 1001 harapan agar kedua-dua insan ini dapat mencetuskan fenomena baru di Malaysia dan seterusnya memperbaiki semula suasana yang berlaku di Malaysia sekarang ini. MB berharap mereka bersama-sama kerajaan sekarang meng”aman”kan kembali Malaysia. Sekarang ni MB sendiri gusar untuk keluar dari rumah apabila melihat demotrasi sana dan demotrasi sini memperkatakan sesuatu yang hanya untuk kepentingan seseorangan. MB turut sedih dan terkilan apabila melihat anak-anak kecik dan pelajar-pelajar yang bagi MB masih “setahun jagung” diganggu gugat oleh tangan-tangan halus ini. Dengarlah suara hati kecik MB ini wahai insan berdua. Dan MB terdengar ura-ura ada 2 atau 3 orang lagi pemimpin Hebat seperti ke dua-dua insan ini yang secara peribadi bagi MB bakal bersama kerajaan sekarang. Tunggu pendedahannya akan datang. :->

PAS & ISRAEL ???


KenYataan terbaru dari presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis. Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

ADAKAH KENYATAAN INI DIKELUARKAN UNTUK MENYELAMATKAN SESEORANG???

Mari kita lihat di sini respon daripada PROWARIS.


Sebelum ini Majlis Syura PAS pernah memberi kata-dua kepada seseorang untuk menarik balik kenyataan “menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan Negara Israel” seperti yang disiarkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal, atau menyaman WSJ kerana memfitnah. Bagaimanapun hingga ke saat artikel ini ditulis “seseorang” itu masih tidak mematuhi kata-dua Majlis Syura tersebut.  Adakah kata-dua yang dikeluarkan itu yang sekadar kata-kata ataupun bakal ada tindakan yang akan diambil nanti??? MB melihat seperti ada tangan-tangan halus yang sangat-sangat berpengaruh sehingga segala desakan yang dibuat akan terus terkubur begitu sahaja. Hanya anda yang dapat menyimpulkan ini semua. 

Ulasan lanjut boleh dilihat di sini.



MB juga melihat satu senario yang MB rasa sangat terkilan. Apa yang MB cuba sampaikan ialah apabila mana ada sesetengah pihak ingin memperjuangkan perjuangan PALESTIN, sebelah pihak lagi seperti langsung tidak menyokong. Adakah kerana ia dilakukan oleh pihak LAWAN??? Dimana nilai diri anda??? Anda yang tahu jawapannya….


Hancurnya Sebuah Harapan


Hancurnya Sebuah Harapan….

Isu terbaru yang didengari oleh MB sekarang iaitu perasaan ketidakpuasan hati 6 penuntut Malaysia di Mesir yang dikatakan menerima tajaan dari kerajaan pusat ditamatkan biasiswa lebih awal kerana menyertai demontrasi Bersih 2.0 di Kaherah. KENYATAAN BENAR disini bahawa penuntut tersebut mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri di bawah Yayasan Terengganu (YT) bukan seperti mana yang digembar gemburkan sesetengah pihak. Keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar tersebut diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan. Ulasan lebih lanjut boleh dilihat di sini.


Apa yang MB terkilan disini, ramai pelajar-pelajar yang mengharapkan untuk mendapat penajaan belajar ke Universiti-Universiti di Mesir ini tetapi tidak kesampaian. Bila mana yang berjaya mendapat penajaan ini mensia-siakan peluang yang diberikan, MB sebak memikirkan insan-insan tersayang yang mengharapkan 1001 harapan daripada mereka. Inikah yang diharapkan oleh rakyat Malaysia daripada pelajar-pelajar yang mendapat tajaan ini?


Ada suara-suara halus mengatakan tindakan Yayasan Terengganu menamatkan penajaan ini sebagai zalim ataupun MAHA ZALIM. Tetapi apa yang bermain difikiran MB, adakah mereka ini berfikir jauh sebelum berdemonstrasi? MB yakin mereka ini golongan yang cerdik pandai. PASTI ada suara-suara halus yang memanipulasi pemikiran mereka ini. Secara logik MB perhatikan, mereka ini terasuh dengan didikan agama yang jauh lebih baik daripada MB tetapi boleh terpengaruh dengan agenda Bersih yang dipimpin oleh seorang kafir harbi bernama Ambiga yang turut memperjuangkan kebebasan beragama di Malaysia. 


Disini MB ingin menyeru kepada rakyat Malaysia supaya jangan sempitkan pemikiran dengan mengatakan tindakan yang diambil zalim. Luaskan pemikiran anda semua. Fikirkan bagaimana pelajar-pelajar yang sepatutnya fokus kepada pelajaran dimanipulasikan oleh tangan-tangan halus ini….. Telah ramai pelajar yang terkandas didalam pelajaran mereka kerana dimanipulasikan oleh tangan-tangan halus ini… Antaranya di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...