KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Tuesday 20 March 2012

PAS & ISRAEL ???


KenYataan terbaru dari presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis. Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

ADAKAH KENYATAAN INI DIKELUARKAN UNTUK MENYELAMATKAN SESEORANG???

Mari kita lihat di sini respon daripada PROWARIS.


Sebelum ini Majlis Syura PAS pernah memberi kata-dua kepada seseorang untuk menarik balik kenyataan “menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan Negara Israel” seperti yang disiarkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal, atau menyaman WSJ kerana memfitnah. Bagaimanapun hingga ke saat artikel ini ditulis “seseorang” itu masih tidak mematuhi kata-dua Majlis Syura tersebut.  Adakah kata-dua yang dikeluarkan itu yang sekadar kata-kata ataupun bakal ada tindakan yang akan diambil nanti??? MB melihat seperti ada tangan-tangan halus yang sangat-sangat berpengaruh sehingga segala desakan yang dibuat akan terus terkubur begitu sahaja. Hanya anda yang dapat menyimpulkan ini semua. 

Ulasan lanjut boleh dilihat di sini.



MB juga melihat satu senario yang MB rasa sangat terkilan. Apa yang MB cuba sampaikan ialah apabila mana ada sesetengah pihak ingin memperjuangkan perjuangan PALESTIN, sebelah pihak lagi seperti langsung tidak menyokong. Adakah kerana ia dilakukan oleh pihak LAWAN??? Dimana nilai diri anda??? Anda yang tahu jawapannya….


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...