KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday, 7 March 2013

BUKTI BARU KAITAN ANWAR DENGAN KRISIS LAHAD DATU


Pendedahan siapa pengawal peribadi Bang Anwar Bin Ibrahim ini pernah di siarkan sebelum isu Lahad Datu ini. Semasa pendedahan ini dibuat MB telah merasakan begitu pelik kenapa Bang Anwar Bin Ibrahim ini mahu dan mampu mengupah mereka berempat ini.

Untuk makluman seluruh rakyat!!! Mereka ini adalah pakar di dalam senjata api, bom, demotrasi serta peperangan. Malah mereka ini sanggup melakukan apa sahaja hingga sanggup membunuh serta menyembelih mangsa mereka. Tidak ramai blogger yang berani mendedahkan mereka ini kerana takut tindakkan luar biasa yang bakal di ambil oleh mereka ini. Tetapi demi agama, bangsa dan tanahair kami sanggup mengambil risiko itu.


Malah terdapat dakwaan mengatakan kekuatan pengawal peribadi Bang Anwar Bin Ibrahim ini mampu mengalahkan 1 batalion komando negara. Jika dikaji dan di amati pemberontakkan yang berlaku di Lahad Datu ini terdapat beberapa persoalan yang timbul :

1) Siapa yang melatih pemberontak ini di dalam teknik peperangan hinggakan tahap peperangan mereka hampir menyaingi tahap komando negara?

2) Siapa yang membiayai pemberontak ini?

3) Daripada mana pemberontak ini memperolehi senjata-senjata untuk berperang ini? 

4) Kenapa Bang Anwar Bin Ibrahim memerlukan khidmat kepakaran mereka ini?

Jangan rakyat lupa bahawa Bang Anwar Bin Ibrahim telah acap kali turun ke Sabah terutamanya di kawasan Lahad Datu. Malah semasa Bang Anwar Bin Ibrahim ini ke Sabah, Pengawal-pengawal peribadi ini turun serta bersama tetapi acap kali hilang daripada pemerhatian SB. Terdapat dakwaan mengatakan Bang Anwar Bin Ibrahim sentiasa mengarahkan Pengawal Peribadinya membantu pemberontak ini.

MB tidak takut sekiranya Bang Anwar Bin Ibrahim ingin menyaman MB. Dipersilakan. Tetapi sila Bang Anwar Bin Ibrahim jawab dulu persoalan yang timbul.

Maklumat lanjut latar belakang pengawal Bang Anwar Bin Ibrahim ini, sila lihat di sini.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...