Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar
tempatan yang memetik penduduk Kampung Tanduo di Lahad Datu sebagai berkata
penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu
termasuk membina terowong bawah tanah.
Penduduk mendakwa penceroboh menggunakan jentera pengorek untuk mengali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang.
Ditanya sama ada kemungkinan penceroboh Sulu hanya berada di sekitar Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Hamzah berkata: "Tak boleh anggap mereka (penceroboh) berada di dua kampung ini sahaja."

Mengulas mengenai insiden seorang
remaja lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera di kaki setelah terkena
tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai
Bilis semalam, Hamza berkata kejadian itu berlaku di dalam liputan kawasan
operasi.
Tegasnya apabila berada dalam
kawasan operasi, kesiapsiagaan pasukan keselamatan sememangnya berada pada
tahap yang tertinggi dan tidak akan memberi ruang dan peluang kepada pihak
musuh untuk membuat serangan balas.
"Dalam apa keadaan sekali
pun kita akan bertindak sebab itu pasukan keselamatan sering mengingatkan orang
ramai jangan menghampiri kawasan operasi," katanya.
Sumber: FB PDRM
No comments:
Post a Comment