MB tertarik nak ulas pasal forum ini. Apa yang MB tegaskan di sini ialah betapa jahilnya Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang kononnya menegakkan Islam di kalangan mahasiswa. Forum Dimensi Politik Baru Mahasiswa yang di hebahkan di media maya menyatakan Syis Abdul Kadir yang akan hadir di dalam forum tersebut, akhirnya digantikan dengan "anak ayam" iaitu saudara Bukhairy.
MB difahamkan tidak ada sebarang pemberitahuan bahawa saudara Syis abdul kadir tidak akan hadir. Rata-rata menanti 1001 soalan untuk ditanyakan kepada Syis Abdul Kadir berhubung masalah moral anak buah PMI di UM khususnya. MB menyiasat kenapa mamat ni tidak hadir. Akhirnya dakwaan menyatakan bahawa Forum yang dilakukan itu langsung tidak berbincang dengannya. Ia dibuat tanpa persetujuan dari Syis Abdul Kadir. Kenapa ini berlaku? Adakah saudara Bukhairy gila kuasa?
No comments:
Post a Comment