KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday 5 July 2012

ANCAMAN KEPADA BN!!!AWAS!!!




Banyak faktor penyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 yang akan datang.  Bukan setakat winnable candidate tetapi elemen-elemen lain juga yang perlu disusun mengikut keutamaannya dan diselaraskan dengan mengambil kira peri pentingnya setiap satu undi. Jangan ambil mudah dengan satu dua undi yang mungkin tercicir.  Selain faktor calon, faktor pengundi atas pagar, pengundi Cina, kesepaduan jentera parti, faktor logistik, kewangan dan banyak lagi amat perlu diberikan perhatian serius. 

Begitu jugalah banyaknya faktor yang mungkin menyumbang kepada kekalahan BN pada PRU 13 yang akan datang (Na'uzubillahuminzalik).  Musuh dalam selimut yang masih berbaki dalam UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP serta parti komponen BN yang lain juga seharusnya di kala ini sudah dikenalpasti dan jalan penyelesaian sudah diambil.  Ejen-ejen pembangkang dan kadernya dalam UMNO jika ada, harus dibunuh terus, dimatikan agar tidak menyebabkan kerosakan yang lebih besar.  Budaya cah keting jika masih bersarang pastinya mensia-siakan kerja keras jentera sepenggal, menghampakan pucuk pimpinan yang tidak tidur malam lantas menghasilkan keputusan yang lebih buruk dari 2008.

Kerosakan lebih besar yang mungkin menghalang kesinambungan kerajaan Barisan Nasional adalah pembelotan oleh kakitangan awam yang kini berjumlah lebih sejuta orang.  Jika 10% sahaja kakitangan awam yang membelot, bermakna 100,000 undi telah memihak kepada pembangkang tidak termasuk ahli keluarga mereka.  Inisiatif serta insentif kerajaan dalam menjaga kebajikan kakitangan awam sahaja belum cukup untuk memastikan kemenangan bergaya BN pada PRU 13.  Kerajaan mesti bertindak lebih dari itu.

Tahukah setiap ketua jabatan tentang kecenderngan politik dan mengundi kakitangan bawahannya. Ketua jabatan wajib tahu itu dan sepatutnya boleh memberikannya secara fngertip, bila bila masa.  Juga tahukah mereka berapa ramai di kalangan staf bawahannya yang secara terang menyokong pakatan pembangkang dan mendokong perjuangan meruntuhkan kerajaan BN.  Ataupun sebenarnya ketua-ketua jabatan dan ketua unit itu sendiri yang sememangnya merupakan penderhaka yang nyata atau berselindung, menyokong gerakan melumpuhkan BN dari dalam.

Cerita-cerita kakitangan awam yang belot sekarang ini bukan lagi rahsia.  Walaupun jumlahnya tidak ramai, tindakan tegas kerajaan mestilah dibuat.  Setakat ini memang tidak ada tindakan tegas dan tidak langsung memberikan impak dalam mengawalnya. Professor IPTA menghasut pelajar dan memburuk-burukkan kerajaan, pensyarah-pensyarah yang menjalankan dakyah-dakyah parti pembangkang samada dalam kelas, di mimbar masjid ataupun tazkirah surau, langsung tidak diambil tindakan.  Apa tindakan ke atas mereka setakat ini? Jawabnya tidak ada.

Guru-guru sekolah kebangsaan dan sekolah menengah mencemuh pelajar-pelajar yang ibubapanya menyokong kerajaan, KSU atau Pengarah, Timbalan Pengarah atau Penolong Pengarah, Ketua Penolong Setiausaha, di jabatan-jabatan secara sorok-sorok bertindak bukan bagi kepentingan kerajaan BN sebaliknya dimanfaatkan oleh pembangkang, ada siapa yang kesah? Apa tindakan ke atas mereka setakat ini?  Jawabnya tidak ada.

Pembelot-pembelot dalam MINDEF, di Kementerian Luar Negeri, di Kementerian Pelajaran, di Kementerian Pengajian Tinggi, di Kementerian Kewangan atau lain-lain kementerian, ada sesiapa semak? Ada sesiapa kesahkan? Jawabnya tidak ada.

Belum lagi diambil kira tentera semut sebagai sympatizer dan kader-kader pembangkang di kalangan kakitangan kerajaan yang berada dalam Malaysia dan di perwakilan kedutaan Malaysia luar negara yang berkebolehan mencuri maklumat, tidak kira samada maklumat terbuka atau tertutup,  lalu menyalurkannya kepada pembangkang secara sulit.  Ada sesiapa semak? Ada sesiapa kesahkan?  Jawabnya tidak ada.

Bertambah buruk lagi keadaannya apabila golongan yang dinyatakan sebagai penderhaka kepada BN ini menerima kenaikan pangkat, berjalan lancar dan mudah, dapat kenaikan gred jawatan dan sebagainya sedangkan golongan yang totok UMNO dan BNnya, dengan penilaian prestasi kerja serupa dan keupayaan  sama,  masih terkial-kial dan ternganga-nganga kehairanan bagaimana hal sedemikian ini boleh berlaku.  Di manakah letaknya keadilan, di manakah silapnya? Daripada kehilangan satu undi oleh pembelot tadi, kini termasuk undi tidak puas hati, BN sudah kehilangan dua undi.

Perkara ini bukan lagi rahsia. Sudah diperkatakan merata. Walaupun peratusannya mungkin tidak berjaya membawa ANWAR IBRAHIM ke PUTRAJAYA, suatu penelitian menyeluruh yang mendalam hendaklah dibuat beserta tindakan tegas kerajaan yang sekurang-kurangnya dapat membendung daripada kerosakan yang lebih besar di masa hadapan.

KAMI SAYANG BN


Artikel ini dipetik disini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...