Konspirasi Bersih Kampus berjaya di UIAM. Hasil maklumat dalaman
yang MB perolehi memberitahu bahawa kegagalan sistem e-voting di UIAM dalam
Pilihanraya Kampus tempoh hari sebenarnya telah dirancang rapi oleh Bang Anwar
Bin Ibrahim bersama sekutunya di dalam UIAM sendiri. Bang Anwar Bin Ibrahim
telah berunding bagi memastikan kemenangan Pro-Mahasiswa ini berjalan seperti
dirancang bagi menimbulkan provokasi maksimum. Semua pihak telah mengetahui
bahawa Pro-Aspirasi pasti kalah teruk di UIAM.
Beberapa strategi telah diaturkan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi
menimbulkan provokasi dalam meraih kemenangan itu antaranya sistem e-undi telah
diprogram supaya mengalami masalah dengan cara memuat naik nama pengundi atau
pelajar secara serentak sekali gus sehingga kapasiti sistem tidak dapat
menampung pertambahan yang mendadak. Apabila tiba di hari pengundian, sistem
ini akan terganggu kerana ia tidak berada dalam keadaan stabil dari awal lagi. Tujuan rancangan ini dibuat adalah untuk mencetuskan
persepsi bahawa sistem e-voting sememangnya ada kelemahan dan boleh
dimanipulasi. Sebaliknya, dalam sistem manual, pihak pengurusan Pilihanraya
Kampus mempunyai peluang untuk memanipulasi kertas undi tanpa diketahui oleh
sesiapa termasuk dengan memalsukan jumlah pengundi sebenar. Melalui pihak-pihak
tertentu berkenaan, proses manipulasi undi manual dilakukan lebih awal dan
terancang. Terdapat perbezaan undi yang ketara oleh calon Pro-Mahasiswa yang
sebenarnya tidak logik. Ini bertujuan menimpulkan persepsi Pro-Mahasiswa
mendapat sokongan padu.
Tujuan UIAM dipilih dalam Konspirasi Bersih Kampus ini kerana Bang
Anwar Bin Ibrahim telah mengetahui bahawa UIAM ini adalah kubu kuat
Pro-Mahasiswa bukan UM seperti yang di heboh-hebohkan. Pro-Mahasiswa di UM
digunakan sebagai balaci Bang Anwar Bin Ibrahim dalam menimbulkan ketegangan
dalam kampus dan negara. Jesteru undian semula yang dibuat memberi peluang
besar kepada Pro-Mahasiswa dan Pembangkang dalam menaikkan semula reputasi
mereka ini. Jika rancangan ini dilaksanakan di UM, peluang Pro-Mahasiswa untuk
menang secara undi manual masih 50-50.
Disebabkan itu Bang Anwar Bin Ibrahim tidak mahu mengambil risiko tersebut.
Inilah sebabnya Pilihanraya Kampus di UIAM telah disetkan membuat re-election
bagi mengunakan undian manual serta secara langsung menimbulkan ketegangan dan
persepsi buruk kepada pentadbiran walaupun sebenarnya di peringkat pentadbiran
itu duri dalam daging yang sebenarnya.