KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Saturday 27 April 2013

DISEBALIK WAJAH SEORANG PELACUR NURUL IZZAH ANWAR!!!


Tahniah MB ucapkan kepada Nurul Izzah. Rupa-rupanya pelacur murahan yang di belanya. Ini kalau kata salah umno juga, tidak tahu mahu kata apa lagi. Fikirkan wahai orang MELAYU!!!

 Sebelum ini kecoh mengatakan orang BN ini porno atau gila seks berikutan seorang amoi ini bertelanjang dan memakai bendera BN. Bila disiasat, rupa-rupanya orang kuat Nurul Izzah.



Di dalam page ini penuh dengan kenyataan LGBT. Mereka ini menyokong Nurul Izzah kerana kebebasan agama yang diperjuangkan Nurul Izzah. Boleh tengok satu persatu komen di page tersebut. Tahniah kepada mereka yang memilih atau mengundi Nurul Izzah nanti keran sudah pasti anda terlibat menyokong kebebasan beragama dan LGBT. 

Fikir-fikirkan.


Thursday 25 April 2013

MELAYU MEMANG TIDAK SEDAR DIRI DGN DAP!!!


Masih berjiwa ke sebenarnya Melayu ini? 

KAWALAN KETAT DAN PADAT TERHADAP WAN AZIZAH!!!


Tahniah MB ucapkan kepada minaq Jinggo berjaya merakamkan gambar ini. MB rasa Brader Anwar Bin Ibrahim ini benar-benar sayangkan Datin Wan Azizah. Lantas arahan diberikan supaya mengawal ketat ke mana sahaja Wan Azizah pergi. Pengawal Brader Anwar Bin Ibrahim kawal ketat tak?

Tahniah pengawal Brader Anwar Bin Ibrahim kerana berjaya mengetatkan dan memadatkan kawalan ke atas Wan Azizah. Jangan di lupai anugerah yang telah di berikan oleh ABIM tempoh hari. Layakkan anugerah tersebut diberikan kepada Wan Azizah ini? Jawapan di tangan anda... Atau mungkinkah Wan Azizah sudah berkahwin dengan pegawal Brader Anwar Bin Ibrahim ini? Apapun MB yakin gambar ini di ambil secara tidak sengaja.

NO KOMEN ABOUT PR!!!

SHAH ALAM, 24 April - Ketika pemimpin Pas seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.

DAP, satu lagi gabungan pakatan pembangkang, awal-awal lagi menentang cadangan itu. Bercakap kepada pemberita, Abdul Khalid berkata, hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya.

"Hukum Hudud merupakan prinsip Islam dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran di Selangor.

"Namun ia tidak dianggap sebagai satu ketetapan kerana rakyat di negara ini perlu mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Katanya lagi, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang merupakan badan tertinggi agama Islam di Selangor, tidak pernah membuat apa-apa ketetapan berhubung cadangan itu.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam ceramahnya di Arau berkata, hukum Hudud adalah asas perjuangan PAS dan tidak boleh diubah, oleh itu PKR dan DAP harus bertolak ansur dengan kehendak PAS.

Di Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum 5 Mei.

Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan DAP tidak akan berganjak sama sekali daripada pendirian mereka untuk menolak perlaksanaan Hudud.

Menurut Karpal lagi, walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.



DAP DI JOHOR CUBA MENJILAT DENFAN CARA MENIPU!!!

Di dalam kerancakan berkempen, nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi. Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh, Bakri semalam. Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri, Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut. 



Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut. Melalui pandangan mata kasar, pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya. Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap. Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa, sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali. Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.Sebagai contoh, lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti 'ultra kiasu' tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS. 
Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.

Namun ketika proses penamaan baru-baru ini, kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan 'air mata palsu' Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster, Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri. 

Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19. Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian. Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian. Menurut sumber, kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan 'orang suruhan' DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat. Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri, sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab. 


Lagi berita sensasi pasal Husam di sini.

MAHASISWA UTARA MULA BANGKIT!!! BAWANI LARI SEMBUNYIKAN DIRI!!!


Tahniah MB ucapkan kepada mahasiswa yang semakin hari telah berani ke hadapan untuk menyuarakan kebenaran sebenar yang berlaku di Malaysia hari ini.

Dakwaan daripada masyarakat setempat MB menyatakan mereka baru sedar hakikat realiti sebenar yang selama ini mereka telah di tipu oleh Puak Brader Anwar Bin Ibrahim. Prepsepsi yang selalu ditimbulkan iaitu kalau apa yang terjadi terus salahkan UMNO itu telah disebut-sebut dan di semai oleh puak Brader Anwar Bin Ibrahim. MB difahamkan juga ada makcik-makcik kampung yang selama ini tertipu, menangis bila mengetahui kebenaran yang di sembunyikan.

