KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday 29 June 2012

KHALID SYIAH BERDUSTA LAGI??? NILAI SENDIRI!!!

MB masih ingin mengulas tentang dialog yang diadakan di Ulu Bernam seperti mana yang MB ulaskan di pos sebelum ini. Kali ini MB ingin mendedahkan pembohongan atau fitnah yang di lakukan oleh Khalid Syiah semasa sesi dialog tersebut berlangsung.

Semasa dialog itu berlangsung,MB difahamkan Khalid Syiah ini ada menyatakan Polis atau lebih tepat PDRM  menahan pelajar dan memukul pelajar. Malah dari cara atau gaya percakapannya mengambarkan mahasiswa ini tidak boleh di sentuh. Persoalan disini yang MB hendak timbulkan, dimana laporan atau bukti yang menyatakan PDRM telah menahan dan memukul pelajar khususnya mahasiswa yang tidak melakukan kesalahan? Ini adalah satu PROVOKASI yang cuba dimanipulasikan oleh Khalid Syiah ini.

Malah Khalid Syiah ini sekali lagi menyeru mahasiswa mencemarkan maruah negara dengan mengajak mahasiswa berdemotrasi di parlimen.  Malah Khalid Syiah ini telah memfitnah tanpa segan silunya menyatakan tahanan ISA telah di pukul dan di dera. Malah alat sulit tahanan ISA ini telah dilumur dengan lada. MB ingin mempersoalkan di mana bukti-bukti tersebut??? Dan MB ingin menegaskan disini bahawa mereka yang ditahan ini adalah mereka yang boleh mengancam negara. 

Secara peribadi MB menyatakan segala yang dilakukan oleh Khalid Syiah ini adalah perancangan jijik bagi mencemarkan imej negara Malaysia serta menjatuhkan kerajaan Malaysia. Kenyataan yang di keluarkan oleh Khalid Syiah ini berunsur provokasi.

Kepada seluruh mahasiswa serta rakyat Malaysia yang ingin mengetahui bahaya Khalid Syiah ini, anda boleh melihat di sini segala fakta dan bukti tentang siapa Khalid Syiah ini. Anda nilai dan fikirkanlah...

Demi Agama,Bangsa dan Negara...Kita harus bersatu menentang anasir-anasir yang ingin menjatuhkan Malaysia tercinta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...