KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday 20 March 2012

Hancurnya Sebuah Harapan


Hancurnya Sebuah Harapan….

Isu terbaru yang didengari oleh MB sekarang iaitu perasaan ketidakpuasan hati 6 penuntut Malaysia di Mesir yang dikatakan menerima tajaan dari kerajaan pusat ditamatkan biasiswa lebih awal kerana menyertai demontrasi Bersih 2.0 di Kaherah. KENYATAAN BENAR disini bahawa penuntut tersebut mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri di bawah Yayasan Terengganu (YT) bukan seperti mana yang digembar gemburkan sesetengah pihak. Keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar tersebut diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan. Ulasan lebih lanjut boleh dilihat di sini.


Apa yang MB terkilan disini, ramai pelajar-pelajar yang mengharapkan untuk mendapat penajaan belajar ke Universiti-Universiti di Mesir ini tetapi tidak kesampaian. Bila mana yang berjaya mendapat penajaan ini mensia-siakan peluang yang diberikan, MB sebak memikirkan insan-insan tersayang yang mengharapkan 1001 harapan daripada mereka. Inikah yang diharapkan oleh rakyat Malaysia daripada pelajar-pelajar yang mendapat tajaan ini?


Ada suara-suara halus mengatakan tindakan Yayasan Terengganu menamatkan penajaan ini sebagai zalim ataupun MAHA ZALIM. Tetapi apa yang bermain difikiran MB, adakah mereka ini berfikir jauh sebelum berdemonstrasi? MB yakin mereka ini golongan yang cerdik pandai. PASTI ada suara-suara halus yang memanipulasi pemikiran mereka ini. Secara logik MB perhatikan, mereka ini terasuh dengan didikan agama yang jauh lebih baik daripada MB tetapi boleh terpengaruh dengan agenda Bersih yang dipimpin oleh seorang kafir harbi bernama Ambiga yang turut memperjuangkan kebebasan beragama di Malaysia. 


Disini MB ingin menyeru kepada rakyat Malaysia supaya jangan sempitkan pemikiran dengan mengatakan tindakan yang diambil zalim. Luaskan pemikiran anda semua. Fikirkan bagaimana pelajar-pelajar yang sepatutnya fokus kepada pelajaran dimanipulasikan oleh tangan-tangan halus ini….. Telah ramai pelajar yang terkandas didalam pelajaran mereka kerana dimanipulasikan oleh tangan-tangan halus ini… Antaranya di sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...