Tahniah sekali lagi daripada MB. Cuma nasihat daripada MB kepada mahasiswa ini supaya berhati-hati bila turun ke lapangan dan jangan leka dengan 1001 kemungkinan yang boleh berlaku kerana di fahamkan ada antara siswi ini yang baru sahaja bertunang dan bakal melangsungkan rumah tangga tidak lama lagi. Tahniah kepada siswi tersebut kerana sanggup berkorban demi agama, bangsa dan tanah air. Jiwa suksis terbina teguh dalam diri anda!!!

Wednesday 24 April 2013

MALAYSIA BERGEGAR DGN KEBANGKITAN ILMUAN AGAMA!!!!


Apa yang MB nak berkongsi dalam ucapan UFB ini adalah kita berjuang untuk menangkan Barisan Nasional bukan kerana individu tertentu. Kita berjuang MENANGKAN BARISAN NASIONAL INI adalah DEMI AGAMA , BANGSA DAN TANAHAIR YANG PERLU KITA PERTAHANKAN DAN KITA BELA. 

Menarik apa yang disampaikannya. Ayuh semua jentera-jentera Barisan Nasional. Kita bekerja keras sekuat-kuatnya. 

BIAR KITA JIHAD DI DUNIA, REHAT DI JANNAH....

DEMI ALIF BA DAN TA....

Sunday 21 April 2013

KEMPEN PERTAMA INI DAH PASTI ANWAR GERUN!!!


BN HARUS DI UNDI!!! BOHONG KE?

Negara perlu kerajaan stabil, pencapaian mantap, ada pengalaman memerintah

Barisan Nasional (BN) menggariskan enam faktor mengapa rakyat perlu terus memilih parti itu untuk menerajui kepemimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memburu impian dan harapan rakyat serta negara.

 
Pertama, Malaysia memerlukan kerajaan stabil dan kuat bagi mempertahankan apa yang sudah dicapai dan meneruskan kesinambungan usaha kerajaan BN untuk kemakmuran negara. Kerajaan yang kukuh perlu untuk melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju.
Selain itu, kerajaan BN terbukti berkhidmat untuk rakyat dan percaya kepada keadilan sosial dan menjadi inklusif, menyentuh hati nurani, meningkatkan taraf hidup semua lapisan rakyat tanpa mengira keturunan dan agama.

Kedua, pencapaian kerajaan selama 55 tahun tidak boleh dinafikan dengan rekod BN sebagai parti yang mempunyai pencapaian mantap dengan menunaikan segala janji.Hasilnya, kerajaan diterajui BN membawa kemakmuran kepada setiap masyarakat dan rekod kecemerlangan ini akan diteruskan. Sehubungan itu sekarang bukan masa untuk membuat uji kaji demi masa depan rakyat.


Penambahbaikan 


Selain itu, BN sudah membuktikan keupayaan dengan sentiasa melakukan penambahbaikan dengan sepanjang empat tahun lalu banyak kemajuan besar dicapai untuk meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian. Ketiga, BN berpengalaman menguruskan masyarakat pelbagai kaum agama dan budaya menerusi politik perpaduan yang diamalkan.

BN juga sudah membuktikan kemampuan menghadapi cabaran dan mengharungi kesukaran dan berkali-kali berjaya keluar daripada kegetiran itu dengan lebih gagah. Parti gabungan dinamik ini berjaya menyesuaikan gerakan dengan perubahan landskap tetapi tidak pernah mengorbankan prinsip.

Keempat, BN mengamalkan perkongsian kuasa yang efektif dengan menolak politik benci membenci dan pecah-belah. BN menghormati dan menerima kepelbagaian agama. BN membina jambatan dan tidak merobohkannya. BN menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik. Perpaduan membuahkan kekuatan, perpecahan pula hanya membawa kemusnahan.

Kelima, BN adalah gabungan pelbagai parti yang telah teruji. Selepas 55 tahun ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia. BN percaya kepada kesinambungan. Walaupun pemimpin datang dan pergi tetapi gabungan tetap utuh. Parti ini juga mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman yang mengambil kira semua pendapat, semua suara didengar.

Keenam, BN berkongsi harapan dan aspirasi dan untuk itu, berusaha keras menjadikannya suatu kenyataan untuk semua. BN memperkasa rakyat. Peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar.

BN menepati Janji Membawa Harapan. Memacu rakyat dan negara ke tahap baharu kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...